BAB 54 | MAWAR

1.3K 153 2
                                    

لا تحزن مهما انكسر قلبك ان الله يعتني
بك
Jangan bersedih. Betapapun hancurnya hatimu, ada Allah yang memperhatikanmu.









•¤•















PUAN Sri Elivia didudukkan di atas kerusi roda oleh Datin Rania, adik kepada Tan Sri Hairul. Sementara itu, Fashapun mengemas semua barang dan pakaian mamanya dengan bantuan Mawar, sepupunya.

Disebabkan pada hari itu kesibukan Datuk Hamdan sedikit lapang, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk melawat Puan Sri Elivia. Lagipun, mereka sudah jarang bersemuka dan meluangkan masa bersama-sama.

"Hati-hati ya, kak," ujar Datin Rania. Puan Sri Elivia hanya mengukirkan senyuman lalu diapun melabuhkan duduk di atas kerusi roda itu.

"Okey, marilah kita bertolak sekarang," ujar Tan Sri Hairul sambil menilik jam tangan. Fasha membawa langkah mendekati Datin Rania dan Puan Sri Elivia.

"Tak apalah, mak ngah. Biar Fasha je yang bawa mama ya?" kata Fasha lembut. Datin Rania hanya tersenyum.

"Oklah kalau Fasha dah cakap macam tu," kata Datin Rania lalu menginjakkan diri.

"Tak payah! Aku tak inginpun pertolongan kau!" Jerkahan Puan Sri Elivia mengejutkan Fasha. Begitu juga mereka yang lain.

"Alaa, kak. Biarlah Fasha nak bawa kakak. Dia kan anak akak," kata Datin Rania. Fasha hanya menundukkan kepala.

"Anak aku? Dengan pakaian yang macam ni, dia masih anak aku? Kalau anak aku, dia akan sama macam aku! Dia tak kan lawan cakap aku!" kata Puan Sri Elivia lagi.

"Mama. Janganlah marah. Mama tu baru je sihat. Biarlah Fasha bawa mama tau," kata Fasha lagi. Puan Sri Elivia terus menolak Fasha menjauh. Terdorong ke belakang gadis itu dibuatnya. Nasib baik tidak jatuh.

"Aku dah kata tak nak kan! Kau ni pekak ke!" Puan Sri Elivia menengking kuat. Mata Fasha terus melirik memandang papanya. Tan Sri Hairul menggelengkan kepala, memberikan isyarat 'jangan'.

"Fasha, biar mak ngah sahajalah yang tolak kerusi roda mama kamu ya?" ujar Datin Rania. Fasha hanya mengukirkan senyuman lalu mengangguk. Tidak semena-mena, keluhan dilepaskan. Sampai bila dia harus begini?














•¤•














PINTU bilik Puan Sri Elivia ditutup perlahan oleh Datin Rania. Fasha yang hanya berdiri di depan pintu bilik itu lantas menegur. Risau dengan keadaan mamanya itu.

"Mak ngah? Macam mana dengan mama? Okey?" tanya Fasha. Datin Rania terus berpaling.

"Okey. Dia dah tidur. Fasha, boleh mak ngah tanya satu soalan?" Mata Datin Rania terus merenung Fasha dengan renungan yang mendalam. Dahi Fasha sedikit berkerut.

"Apa dia, mak ngah?"

"Kenapa kamu tiba-tiba berubah secara mendadak ni? Mak ngah yang baru sampai di hospital tadipun terkejut tengok pakaian kamu. Apatah lagi kalau mama kamu tu. Perlu ke kamu pakai semua ni?" ujar Datin Rania sambil menilik pakaian yang dikenakan Fasha. Jubah, tudung labuh, stokin dan sarung lengan? Pelik dengan perubahan Fasha yang secara mendadak itu.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now