BAB 49 | SESAL

1.3K 138 16
                                    

"Memendam cinta itu lebih baik daripada memberikan cinta itu kepada orang yang tidak layak memilikinya."





•¤•







HUJAN yang pada mulanya hanya renyai-renyai kini semakin lebat jatuh ke bumi. Masa pula semakin menginjak pergi. Warna yang terpapar pada dada langit semakin tidak kelihatan dan bertambah kelam.

Syuhada semakin diamuk resah apabila dia mula perasan hanya dia yang ada di tempat perhentian bas itu, menunggu bas yang masih tidak kunjung tiba. Selalunya dia pasti akan pulang bersama Fahrin dan jejaka itu pasti akan menghantarnya pulang semula ke rumah setelah waktu bekerjanya tamat.

Namun, jam sekarang sudahpun menginjak angka lapan malam. Tambahan lagi, dia masih belum menunaikan solat Maghrib. Takut dia dengan kemurkaan Tuhan andai tidak dijalankan tanggungjawab yang satu itu.

Telefon pintarnya itu dikeluarkan daripada beg tangan. Banyak mesej dan panggilan yang diberikan kepada lelaki itu tetapi hingga sekarang masih tiada balasan. Dirinya semakin ditimpa malang apabila bateri telefon pintarnya itu semakin habis. Laju sahaja jarinya menaip mesej buat Fahrin sekali lagi.

'Ish! Mana awak, Fahrin! Jangan cakap dia lupa!' bisik hati kecil Syuhada dengan geram.

Hatinya semakin tidak tenteram apabila matanya mula perasan kehadiran sebuah kereta misteri dan mencurigakan di seberang jalan, tidak jauh dari tempat duduknya ini. Tidak putus-putus hatinya menitipkan doa buat Yang Maha Esa agar dipelihara keselamatannya ketika ini.

Tanpa menunggu masa, laju sahaja dia mendail nombor ibunya yang masih berada di tempat kerja. Tidak sampai beberapa saat, panggilanpun bersambung. Syuhada menarik nafas lega.

"Syuhada? Kenapa telefon umi?" ujar suara seorang wanita.

"Umi! Tolong Syuhada umi! Syuhada takut!" kata Syuhada dengan gelisah. Sekali lagi matanya melirik ke arah kereta yang masih ada di tempat tadi.

"Kenapa ni, Syuhada? Kamu dalam bahaya ke?" tanya uminya, Puan Hafizah yang turut cemas.

"Umi! Tolong kakak, umi! Kakak takut! Ada kereta yang mencurigakan di seberang jalan. Kakak sorang-sorang umi! Tolonglah umi, akak takut!" ujar Syuhada lagi.

"Ya Allah! Kamu masih tak balik lagi? Fahrin mana? Bukan dia ke yang ambil kamu?" tanya Puan Hafizah lagi.

"Tak! Fahrin masih tak ambil kakak lagi! Rasanya dia lupa kut! Tolonglah kakak umi, akak takut!" Matanya sudahpun bertakung dengan air mata, membayangkan perkara yang buruk akan terjadi padanya nanti.

"Kamu sabar ya! Umi akan ambil kamu cepat! Biar umi panggil abah sekejap dekat pejabat dia! Kamu jangan tutup panggilan!" kata Puan Hafizah lagi. Syuhada menganggukkan kepala.

Matanya melirik memandang kereta itu. Hampir luruh jantungnya apabila melihat dua orang lelaki yang memakai topeng keluar daripada kereta itu. Dia semakin takut dan resah!

"Umi! Ada dua orang lelaki datang dekat kakak! Tolong akak umi! Akak takut! Umi!" rayu Syuhada yang sudahpun menangis.

'Ya Allah, selamatkanlah aku...'

"Ya Allah! Lari Syuhada! Lari!" jerit Puan Hafizah yang semakin risau. Luruh hatinya apabila mendengar rayuan dan tangisan ketakutan anaknya itu.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now