BAB 16 | TEKAD

1.2K 177 1
                                    

SAMPAI sahaja di rumah, Fasha terus masuk ke dalam. Dia segera meminta mama dan papanya memberikan penjelasan berkenaan situasi yang berlaku di hospital tadi.

"Ma, Pa? I thought you had something to say. About Rayyan?" tanya Fasha dengan suara yang tegas.

Puan Sri Elivia dan Tan Sri Hairul saling berpandangan. Mereka berasa serba salah kerana tidak memberitahu Fasha lebih awal. Puan Sri Elivia dan Tan Sri Hairul yang hanya membisu itu membuatkan Fasha semakin geram.

"Ma? Pa? You both hear or not what I say? Please, tell me something," Fasha semakin mendesak. Tan Sri Hairul mengeluh. Anaknya yang kelihatan marah itu dipandang.

"Sebenarnya, ayah Rayyan kawan baik papa." Fasha terkejut. Kawan baik?

"Jadi, papa memang kenal Rayyan? Papa tahu Rayyan pulang ke Malaysia?" tanya Fasha lagi. Tan Sri Hairul mengangguk. Fasha terus tergelak sinis. Rambutnya dikuak ke belakang.

"Was the incident planned as well? To make Fasha aware of all this?"

"Yes."

Jawapan Tan Sri Hairul membuatkan Fasha terasa mahu pengsan. Dia tidak sangka segalanya sudah dirancang. Sejak, pertemuan pertama kali mereka berjumpa, Tan Sri Hairul sudah merancang untuk menyatukan dia dengan Rayyan.

"Tan Sri Rizman has helped me a lot. And, we have already agreed to unite the two of you." Fasha terkejut apabila mendengar kata-kata papanya tidak masuk akal itu. Kahwin?

"Apa? Papa nak satukan Fasha dengan dia? No! Fasha tak nak!" Fasha tetap membantah keras dan ego perempuannya tetap dikekalkan.

Dia terus masuk ke dalam bilik. Pintu dihempas kuat sebagai tanda protes. Puan Sri Elivia mengeluh. Dia sudah agak perkara sebegini akan berlaku.

"Just let her calm down first. Nanti, okey lah tu," kata Tan Sri Hairul kepada Puan Sri Elivia yang diamuk keresahan.















•¤•














SUASANA sekolah yang hiruk pikuk itu tidak pernah reda. Pelbagai ragam pelajar yang ada di situ dapat disaksikan. Pada waktu awal pagi sebegini, pelajar-pelajar pasti akan melepak dan berbual sesama mereka sendiri. Kata mereka, hidup juga perlu ada ketenangan. Tidak akanlah mahu belajar sepanjang masa. Kadangkala, hiburan juga penting bagi menghilangkan tekanan walaupun cara yang dilakukan salah di sisi agama.

Di pintu pagar utama, pelajar-pelajar dan guru-guru masih bergerak masuk ke dalam kawasan sekolah kerana angka jam yang baru menunjukkan pukul 7 pagi. Tidak sampai lima minit, sebuah kereta BMW berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar dan menjadi tumpuan mata semua orang. Seperti yang diagak, itu adalah Fasharina Haura.

Pintu kereta mewah itu segera dibuka oleh pemandunya itu. Fasha terus keluar bersama begnya yang mahal. Wajahnya yang anggun itu masih terselit riak yang sombong dan bangga kerana menjadi tumpuan semua orang di situ.

Semua pelajar yang berada di kawasan itu mula berbisik-bisik. Hari ini, Fasha kelihatan sangat berbeza dengan rambut yang didandan. Itu merupakan fesyen yang sangat terkini. Rambutnya itu beralun apabila disapa angin pagi. Menyerlahkan lagi wajahnya yang putih dan cantik lagi berseri. Semua pelajar perempuan cemburu dengan pakej yang ada pada Fasha. Semuanya sempurna!

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon