BAB 6 | SENTIASA BERSAMA

1.5K 248 11
                                    

LAGU K-Pop Boy With Luv daripada kumpulan BTS kedengaran. Fasha yang sedang termenung di atas katil terus bergegas mencapai telefon pintarnya di atas meja solek. Dia terus menjawab panggilan Fazrina.

"Hello, Faz? Kenapa?" Fasha duduk di atas katil. Dia menjawab lemah, tiada mood. Sejujurnya, dia berasa sangat tidak bermaya  dan letih sekarang.

"Fasha! Awak tahu tak butik terkenal yang kita selalu pergi tu akan keluarkan rekaan terbaru! Gaya rekaannya sangat elegen dan cantik!" Jeritan teruja Fazrina membuatkan Fasha menjauhkan sedikit telefon pintarnya. Sakit telinga!

"Ohh ye ke? Saya tak tahu pula," jujur Fasha.

"Wait! Saya rasa ada benda tak kena. Awak sakit ke, Fasha?" tanya Fazrina. Fasha menggelengkan kepala walaupun dia tahu yang Fazrina pasti tidak dapat melihat perbuatannya itu.

"Tak adalah. Saya okay." Senyuman hambar diberikan. Dia tahu, selepas ini pasti Fazrina dapat meneka. Mereka sudah berkawan hampir lima tahun. Mereka semua sudah masak dengan perangai masing-masing.

"Awak tak boleh tipu saya, Fasha. I know you. Berita tentang rekaan ni keluar pada hari ini. Mustahil awak tak tahu melainkan awak ada masalah. Kenapa? Masalah dengan Rayyan lagi? Am I right?" Serta merta Fasha mengeluh. Jangkaannya tepat. Cepat atau lambat, Fazrina pasti akan mengetahuinya juga.

"Ya," balas Fasha ringkas.

"Baiklah. Macam mana kalau kita keluar malam ni? Berseronok? Awak pasti suka, Fasha. Lepaskan semua masalah awak di sana. Itukan tempat kesukaan kita semua. Dah lama kita tak ke sana. I already miss that place."

"Okay, Fazrina. I will. Tunggu saya di sana."

"Baiklah. Saya akan beritahu Dayang dan Ivy. Mereka pasti suka." Fasha hanya tersenyum.

"Thank you, Faz," ucap Fasha dengan hati yang ikhlas.

"It's okay, dear. Bye!"

"Bye!"

Panggilan terus diletakkan. Dia menuju ke sebuah bilik yang merupakan bilik pakaiannya. Terdapat dua ruang lagi iaitu ruang kasut dan aksesori. Kesemuanya barang berjenama yang mahal dari segenap pelosok dunia. Apa yang perlu dirisaukan? Ayahnya berpangkat Tan Sri dan merupakan CEO syarikat pembinaan. Pasti barang yang berkualiti tinggi dan berjenama terkenal sahaja menjadi sasaran.

Tidak kurang juga dengan Ivy, Dayang dan juga Fazrina. Ayah Ivy dan Fazrina merupakan jawatan terpenting dan tertinggi dalam syarikat perhotelan dan restoran lima bintang. Tengku Dayang pula berdarah keturunan diraja. Pasti juga kaya.

Gaun hitam pendek separas paha tanpa lengan menjadi sasarannya kali ini. Dia membelek-belek baju tersebut. Setelah berpuas hati, dia terus membawa gaun tersebut lalu disangkut. Malam ini, dia hanya fikir untuk berseronok.

Hampir setiap malam dia dan ahli kumpulannya pergi ke sana. Tetapi, disebabkan mereka ada peperiksaan penting tahun ini, mereka terpaksa menahan diri. Dan malam ini, dia dan ahli The Divas yang lain akan kembali!









•¤•














KELIBAT Ivy, Dayang dan Fazrina dicari. Matanya melilau di semua tempat lalu terhenti pada sebuah meja. Jelas kelihatan Ivy, Dayang dan Fazrina melambai tangan sambil menjerit namanya. Namun, suara mereka langsung tidak didengari Fasha dek kerana muzik kelab malam yang sangat kuat. Fasha terus berjalan ke arah mereka bersama senyuman.

"Wow! Cantik betul ketua kita ni. Kenapa you lambat?" Ivy mengambil buah strawberi lalu digigit. Mereka bertiga juga berpakaian cantik dan seksi. Sinonim dengan kelab malam iaitu tempat dosa dan bermaksiat.

Fasha membiarkan seketika soalan itu tidak berjawab. Dia mengambil sebotol wain merah lalu dituang ke dalam gelas kaca. Wain merah itu terus diteguk rakus. Dahaga. Ivy, Dayang dan Fazrina hanya membiarkan. Mereka tahu itulah cara Fasha melepaskan masalah.

"Ada kemalangan tadi. Jalan jem," kata Fasha. Perlahan.

"So? Kenapa dengan Rayyan? Dia buat masalah apa lagi dengan kau? Tak serik-serik lagi?" Dayang terus melontarkan soalan. Fazrina terus mengiyakan.

"Ya. Dia nak sangatkan dengan perempuan tu. And then bila dah kantoi, terhegeh-hegeh jilat ludah sendiri. Tak tahu malu! Perempuan tu pun satu! Dengki!" Fazrina sudah mengepal penumbuk. Geram. Dia juga turut marah.

Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri juga terasa pedih. Mereka bersahabat sejak tingkatan satu lagi. Susah dan senang mereka lalui bersama. Sedih dan gembira, mereka atasi dengan semangat setia kawan yang tinggi. Mereka berempat sudah seperti keluarga. Setiap masalah mereka pasti akan berkongsi. Seorang sedih, yang lain pasti terasa sedih juga.

"Sayapun tak tahu. Saya tak boleh terima apa yang dia dah buat. Tetapi, perasaan cinta tu tetap ada. Hati ni rasa sakit sangat. Saya beri kepercayaan saya. Saya beri hati saya. Dan ini yang saya dapat?"

Fasha sudah mula menangis apabila perasaan sedih dan kecewanya mula menjerut tangkai hati. Air matanya terus menitis membasahi pipi.

Ivy, Dayang dan Fazrina memandang sayu. Mereka tahu betapa dalamnya sayang Fasha kepada Rayyan. Tetapi, Rayyan sendiri yang meninggalkan Fasha. Dasar lelaki tak guna!

"Girls, group hug," kata Dayang. Mereka bertiga terus memeluk Fasha. Fasha terus tersenyum dalam tangis.

"Thanks girls. Tanpa awak semua, saya tak mampu nak hadapi semua ni seorang diri," ujar Fasha. Mereka terus meleraikan pelukan. Ivy terus mengesat air mata Fasha dengan perasaan kasih sayang. Hubungan mereka seperti adik-beradik yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.

"Sudahlah Fasha. Please, stop crying. Tak berguna awak menangis untuk lelaki yang macam tu. Lupakan dia sepertimana dia lupakan awak," kata Ivy.

"Ya. Betul tu. Just forget him," kata Fazrina. Fasha tersenyum. Tanpa berfikir apa-apa, dia terus menuang sebotol wain lagi ke dalam gelas lalu diteguk. Dia tidak kisah, asalkan dia puas dan gembira. Diabaikan segala dosa dan pahala kerana dirinya sendiri dididik tanpa pengetahuan agama.








VOTE AND COMMENT❤🕊

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now