BAB 52 | KELUARGA

1.3K 152 6
                                    

Remind yourself.
Life is a test.

•¤•





HULURAN zairul terus disambut. Dilap air matanya yang sudahpun membasahi pipi. Zairul terus melabuhkan duduk di sisi gadis itu. Dibiarkan Fasha menenangkan hati yang sedang bersedih buat seketika.

"Awak buat apa di sini, Zairul?" tanya Fasha lagi. Matanya terus beralih memandang jejaka itu.

"Saja. Tengok awaklah okey ke tak," kata Zairul. Kening Fasha terus bertaut hairan.

"Macam mana awak tahu saya di sini?" tanya Fasha lagi. Zairul hanya membalas dengan sengihan lalu dia jarinya membuat bentuk 'pis'.

"Adalah. Rahsia," kata Zairul. Fasha mencebik.

"Mata awak dah sembab dan bengkak tu. Sudah-sudahlah menangis. Nanti awak berjalan termasuk longkang pula sebab mata tu kecil sangat," seloroh Zairul sambil ketawa kecil. Fasha hanya mengukirkan senyuman.

"Ya. Saya tak menangis dah. Awak janganlah risau sangat."

"Macam mana saya tak risau kalau awak asyik menangis siang dan malam. Nanti awak pula yang sakit. Please, jaga kesihatan awak dulu," kata Zairul lagi.

"Awak tak rasa apa yang saya rasa, Zairul. Bagi awak semua ni mudah sebab awak hanya mampu melihat tanpa merasainya. Yang akan terasa sakitnya ialah saya dan bukannya awak," balas Fasha sambil menunduk.

"Maaf, Fasha. Saya tak berniat nak cakap macam tu. Saya bukannya ustaz yang pandai berkata-kata dan manis mulut untuk memberikan awak inspirasi. Saya doakan awak supaya kuat melalui dugaan ini," kata Zairul lagi. Fasha mengukirkan senyuman.

"Terima kasih, Zairul. By the way, awak tak ada kelas ke? Ponteng?" teka Fasha bersama kening yang diangkat. Zairul hanya tersengih.

"Yup. Nak buat apa lagi kalau awak tiada di sana," kata Zairul.

Bait bicara Zairul membuatkan Fasha keliru. Dipandang jejaka itu dengan pelbagai persoalan. Zairul menoleh memandang Fasha lalu bibirnya mengukirkan senyuman.

"Ya, Fasha. Asalnya saya dari universiti di New York. Tapi saya sanggup masuk ke UIA disebabkan awak. Demi awak. Kalau awak ada di sini, untuk apa lagi saya terus berada di sana," kata Zairul lagi. Fasha terus mengalihkan pandangan. Dia ketawa kecil.

"Apa bendalah yang awak merepek ni, Zairul. Kelakarlah."

"Fasha, aku sebenarnya ada perkara yang aku nak beritahu. Sebenarnya..." Kata-kata Zairul terhenti. Hatinya berasa sangat serba salah.

"Sebenarnya apa, Zairul? Beritahu sajalah," kata Fasha. Zairul menghela nafas.

"Fasha, please. Janji dengan saya yang awak akan dengar dulu semua penjelasan saya," kata Zairul. Fasha terus menganggukkan kepala.

"Ya. Saya janji." Zairul menarik nafas lega. Dipandang wajah Fasha yang kelihatan berharap mendengar penjelasannya itu.

"Sebenarnya... Saya ialah abang sulung kepada Elyana dan Rayyan. Saya, Zairul Raihan bin Tan Sri Rizman," kata Zairul perlahan.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now