BAB 46 | DUGAAN

1.1K 178 62
                                    

"Behind every smiling face
is an untold story of

SABR.
______________________________________










SETELAH tiga hari dua malam keberadaan mereka di sini, mereka akhirnya pulang ke universiti semula. Pelbagai kenangan yang telah mereka lakar dan warnakan di sini. Sungguh berseni dan cantik sekali apabila dilihat. Antara pengalaman yang sememangnya tidak boleh dilupakan.

Namun, di sebalik semua nilai yang berharga itu, masih ada terselit hati yang berdukacita atas semua perkara yang terjadi sepanjang mereka bersama di sana. Kereta yang lalu-lalang dari arah jalan bertentangan ditenung Fasha dengan pandangan yang kosong. Hati dan jiwanya hilang terbang melayang entah ke mana, mungkin telah dia tinggalkan ia sebelum naik ke dalam bas tadi.

"Fasha... Kau okey? Ada rasa lapar tak? Aku ada snek," kata Wardina. Prihatin. Fasha menoleh lalu bibirnya mengukirkan senyuman.

"Ya, aku okey. Tak payah risaulah ya," kata Fasha. Wardina mengangguk.

Secara tiba-tiba, telefonnya berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. Fasha terus menyelongkar beg galasnya itu. Telefon pintar dikeluarkan.

Segera mesej-mesejnya dibuka satu persatu. Tiada apapun yang menarik melainkan hanya mesej daripada Puan Sri Elivia, Tan Sri Hairul, Ivy dan Fazrina yang sering bertanya khabar tentang dirinya. Namun, mesej daripada Dayang langsung tidak diperolehnya. Pelik. Kemanakah gadis itu menghilangkan diri?

Sedang asyik dia berteka-teki tentang kehilangan Dayang, satu mesej daripada Mr. Tengku terus terpapar pada skrin telefon. Fasha menggelengkan kepala.

"Hish! Tak habis-habislah lelaki ni pun!" bebel Fasha dengan perlahan.

'Assalamualaikum, Fasha. Hari ini hari terakhir kau di kem kan?'

'Hmm. Waalaikumussalam. Ya, kenapa? Awak nak berjumpa dengan saya ke? Boleh je.'

Fasha terus menekan butang hantar. Dia mengukirkan senyuman kecil. Kalaulah lelaki itu setuju, tidak perlulah dia berteki-teki tentang identiti misteri jejaka itu.

'Mana boleh. Bocorlah rahsia aku nak jadi ala-ala secret admire kau.'

Fasha memutarkan bola matanya. Menyampah pula dengan ayat lelaki itu. Peminat rahsia? Fasha sendiri berasa kelakar. Baginya, lelaki yang bergelar Mr. Tengku ini sangat berani, tidak takut ditolak oleh Fasha.

'Sudahlah, Mr. Tengku. Boleh tak awak beritahu siapa je awak? Saya malas nak berteka-teki lagi. Jangan sampai saya reject awak!'

Fasha sudah geram. Mengapa lelaki itu susah sangat mahu memberitahu namanya? Mahal sangatkah?

'Aku tak kata pun aku suka kau dan suruh kau terima aku. Aku cuma nak berkawan dengan kau je.'

Jawapan Mr. Tengku membuatkan Fasha termalu sendiri. Jadi, adakah dia sudah salah menganggap?

'Ya Allah, malunya!' monolog Fasha. Kalaulah jejaka itu berada di hadapannya sekarang, sudah pasti kelihatan pipinya yang sudahpun memerah bak tomato!

'Berkawan? Kenapa awak nak berkawan dengan saya?'

'Saja. Lagipun aku tahu kau suka Fahrin, kan? Lagipun, siapalah aku ni kan kalau nak dibandingkan dengan dia.'

Mesej Mr. Tengku membuatkan dia terkesima. Bagaimana pula lelaki itu boleh tahu dia sukakan Fahrin? Tanpa menunggu masa, dia terus membalas mesej jejaka misteri itu segera.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Onde histórias criam vida. Descubra agora