BAB 50 | HANYA DIA

1.3K 145 45
                                    

"Only Allah knows the million tears hidden behind or fake smile."







•¤•








AIR MATA semakin lebat mengalir ke pipi Sarah. Selesai sahaja pengebumian Syuhada, abah dan uminya, dia terus pulang ke rumah bersama mak saudaranya lantas dia masuk ke dalam bilik dan mengasingkan diri daripada orang lain.

Biliknya dibiarkan gelap. Langsung tidak ditarik langsir yang menjadi penghalang cahaya mentari memasuki biliknya. Diratapi hatinya yang bersedih akibat pemergian orang yang sangat-sangat dia sayangi.

"Arghh! Kenapa! Kenapa! Kenapa Engkau tarik nyawa umi dan abah! Kenapa Kau tak tarik nyawa kakak seorang sahaja! Engkau sengajakan nak biarkan aku hidup keseorangan! Adakah ini adil bagiku Ya Allah!" raung Sarah sekuat hati.

Habis ditolak semua barang yang ada di atas meja. Pasu bunga kecil yang berada di atas meja terus pecah dihempas ke lantai. Dia menjerit sekuat hati, melepaskan rasa sakit dan perit yang terbuku di dada.

"Arghhhh! Aku benci kau, Syuhada! Disebabkan kau, umi dan abah mati! Sebab kau! Sebab kau!" Gambar Syuhada dikoyak sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil.

"Kenapa kau seorang je yang nampak baik di mata semua orang? Umi dan abah banyak puji kau! Sanjung kau! Sehingga dia orang lupa aku pun anak mereka! Aku pun ada hati dan perasaan! Aku ingatkan bila kau dah kena jual dan mati, aku akan dapat perhatian umi dan abah, tetapi kau pula yang menyebabkan dia orang mati! Argghhh!"

Rambutnya ditarik sekuat hati, melepaskan rasa amarah yang semakin menggunung tinggi. Dia terus jatuh terduduk. Pisau kecil yang berada di sisinya diambil lalu didekatkam ke pegelangan tangan lalu ditoreh berulang kali bersama air mata tangisan! Biarlah, dia sudah tiada apa-apa di dunia ini! Lebih baik dia mati sahaja!

Puan Hanani yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu terus membulat matanya. Laju sahaja dia menerpa ke arah Sarah.

"Sarah! Apa yang kamu cuba buat ni! Jangan jadi bodoh!" kata Puan Hanani yang merupakan ibu saudara Sarah.

Pisau yang pada mulanya ada di tangan Sarah kini beralih ke tangan Puan Hanani. Dilempar pisau itu sejauh yang mungkin. Sarah yang berada di dalam pelukan mula meronta.

"Lepaskan aku! Lepaskan! Biarkan aku mati sekali! Aku dah tak ada sesiapa di dunia ni! Jadi, lebih baik aku mati je!" raung Sarah.

Pang!

Jeritan Sarah terus terhenti. Dipandang ibu saudaranya itu dengan pandangan yang tidak percaya. Bibirnya terus mengukirkan senyuman sinis.

"Macam ni ke cara yang akan mak ngah layan Sarah bila Sarah tinggal dengan mak ngah? Macam ni ke!" tengking Sarah.

"Kamu jangan biadap! Ingat sikit yang aku bela kaupun sebab harta je! Menumpang dalam rumah aku! Kalau bukan disebabkan duit, memang dah lama aku buang kaulah!" kata Puan Hanani dengan wajah yang garang. Sarah mengangguk.

"Oo sebab harta. Tak sangka yang mak ngah ni kaki kikis. Patutlah kahwin dengan orang kaya je. Dan sampai sekarang tak ada anak. Kenapa? Mandul ke? Ataupun kau sengaja tak nak ada anak supaya kau boleh bolot semua harta pak ngah? Pak ngah tahu tak tentang ni? Kau dan aku, kita serupa je," ujar Sarah dengan sinis.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now