BAB 51 | KENAPA AKU?

1.3K 154 21
                                    

PINTU biliknya dibuka bersama hati dan langkah yang berat. Kakinya berhenti melangkah. Dipandang segenap ruang mewah yang telah lama dia tinggalkan itu. Jika dahulu dia berbangga menjadi seorang anak jutawan, kini dia lebih menyesal hidup sebegini.

Dirinya baru sahaja mengenal Tuhan pada tahun ini iaitu pada usia 18 tahun. 18 tahun. Bukan tempoh yang singkat. Agaknya berapa banyak dosa yang telah dia lakukan di atas muka bumi ini? Agaknya berapa kali Allah murka terhadap maksiat yang dia kerjakan selama ini?

Tanpa sedar, air matanya yang disangka sudah kering akhirnya kembali membasahi wajah cantik yang selama ini dia banggakan. Perlahan-lahan kakinya menuju ke katil lalu melabuhkan duduk. Al-Quran yang diberikan oleh Prof. Ismail itu diambil. Dikucup berulang kali dan dipeluk bersama air mata yang berlinangan.

Baru sahaja dia mahu mengorak langkah menyambut seruan Allah yang telah dia tinggalkan, dirinya hampir jatuh dalam gaung kejahilan semula atas setiap dugaan yang diberikan. Setiap tutur kata yang pernah dia ucapkan dengan menyalahkan Allah kembali menjengah fikiran.

"Ya Allah, berdosanya aku. Jahilnya aku kerana telah mempersalahkan-Mu atas semua ujian ini Ya Allah. Selama 18 tahun Engkau memberikan aku nikmat tanpa ada sedikitpun kekurangan. Dan hanya dalam masa dua hari, Engkau menarik segala kebahagiaan. Aku telahpun meratap kesedihan..." ujar Fasha dengan teresak-esak.

Tanpa berfikir apa-apa, dia terus membuka telefon pintarnya. Ditekan nombor Wardina. Panggilan akhirnya bersambung.

"Assalamualaikum, Wardina..." lirih Fasha.

"Waalaikumussalam, ini bukan Wardina. Tetapi Mr. Tengku," ujar satu suara lelaki. Fasha terkejut lalu dipandang skrin telefon pintarnya. Nampaknya, dia tersalah tekan nombor.

"Maaf. Saya letak dulu ya."

"Sekejap!" Cepat sahaja lelaki itu menegah. Fasha terus mendekatkan kembali telefonnya ke telinga.

"Ya? Awak nak apa?"

"Maaf kalau aku bertanya. Fasha, kau okey?" tanya Mr. Tengku.

Fasha sebak lalu menggeleng. Dia tidak sangka masih ada orang lain yang mengambil berat mengenainya sedangkan beribu-ribu orang yang melihat video itu melemparkan pandangan hina.

'Ya Allah... Terima kasih kerana tidak membiarkan aku keseorangan...' luah Fasha.

"Fasha, saya tak ada di tempat awak. Dan saya tak rasa macam mana yang awak rasa. Tetapi, apa yang boleh saya nasihatkan ialah bersyukurlah kerana Allah masih cintakan kau."

"Allah masih cintakan aku lagi ke setelah bermacam-macam dosa aku dah buat dekat dia. Aku tak pernah solat. Aku tak pernah puasa. Aku tak pernah menutup aurat. Dan yang paling teruk, aku tak pernah langsung sebut nama-Nya sepanjang hidup aku.  Kau masih rasa Dia sayangkan aku lagi ke?" ujar Fasha dengan nada suara yang lirih.

"Kalau kau nak tahu jawapannya, jawapan itu ialah ya. Ujian itu tanda cinta Fasha. Tanpa ujian, kau akan terus hanyut dengan dosa. Kau akan terus hanyut dengan maksiat. Kau akan terus menghampiri neraka setapak demi setapak. Allah jentik hidayah dalam hati kau dan kau patut bersyukur kerana Dia sendiri yang manarik kau dari jalan yang salah. Kau beruntung Fasha. Hidayah, tidak semua orang akan dapat," kata Mr. Tengku.

"Kau mesti dah tahu tentang video aku tu kan. Kau mesti dah tahu diri aku yang sebenarkan? Kenapa kau masih nak berkawan dengan aku? Kenapa kau masih nak tolong aku? Kenapa Mr. Tengku? Please, I need your answer," kata Fasha lagi.

Kedengaran seperti lelaki itu menghela nafas yang berat sebelum mulutnya membuka bicara. Fasha masih setia menanti.

"Sebelum aku dapat tahu video tu lagi, aku dah kenal kau, Fasha. Kita pernah bertemu tetapi kau mungkin tak kenal dan perasan kehadiran aku, Fasha. Dan sebab itu, aku ada di sini. Aku akan cuba sedaya menjadi imam yang akan pimpin tangan kau ke Syurga. Itu hasrat aku kepada kau."

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now