BAB 1 | RAYYAN

3.8K 331 24
                                    

Trailer - Bukan Kerana Dia





•¤•






FASHA mengenakan gaun berwarna biru muda yang berlace separas lutut pada tubuh. Sepadan dengan tubuhnya yang tinggi dan langsing seperti model. Kisah apa dia dengan aurat! Rambutnya dibiarkan lepas, menampakkan juga leher jinjangnya yang putih. Tiara di letakkan di atas kepala. Setelah itu, rantai dan subang dipakai.

Solekan tipis telah dikenakan pada wajah natural cantiknya supaya nampak lebih menyerlah. Ibunya ialah mualaf Amerika yang merupakan bekas model di sana. Tidak hairanlah jika dia memiliki tubuh yang yang langsing dan wajah yang cantik bak bidadari.

Dia tersenyum puas di hadapan cermin. Minyak wangi disembur lalu dia terus keluar dari bilik dan berlalu ke taman rumahnya yang luas, tempat di mana majlis diadakan ala-ala di taman.

Kelihatan ramai tetamu telah pun tiba. Matanya melilau mencari rakan-rakannya, Fazrina, Tengku Dayang dan Ivy Azrin.

Hanya mereka bertiga sahajalah dia berkawan rapat kerana status mereka yang setaraf dengan dirinya. Cantik, kaya dan pandai! Menjadi idola dan ikutan semua pelajar di sekolah. Lebih-lebih lagi Fasha. Dialah yang paling menyerlah!

Memang tidaklah dia mahu berkawan dengan pelajar biasa! Orang tuanya sangat menitikberatkan tentang hal itu. Katanya, nama baik keluarga perlulah dijaga.

"Fasha!"

Fasha terus berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Dia tersenyum.

"Ohh My God, Fasha! You punya event memang the best! And you're very pretty and gergous like Elsa!" Ivy menjerit suka. Kata-katanya terus disokong oleh Fazrina.

"Ya! You're very beautiful princess! And your event siap ada wartawan lagi!"

"Mestilah kena bagus! Kalau tidak, jatuhlah air muka Fasharina Haura binti Tan Sri Hairul kan? Jatuhlah maruah kita sebagai pelajar sekolah yang paling hot," kata Dayang. Bangga.

Fasha dan yang lain mengangguk setuju. Tepat sekali!

"Betul kata awak, Dayang. Jatuhlah maruah kita kalau buat majlis kecil-kecilan. Nampak sangat tiada duit."

"Well, tempat makan kami di mana? Tak kan nak makan dengan pelajar sekolah berstatus biasa pula? Tak ada tempat VIP ke Fasha?" tanya Fazrina pula.

Matanya melilau memandang tetamu yang telahpun hadir. Secara tidak sengaja, dia terpandang Azmi si budak nerd yang turut memandangnya juga.

Azmi pula sudah tersipu-sipu malu. Maklumlah crush pandang! Fazrina berasa geli geliman. Terus dia memandang ke arah lain. Tolonglah... Azmi bukan taste dia!

"Of coursela ada! Awak semua kawan baik saya. Mestilah saya akan sediakan tempat yang paling istimewa untuk bestfriend forever saya."

"Wah! Terbaik! By the way, congrats Fasha! Saya dah kata dah yang awak mesti dapat straight A punya! Banyak A+ pula tu," puji Ivy.

Dia cemburu dengan kepandaian Fasha! Sudahlah dia yang paling cantik, pandai dan kaya! Walau bagaimanapun, dia sebagai kawan sangat berbangga dengan pencapaian Fasha. Dia tumpang gembira.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now