BAB 32 | HUKUMAN

1.1K 184 6
                                    

SIANG berganti malam. Dan malam berganti siang. Begitu juga sang mentari dan bulan yang selalu memancarkan cahaya di dada langit yang diselaputi awan tebal.

Haiwan yang bergiat aktif di waktu malam juga sudah tiba masanya untuk berehat. Begitu juga bagi yang aktif pada waktu pagi. Sekiranya haiwan yang tiada akal pun tahu peraturan dunia yang fana ini, inikan pula manusia yang arif lagi bijaksana.

Namun, hanya segelintir sahaja yang berusaha dan bermujahadah untuk bangun pada waktu Subuh yang hening. Dan selebihnya akan meneruskan tidur mereka.

Jam loceng di tepi meja segera ditutup. Wardina segera bangun. Dia menggeliatkan badan untuk seketika. Tuala diambil lalu dia terus mandi dan mengambil wudhu'. Setelah selesai, segera dia mengejutkan Fasha.

"Fasha. Bangun, jom solat subuh sekali," ujar Wardina. Fasha terus bangun daripada baring. Wardina sedikit terkejut. Pergerakan Fasha ke bilik air itu hanya diperhati bersama gelengan.

Tidak sampai seminit, Fasha sudahpun selesai. Wardina yang sudah menunggu di sejadah itu terus berpaling. Fasha yang masih dalam pakaian yang sama itu dipandang hairan.

"Awak tak mandi ke?" tanya Wardina.

"Selepas solat baru saya mandi," ujar Fasha. Wardina sekadar mengangguk. Mereka dengan segera menunaikan solat fardhu Subuh. Setelah membaca doa, Fasha segera membuka telekung dan terus baring di atas katil. Dia menyambung tidurnya semula. Dahi Wardina berkerut.

"Ehh? Awak kata nak mandi selepas solat Subuh," ujar Wardina.

"Tak jadilah. Saya mengantuk sangat ni. Nak tidur sekejap je," kata Fasha dalam keadaan mata tertutup.

"Awak bukan ada kelas ke pagi ni?"

"Hmm... Pukul 9.30. Lambat lagi. Alaa... Saya tidur sekejap je," ujar Fasha lagi.

Wardina hanya menggelengkan kepala. Mahu paksa gadis itu bangun, rasa kesian pula. Sudahlah mereka bercerita semalam sampai pukul satu. Kesian pula dia dengan Fasha. Tidak mengapalah. Janji gadis itu kata mahu bangun.

"Saya ada kelas pukul 8. Jadi, saya pergi sarapan dulu tau," kata Wardina.

"Hmm..." balas Fasha.

Matanya sudah tertutup. Tidak lama kemudian, kedengaran dengkuran halus gadis itu. Wardina hanya membiarkan. Dia segera keluar dari bilik. Takut terlambat pula dia ke kelas.

Sementara itu,

"Nazmi!" ujar satu suara lelaki.

Nazmi si budak nerd itu terus berpaling. Bibirnya terus mengukirkan senyuman. Gembira kerana dapat bertemu dengan orang pertama yang terima dan sanggup berkenalan dengannya di universiti itu.

"Y-ya?"

Walaupun dengan lelaki itu, gagapnya masih belum hilang. Lelaki itu sekadar senyum. Kacak! Nazmi yang lelaki itu juga boleh terpegun. Tidak lepas matanya memandang jejaka kacak di hadapannya itu.

"Ehh, kau senyum pehal? Kau jangan cakap kau gay ye. Aku smackdown kat sini sat gi," ujar jejaka itu. Mata dijegilkan. Nazmi hanya sengih. Pipinya digaru.

"A-alaa. Ma-mana ada. Saya lu-lurus tau!" ujar Nazmi. Jejaka itu hanya mengangguk.

"Bagus bagus"

"Ta-tapi be-betullah. Sa-saya rasa, ramai pe-perempuan kat sini su-suka Tengku. Tengku ka-kacak. Ka-kalau Fasha ke-kenal, mesti dia a-akan jatuh su-suka," kata Nazmi. Jejaka itu hanya mengeluh.

"Biarlah aku rahsiakan identiti ni. Tak penting pun untuk dia tahu," ujar jejaka bernama Tengku itu. Nazmi hanya menggangguk. Dia faham dengan kehendak lelaki itu.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt