BAB 17 | LOSER

1.1K 181 1
                                    

"HAI! Good morning girls!" kata Fasha dengan senyuman yang ceria.

Dia terus masuk ke dalam kelas. Semua pelajar bagaikan terpukau dengan kecantikan Fasha hari ini. Termasuklah Fazrina, Ivy dan Dayang yang ternganga.

"Fasha! You look so beautiful!" ujar Dayang bersama senyuman. Ivy dan Fazrina mengangguk serentak.

"Ya! Gaya rambut terbaru awak sangat cantik. Memang sesuai!" kata Ivy pula. Fasha meletakkan beg berjenamanya di atas kerusi seraya gaya flip hair dibuat. Dia mengukirkan senyuman bangga.

"Of course! Awak semua tahukan yang saya suka membuat pelbagai gaya baharu. Asyik membuat gaya yang sama sahaja. Membosankan!"

"Yes! Saya setuju tu!" kata Dayang.

"Hmm... Saya pun dah bosan dengan gaya rambut ni. Awak semua rasa, gaya yang bagaimana sesuai untuk saya?" tanya Ivy bersama bibir yang dimuncungkan.

Rambutnya yang berwarna hitam dan blonde di hujung rambut itu disentuh. Sudah lebih dua tahun dia mengekalkan gaya ini. Dia pernah teringin juga untuk menukar gaya yang baharu, tetapi dia tidak yakin. Takut pula akan memburukkan lagi penampilannya. Fasha berfikir. Tubuh Ivy diperhati dari atas hinggalah bawah. Setelah itu, dia terus memetik jari.

"Saya tahu! Saya rasa, awak patut potong rambut awak sehingga paras dada sahaja. Rambut depan, awak boleh buat seperti Lisa Blackpink! Pasti awak akan kelihatan comel. Sesuai dengan ketinggian dan tubuh awak," kata Fasha dengan yakin.

"Really? Betul ni?"

"Ya. Betul. Trust me, Ivy," kata Fasha lagi. Yakin.

Ivy menganggukkan kepala. Dia percaya dengan kata-kata Fasha kerana gadis itu sangat pandai bergaya memandangkan ibunya seorang bekas model.

Bunyi tendangan pintu membuatkan semua mata mula mengalihkan pandangan. Kelihatan Sarah, Kasturi dan Dalila ada di hadapan pintu. Sarah mengukirkan senyuman sinis.

"Wah! Wah! Lihatlah siapa penolong ketua pengawas yang langgar peraturan sekolah ni. Jangan dilupakan yang tujuan ke sekolah untuk belajar. Bukannya bergaya!" ujar Sarah.

Fasha terus berpeluk tubuh. Sarah dipandang dari atas hingga bawah. Bibirnya turut mengukirkan senyuman sinis.

"OMG! Lihatlah siapa setiausaha yang baru saja tendang pintu kelas ni. Merosakkan peralatan sekolah! Langsung tak layak jadi pengawas!" Fasha menyerang balas sambil membuat gaya terkejut. Sarah mengetap bibir.

"Huh! Kau ingat kau layak ke? Mentang-mentang ayah kau Tan Sri dan ketua PIBG!"

"Ops! Sorry! Mungkin you tak terpilih sebab you tak terkenal macam I? Well, selalunya populariti dan kecantikan asli yang akan menang daripada yang palsu," perli Fasha bersama senyuman mengejek.

Sarah sudah hilang sabar. Dia terus meluru ke arah Fasha. Kasturi dan Dalila tidak sempat untuk menghalang.

"Kau ingat kau hebat sangat ke haa, perempuan!" tengking Sarah. Pipi Fasha ditampar kuat. Semua orang terkejut besar. Sarah memang mencari nahas!

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now