BAB 56 | BUKAN DIA

1.4K 160 14
                                    

"Bukan beratnya ujian membuatkan kita lemah, tapi renggangnya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak mampu menanggungnya."




•¤•







FASHA melangkah masuk ke dapur dan mendekati Mak Leha yang sedang menyiapkan makanan tengah hari. Perasan sahaja kehadiran anak majikannya itu, Mak Leha terus menyapa.

"Cik Fasha, makanan tak siap lagi. Maaf lambat sebab saya tak tahu ada barang dapur yang dah habis tadi, jadi saya keluar sekejap pergi beli."

Fasha hanya mengukirkan senyuman. Dia terus melabuhkan duduk di atas kerusi berhadapan dengan Mak Leha yang sedang memotong sayur.

"Tak apa, Mak Leha. Papa keluar sekejap jumpa client. Mama pula masih tidur dalam bilik. Lagi satu, Mak Leha tak payahlah panggil Fasha cik, macam pelik pula," kata Fasha sambil ketawa kecil.

"Pelik ke? Rasanya dari kecil Mak Leha panggil macam tu," kata Mak Leha lagi. Dia pula yang bingung.

"Oh ye ke? Hehe Fasha pula yang lupa." Fasha tersengih memandang Mak Leha. Wanita itu hanya menggelengkan kepala lalu bibirnya mencarik senyuman.

"Mak Leha tengok Fasha dah betul-betul berubah sekarang. Bertudung litup dan berjubah. Sejuk hati Mak Leha tengok. Kalaulah Mak Leha ni ada anak lelaki, dah dijodohkan dia dengan Fasha."

Fasha sekadar ketawa kecil. Kepalanya ditongkat dengan hanya sebelah tangan di atas meja, memandang wanita itu melakukan pekerjaannya.

"Dulu, Fasha jahil Mak Leha. Fasha banyak buat dosa dan maksiat. Fasha tak pernahpun mengenali Tuhan dan Nabi Muhammad. Fasha selalu biadap dengan Mak Leha. Teruk betul Fasha dulu kan?"

Fasha termenung jauh, merenung semula setiap perilakunya ketika dahulu. Terbit perasaan malu terhadap wanita di hadapannya ini. Begitu juga Tuhan yang sentiasa menyaksikan setiap detik hidupnya selama ini.

"Semua orang boleh berubah. Fasha dikira istimewa kerana hidayah itu hanya orang tertentu sahaja dapat. Kadangkala, ia datang bukan sekadar daripada mimpi. Tetapi ia juga datang daripada orang sekeliling kita ataupun Allah campakkan rasa serba salah ketika melakukan dosa," ujar Mak Leha lagi.

Anggukan Fasha memberikan senyuman di bibir Mak Leha. Gadis itu kelihatan termenung. Muram sahaja riak wajahnya itu.

"Kenapa ni, Fasha? Macam baru putus cinta je Mak Leha tengok."

Kata-kata wanita yang sudahpun berusia 56 tahun itu membuatkan Fasha sedikit tersentak. Senyuman palsu segera diberikan.

"Ehh tak ada apa-apa. Cuma Fasha tak berapa sihat." Fasha memberi alasan. Kuih-muih yang berada di atas pinggan diambil lalu digigit, cuba untuk menutupi keresahan dan kekecewaan di hati.

"Mak Leha tahu yang kamu tu tengah putus cinta. Tengokpun dah tahu. Mak Leha dulupun pernah membesar sebagai seorang remaja seperti kamu. Ingin mencintai dan dicintai."

Meja besar itu secara tiba-tiba ditepuk Fasha. Mata gadis itu seperti bersinar-sinar menanti bait bicara Mak Leha yang seterusnya. Wanita tua itu terpinga-pinga. Maklumlah berjiwa remaja dan berdarah anak muda, cepat sahaja urusan bab hati dan perasaan ini ingin diketahui Fasha.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now