BAB 22 | PROTES

1.1K 186 9
                                    

"FASHA, kamu sedar tak apa yang kamu buat ni!" marah Puan Sri Elivia sambil memandang anak gadisnya itu dengan pandangan mata yang tidak percaya.

Fasha hanya duduk di sofa dan memandang lantai. Dia tahu, amat sukar untuk meyakinkan mama dan papanya. Lebih-lebih lagi apabila kehidupan sosial mereka begini. Layakkah dia untuk belajar di universiti islam antarabangsa itu? Namun, mahu atau tidak, itulah keputusannya. Dia tetap tidak akan mengubah fikiran.

"Ya, mama. Fasha sedar apa yang Fasha buat," kata Fasha. Mata Puan Sri Elivia ditatap bagi meyakinkan mamanya itu. Tan Sri Hairul hanya diam. Manakala, mata Puan Sri Elivia sudah membesar. Terkejut.

"Kamu pasti yang tak ada orang nak kenakan kamu?" Puan Sri Elivia menunjukkan satu kertas.

"Ya, mama. Fasha yang memang rela hati nak ke situ. Fasha juga yang isi borang tu. Tak ada sesiapapun yang sengaja nak kenakan, Fasha," ujar Fasha.

"Apa semua ni, Fasha? Kamu kata yang kamu akan belajar di luar negara? Tapi kenapa di Malaysia? Universiti Islam? Are you crazy!" Suara Puan Sri Elivia sudah naik seoktaf. Fasha sudah tidak boleh tahan sabar lagi. Dia terus bangun dari duduk. Mamanya dipandang tajam.

"Fasha dah besar! Bukan budak kecil lagi! I can make my own decision!" balas Fasha.

Dia terus masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas dengan kuat. Puan Sri Elivia mengeluh. Dia terus duduk dan memicit pelipisnya. Pening dengan perangai anak daranya yang seorang itu.

"Abang! Kenapa you diam je?"

"I rasa, kita biarkan sahaja apa yang dia nak buat," kata Tan Sri Hairul dengan tenang. Puan Sri Elivia terkejut.

"What? Really? Sorry but saya tak setuju!" protes Puan Sri Elivia. Tangan disilangkan ke dada.

"Kenapa pula? Dia dah besar. Dah boleh buat keputusan sendiri kan? Biarkanlah dia," balas Tan Sri Hairul.

"Abang, universiti yang Fasha nak pergi tu ialah International Islamic University. Mana sesuai dengan dia. Peraturan di sana ketat dan tak bebas! Entah-entah selepas habis pengajian, dah jadi ustazah!" kata Puan Sri Elivia lagi.

"Laa... Baguslah tu. Apa salahnya kalau jadi ustazah," balas Tan Sri Hairul. Air teh'o panasnya dihirup. Puan Sri Elivia mencebik.

"Sejak bila pula abang jadi baik ni? Abang yang jadi ketua keluarga ni pun tak cukup solat lima waktu lagi, inikan pula si Fasha tu."

"Sudahlah Elivia. Saya malas nak bertekak dengan awak. Membebel macam itik je." Selamba sahaja Tan Sri Hairul berkata. Dia mengambil surat khabar lalu dibaca.

"Apa abang cakap? Ulang lagi sekali!"

Puan Sri Elivia terus membaling kuisyen sofa kepada Tan Sri Hairul. Namun, Tan Sri Hairul langsung tidak memberikan reaksi. Isterinya itu terus mendengus. Geram!

"Ish! Bencilah!"






•¤•








"AWAK yakin ke dengan keputusan awak ni, Fasha?" tanya Dayang melalui video call dengan menggunakan laptop.

"Ya, Fasha. Awak yakin ke ni? Kalau saya jadi mama awak pun, saya pasti akan terkejut juga," ujar Ivy pula. Fasha hanya mampu mengeluh. Rambutnya dikuak ke belakang. Keliru dan kusut!

"Saya pun tak tahu. Saya buat semua ni hanya untuk dia," ujar Fasha. Ivy, Dayang dan Fazrina terus mengerutkan dahi. Pelik. Dia? Siapa?

"Apa maksud awak, Fasha? Beritahulah kami " tanya Fazrina.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now