BAB 18 | LEADER

1K 178 0
                                    

SARAH memberhentikan langkahnya di hadapan pintu pagar sekolah. Matanya melirik di sekitar tempat itu. Walaupun dia datang ke sekolah awal hari ini, masih terdapat lagi pelajar-pelajar yang lebih awal daripadanya.

Jam tangan dipandang. Baru pukul 6.35 pagi. Langit masih diselubungi kegelapan dan dalam beberapa minit lagi, matahari akan memunculkan diri. Seorang pelajar perempuan melintasi Sarah. Gadis itu kelihatan terkejut. Sarah terus menundukkan kepala. Cuba untuk bersembunyi.

"Sarah? Awak ke tu?" tanya Tiara, rakan sekelas Sarah yang turut digelar kaki gosip. Sarah hanya sengih dan mengangguk.

"Yeah. Sayalah."

"Kenapa awak pakai baju biasa? Bukan awak pengawas ke?" tanya Tiara lagi. Sarah sedikit menggelabah. Namun, dia cuba untuk bertenang.

"Baju saya basah. Tak sempat nak kering."

"Tak kan awak tak ada air dryer atau baju sekolah yang lain? Ada satu je ke?" Tiara sudah mula untuk menyoal siasat dan itu merimaskan Sarah.

"Baju saya terkena air sewaktu sarapan tadi. Saya tak sempat nak gosok baju baru," tipu Sarah. Dia memberikan senyuman palsu. Tiara memandang pelik.

"Sempat pula awak gosok baju sekolah biasa. Ataupun awak dibuang sebab kes semalam?" Kening Tiara diangkat. Jawapan Tiara tepat sekali. Namun, Sarah seorang yang sangat menjaga reputasi. Dia akan lakukan apa sahaja asalkan dia disanjung tinggi.

"Apa awak merepek ni? Saya dibuang pengawas? Huh! No! Cikgu cakap saya ni pengawas terbaik. Fasha sebenarnya dibuang. Tetapi mungkin dia akan nafikan sebab takut malu lah tu!" Mata Tiara terus membesar. Mulutnya ditutup.

"Seriously? Fasha dibuang? Why?" Sarah terus mengangguk laju.

"Ya. Dia dibuang sebab tak jalankan tugas dan suka membuli junior." Fitnah Sarah lagi.

"Saya tak sangka Fasha macam tu. Tetapi, bukankah dia pengawas terbaik? Tak kanlah dia macam tu."

"Tiara, believe me. Fasha tak seperti yang awak sangka."

"Saya betul-betul kecewa. Saya sangat sukakan Fasha. Dia luar biasa dalam semua perkara. She is my idol!"

Kata-kata Tiara membuatkan Sarah sedikit berapi. Apa kurangnya dia dengan Fasha? Kenapa perlu Fasha dan bukannya dia? Argh!

"Oh really? Sayangnya, dia bukan lagi idola ikutan ramai selepas ini," kata Sarah bersama senyuman yang masih dikekalkan.

"Yeah. I agree. Dah lah, saya perlu berjumpa Cikgu Aina. See you soon," kata Tiara. Gadis itu terus berlalu pergi. Sarah hanya senyum sinis.

' Just wait and see, Fasha. Aku akan pastikan kau kalah. Menangis dan meraung seolah-olah kau langsung tiada hari esok.'





•¤•














GOSIP yang dibuat oleh Sarah sudah tersebar luas dalam sekelip mata. Semua orang mula berbualkan hal itu dan ia mengundang reaksi pelik buat Fasha. Fasha membuka locker. Sempat lagi dia memerhatikan sekeliling. Semua mata memerhatikannya sambil berbisik-bisik. Dia tertanya-tanya sama ada dia melakukan apa-apa kesilapan sebelum ini. Nana dan Eliza yang berhampiran situ mengerling ke arah Fasha. Mereka mula berbisik.

"Huh! Ingatkan dia tu bagus sangat! Dah kena buang pun masih nak nafikan," ujar Nana. Eliza terus mengangguk.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now