BAB 14 | LAWAN

1.2K 198 0
                                    

IMBAS kembali,

Setelah loceng rehat berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat, Fasha cepat-cepat mengemas semua peralatannya seraya berlalu pergi meninggalkan Rayyan seorang diri. Jejaka itu hanya mengukirkan senyuman.

Dia masuk ke dalam kelas dengan keadaan muka yang merah padam. Malu! Tidak pernah lagi Rayyan seberani itu. Buku diletakkan di atas meja lalu dia segera duduk di tempatnya. Hatinya berdebar dan jantungnya berdegup kencang.

'Kenapa dengan aku ni?' bisik hati kecil Fasha.

"Fasha? Kenapa muka awak merah-merah ni?" tanya Dayang yang baru sahaja masuk. Begitu juga Fazrina dan Ivy.

"Yelah. Awak macam resah semacam je," kata Fazrina.

"Muka macam baru bercinta pun ada juga," ujar Ivy selamba. Fasha sedikit tersentak tetapi reaksinya tetap dikawal sebaik mungkin.

"Tak ada apalah. Awak semua tahu kan, muka saya tak boleh kena panas. Nanti mulalah naik merah," jawab Fasha. Fazrina sudah duduk bersebelahan dengan Fasha.

"Ye ke? Macam tipu je," kata Fazrina.

Fasha sekadar mengangkat bahu. Dia hanya memandang buku. Tidak berani memandang Fazrina. Takut rahsianya itu dapat diketahui gadis itu.

Secara tiba-tiba, mata Fasha terus bertembung dengan mata Rayyan. Jejaka itu baru sahaja masuk ke dalam kelas. Kejadian tadi terus berlayar di mata.

Rayyan sengih lalu matanya dikenyit. Fasha terus mengalihkan mata. Dia sekadar buat tidak tahu sahaja. Fazrina terus menyiku tangannya perlahan sambil tersengih nakal.

"Awak ingat saya tak nampak tadi? Elelele... Kalau dah suka tu mengaku je lah." Ujar Fazrina. Fasha menunduk malu. Bibirnya digigit.

"Mana ada." Nafi Fasha.

"Tak payah menipulah, Fasha. Saya tahu awak dah suka Rayyan. Saya kenal awak lama dah. Dah lima tahun kita berkawan. Awak mungkin rasa awak dah menipu orang lain tetapi hakikatnya tidak. Awak yang tertipu dengan diri sendiri," ujar Fazrina. Fasha sekadar diam membatu. Dia keliru dan ragu-ragu.










•¤•











FASHA masih menunggu di luar pagar sekolah. Kasut hitamnya dibelek-belek. Setelah itu, jam tangannya pula dilihat. Kereta yang lalu lalang dari arah kiri dan kanan dipandang silih berganti.

Dia mendengus geram. Hatinya sudah terbakar dek api kemarahan yang sudahpun memuncak. Dia tidak boleh bersabar lagi! Sudah satu jam setengah dia menunggu tetapi kereta milik Tan Sri Hairul yang dipandu oleh pemandunya masih belum memunculkan diri.

"Ish! Mana dia ni! Memang nak kenalah! Tahu makan gaji buta je!" Fasha sudang berang. Memang siap pemandunya itu nanti!

Akibat tidak mahu menunggu di situ lebih lama, Fasha mengambil keputusan untuk pergi dari situ, ingin ke rumah Fazrina untuk meminta bantuan. Dia tidak kisah berjalan kaki asalkan dia dapat pulang ke rumah dengan cepat dan lihat pemandunya itu dimarahi oleh papanya.

Nasib baik rumah kawannya itu tidak terlalu jauh. Hanya mengambil masa sepuluh minit jika berjalan kaki. Matahari mula memancarkan bahang yang panas lagi terik dan itu membuatkan Fasha mula berpeluh. Peluh yang meleleh di dahinya dikesat. Menyesal pula dia berjalan kaki. Namun, dia tiada pilihan kerana dia sudah berjalan hampir separuh jalan. Mahu atau tidak, dia perlu teruskan.

Sudahlah dia belum menjamah apa-apa mmakanan pada tengah hari ini. Tambahan pula, hari ini dia terpaksa pulang lewat kerana terdapat mesyuarat untuk pengawas. Jadi, dia agak keletihan dan berasa penat.

Sedang asyik dia mengeluh, sebuah motosikal sedang bergerak perlahan seiring dengan langkahnya. Dua lelaki yang menunggang motosikal itu tersengih nakal.

"Hai, adik cantik. Nak pergi mana ni? Nak abang hantarkan?" kata salah seorang lelaki yang berbaju biru. Fasha terus berpaling. Wajah serius ditayangkan.

"Tak payah. Saya boleh pergi sendiri."

"Amboi, garangnya. I like," kata seorang lelaki yang lagi seorang. Gatal!

Fasha hanya buat tidak tahu dan segera melajukan langkah. Dia perlu sampai ke rumah Fazrina secepat yang mungkin sebelum berlaku perkara yang buruk.

"Adik jangalah segan-segan. Marilah naik sekali." Pergelangan tangam Fasha ditarik.

"Apa ni? Lepaslah!" Dia mula meronta. Tangannya cuba untuk dileraikan daripada pegangan lelaki itu. Namun, apakan daya, kekuatannya sebagai seorang gadis yang tidak mempunyai seni pertahanan diri tidak akan mampu menandingi kekuatan dua orang lelaki sekaligus.

"Cepat! Pegang dia!" arah lelaki itu. Kawannya itu sekadar mengangguk. Mulut gadis itu ditutup dari arah belakang menggunakan sapu tangan.

"Hoi! Lepaskan dia!" ujar satu suara. Dua orang lelaki itu menoleh. Mereka menayangkan senyuman sinis.

"Wah, wah, wah! Hero dah datanglah! Hahaha!" kata salah seorang lelaki tadi.

Rayyan sudah mula naik marah. Dia segera meluru ke arah lelaki itu lalu muka itu ditumbuk sekuat hati. Habis pecah wajahnya. Rayyan berpaling melihat seorang lagi.

"Lepaskan dia dan cuba tengok kalau kau boleh kalahkan aku," kata Rayyan dengan berani. Lelaki itu mengukirkan senyumam sinis lalu dia melepaskan Fasha. Terus gadis itu berlari dan bersembunyi di belakang sebuah pokok.

Pertempuran mereka agak sengit. Masing-masing menyerang dan mempertahankan diri. Luka dan lebam di wajah langsung tidak diambil peduli. Fasha semakin risau dan dihambat ketakutan apabila melihat lelaki yang ditumbuk tadi sudahpun bangun. Dua orang lelaki itu menyerang serentak. Rayyan mungkin akan kalah!

Tanpa pengetahuan mereka, dia segera melarikan diri secara sembunyi. Rumah Fazrina tetap menjadi tujuan. Dia berhajat untuk meminta pertolongan gadis itu dan berharap Rayyan akan tetap bertahan.































VOTE AND COMMENT❤

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now