BAB 13 | KEPUTUSAN

1.3K 215 0
                                    

FASHA kembali semula ke tempat parking kereta yang diletakkannya tadi. Dia berjalan sambil melihat telefon pintar. Secara tiba-tiba, nama Puan Sri Elivia muncul di skrin. Terus butang hijau ditarik ke atas.

"Hello, ma? Whats wrong?" tanya Fasha.

"Whats wrong kamu kata! I've been waiting for you for an hour. And you ask why? Mama telefon kamu banyak kali dan sekarang baru kamu on?" marah Puan Sri Elivia lantang.

Fasha terus menjauhkan telefonnya daripada telinga. Muka sudah cantik, tetapi sayang, pekak pula nanti.

"Err... I'm sorry, mama. Fasha terlupa."

Kening digaru. Dia hanya sengih. Disebabkan teralu sibuk mengejar Fahrin, Puan Sri Elivia dilupakan. Bukan dilupakan tetapi terlupa!

"Sudah. Datang sini cepat! Mama dah panas dah ni! Berpeluh. Habis melekit badan mama."

"Ooo... Okey okey. Fasha datang. Bye!" Fasha terus mematikan panggilan. Dia berlari anak agar segera sampai ke tempat parking kereta. Habislah sekiranya mamanya itu sudah meletup!











•¤•














SETELAH selesai makan malam, Fasha terus naik ke bilik. Sekadar untuk melepaskan lelah. Apabila pintu beranda dikuak, bayu malam terus menyapa wajah Fasha. Rambutnya yang dibiarkan tidak berikat dan mengurai itu beralun mengikut rentak angin. Tenang.

Dia duduk di sebuah bangku. Matanya kagum melihat suasana malam yang sangat indah. Bandar Kuala Lumpur itu kini disinari lampu-lampu neon.

Pada waktu begini, bandar itu tidak pernah sekalipun tidak sesak. Pasti ada sahaja kereta yang lalu-lalang. Mungkin, terdapat keluarga yang meluangkan masa bersama untuk membeli belah dengan bahagia.

Fasha mengeluh. Hatinya berasa sangat kosong. Langit malam yang gelap dan kelam itu ditenung. Walaupun gelap dan hitam, tetap akan memukau bagi mata yang memandang disebabkan adanya sinar bulan dan bintang yang menjadi peneman. Dengan hanya merenung, cinta terhadap malam tetap tersimpan kukuh.

Begitulah dengan manusia. Seteruk manapun seseorang itu, kebaikan tetap akan menarik perhatian dan mengaburi mata kepala. Cinta akan menutupi mata hati.

Sejak pertama kali berpandangan mata, hati Fasha sudah terpaut rasa cinta dengan Fahrin. Segala yang ada pada lelaki itu sangat sempurna baginya. Walaupun lelaki itu hanya bekerja sebagai pensyarah dan bukannya CEO kaya yang mempunyai syarikat sendiri seperti dalam kebanyakan novel cinta, Fasha seolah-olah tidak pedulikan semua itu.

Dia tidak pernah minta untuk menjadi begini. Namun, perasaan kasih dan sayang itu hadir dengan sendiri. Andai segala takdir boleh diatur, dia tidak akan sesekali jatuh hati. Kerana sakit ditinggalkan itu lebih perit daripada sepasang kekasih yang saling merindui.

Fasha bangun. Dia segera masuk ke dalam biliknya semula. Pintu beranda segera ditutup. Langkahnya dibawa mendekati meja belajar. Sebuah laptop berwarna ungu dikeluarkan daripada almari lalu diletakkan di atas meja.

Borang permohonan kemasukan universiti dicari dan dia mula mengisi borang. Fasha sudah berfikir semasak-masaknya. Dia sudah tekad dan keputusannya kini ialah muktamad. Masa depannya? Biarlah dia tentukan sendiri.

Perkataan International Islamic University Malaysia ditaip. Dia tidak kisah sekiranya ada yang memandang serong dan hina, asalkan dia berjaya memikat hati lelaki yang bernama Fahrin itu. Walau dengan apa cara sekalipun!
















•¤•

















"ANGAH dah fikir masak-masak ke?" tanya adik perempuannya, Dahlia. Fahrin yang sedang membuat kerjanya itu terus terhenti.

Kerja diketepikan kerana dia lebih mementingkan adik bongsunya itu. Kenangan bersama tidak akan mampu dibeli dengan wang atau mutiara.

Mungkin, mereka tidak akan mampu meluangkan masa bersama seperti dahulu lagi. Kadangkala, dalam mencapai sesuatu, perlu juga ada pengorbanan. Dan itulah yang akan dilakukan oleh Fahrin.

Dahlia sudah monyok. Dia begitu sedih kerana terpaksa berpisah dengan abangnya itu. Fahrin hanya senyum. Kedua-dua pipi gadis itu ditarik.

"Alalala... Senyumlah sikit. Janganlah merajuk. Abang bukannya tak kan balik langsung," pujuk Fahrin bersama senyuman.

"Apa ni? Sakitlah!"

Dahlia terus menepis tangan abangnya itu. Mukanya semakin mencuka. Fahrin hanya ketawa kecil.

"Itulah muka masam lagi. Macam cuka je abang tengok."

"Abang janji, yang abang akan balik lagi sini?" Jari kelinking ditunjukkan. Fahrin tersenyum. Diikutkan sahaja kehendak gadis itu. Jari mereka terus bertaut.

"Ya. Insya Allah," kata Fahrin sekiranya tiada masalah atau rintangan yang menghalang. Dia tidak mampu untuk berjanji kerana dia pun tidak pasti sama ada dia mampu tunaikan atau tidak. Biarlah Allah sendiri yang aturkan.

"Abang dah beritahu ayah dan ibu?" Fahrin sekadar mengangguk.

"Ya. Mereka dah izinkan abang berpindah ke rumah baru. Lagipun rumah tu dekat dengan universiti. Mudahlah kerja abang ke sana nanti," kata Fahrin.

Dahlia mengangguk. Dia tidak kisah asalkan abangnya itu gembira dan senang hati.

"Okeylah kalau macam tu. Nanti kalau Dahlia masuk UIA, senanglah kita balik rumah sekali, kan?" kata Dahlia gembira. Fahrin menjongket kening.

"Betul ni? Dahlia izinkan abang pergi?"

"Ya. Dahlia pun kesiankan abang. Asyik ulang-alik dari rumah ke universiti je. Mesti penat. Tapi!"

"Tapi? Tapi apa?"

"Abang kena bawa Dahlia jumpa atuk dan nenek di kampung. Dah lama tak rasa suasana di kampung," kata Dahlia. Fahrin tersenyum lalu mengangguk. Rambut gadis itu diserabaikan.

"Apa-apa sahaja untuk adik abang yang manja ni!"

"Apa ni, Abang!" marah Dahlia. Geram!
























VOMMENT❤✨

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now