BAB 21 | HANCURNYA HATI

1.2K 177 4
                                    

RAMBUT panjangnya yang hitam dan blonde dibiarkan tidak berikat. Dia memakai make up yang agak tebal. Dressnya yang ketat menyerlahkan lagi tubuhnya yang langsing. Sarah memandang figuranya di sebalik cermin lalu dia mengukirkan senyuman sinis. Hujung rambutnya dipintal.

"Hmm... Boleh tahan cantik juga aku ni," bisik Sarah. Secara tiba-tiba, pintu bilik Dalila itu dibuka. Kasturi dan Dalila terus masuk.

"Wow, Sarah! That's you? Awak sangat cantik!" ujar Kasturi. Dalila mengangguk setuju.

"Kali ini, saya yakin yang Rayyan pasti akan terpikat. Lelaki akan kalah apabila melibatkan nafsu. Mereka lemah dengan perempuan yang cantik," ujar Sarah.

"Mak Su awak tak kisah ke awak keluar ni?" tanya Dalila. Sarah mencebik.

"Huh! Dia mana pernah fikirkan pasal aku!" kata Sarah dengan amarah yang membuak-buak.

"Mak dan ayah awak? Awak tak fikirkan pasal mereka?" tanya Dalila lagi. Entah mengapa dia jadi ragu-ragu dan serba salah mengikut rancangan Sarah. Gadis itu seakan sudah hilang arah.

"Huh! Diorang dah mati, Dalila. Saya pakai tudung pun sebab terpaksa. Sekarang, saya dah besar. Saya boleh bebas dan buat keputusan sendiri." ujar Sarah.

Dalila hanya mengangguk dan mengeluh. Setiap kisah hidup Sarah, hanya dia dan Kasturi yang tahu. Gadis itu hanya mengikut telunjuk keluarganya. Tiada sedikitpun keikhlasan untuk Sarah menjalankan tanggungjawab yang satu itu. Semua itu sekadar lakonan dia di hadapan semua orang.

"Sarah, Rayyan dah sampai. Dia ada di hadapan pintu pagar sekarang," ujar Kasturi setelah agak lama mendiamkan diri.

"Ya," balas Sarah. Wajahnya di cermin disentuh dengan jari bersama senyuman manis.

"Tak lama lagi, kau akan menangis dan meraung, Fasha. Saat kemenangan aku akan tiba tak lama lagi," kata Sarah. Kasturi dan Dalila terus berpandangan. Mereka meneguk air liur yang terasa kelat. Sarah nampak sangat psiko!

"Sudahlah. Mari kita pergi," ujar Sarah. Dia terus bangun dari duduk lalu terus keluar dari bilik. Kasturi dan Dalila hanya mengikut. Kelihatan Rayyan sedang bersandar di pintu kereta Mercedeznya. Sarah, Kasturi dan Dalila terus tersenyum lebar. Kacaknya!

"Hi."

Suara Sarah yang sengaja dilembutkan itu membuatkan Rayyan tersentak daripada lamunan. Dia terus berpaling. Jejaka itu kelihatan terkejut.

"Sa-sarah? Awak ke tu?" Gagap Rayyan bertanya. Sarah gelak kecil.

"Ya, saya. You tak percaya?" tanya Sarah bersama senyuman manisnya. Rayyan terus menggosok leher.

"Oo... Awak nampak lebih cantik daripada sebelum ni," puji Rayyan.

Sarah ketawa manja, sengaja menambahkan lagi getaran di hati Rayyan. Lengan lelaki itu dipeluk dari sisi. Jejaka itu sedikit terkejut dengan tingkah laku Sarah yang secara tiba-tiba dan tidak dijangka itu.

"Thanks Dalila sebab sudi tumpangkan rumah awak," kata Sarah. Dalila hanya senyum.

"Ya. Tak apa. Lagipun ibu dan ayah saya keluar." Sarah mengangguk. Pandangannya terus beralih kepada Rayyan.

"Maaf sebab buat you tertunggu-tunggu. Marilah kita pergi sekarang," ujar Sarah dengan manja. Rayyan mengangguk dan mengukirkan senyuman. Pintu kereta di sebelah pemandu dibuka.

"Masuklah."

"Thank you."








•¤•


BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now