BAB 5 | PUJAAN RAMAI

1.6K 256 20
                                    

TOK! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TOK! Tok!

Bunyi ketukan pintu kelas kedengaran. Fokus semua pelajar terus terganggu termasuk Cikgu Malik, guru Matematik Tambahan mereka. Pembelajaran terhenti buat seketika.

"Masuk!" arah Cikgu Malik. Fasha segera masuk ke dalam kelas.

"Haa... Fasha. Kenapa kamu lambat masuk ke dalam kelas? Kamu tahu kan sekarang waktu saya?" tanya Cikgu Malik dengan tegas.

Ivy, Dayang, Fazrina, Sarah dan Kasturi berada di dalam kelas yang sama dengan Fasha. Manakala Dalila berada di dalam kelas yang berlainan. Dia lebih gemar mengambil bidang sains akaun.

Sarah dan Kasturi mengukirkan senyuman yang jahat. Mereka puas melihat Fasha dimarahi.

"Padan muka! Tak sedar diri masuk kelas lambat. Padahal penolong ketua pengawas. Langsung tak layak! Patut aku yang jadi," kata Sarah dengan bongkak. Dia langsung tidak tahu mengapa semua guru lebih memilih Fasha berbanding dia. Dia hanya menyandang jawatan sebagai Setiausaha sedangkan Fasha jauh lebih hebat.

Ivy, Dayang dan Fazrina hanya menjeling melihat musuh mereka dengan muka yang menyampah. Mereka sudah muak dengan lakonan Sarah yang berpura-pura.

"Maaf cikgu. Saya sedar saya lambat. Saya perlu membantu seorang pelajar baharu ke pejabat. Dia akan masuk belajar di kelas ini mulai hari ini," Fasha menundukkan sedikit tubuhnya.

"Ohh ye ke. Panggil dia masuk untuk perkenalkan diri," putus Cikgu Malik. Dia tidak jadi memarahi Fasha. Muka Sarah sudahpun masam mencuka.

"Rayyan, sila masuk!" kata Fasha sedikit kuat. Seorang pelajar lelaki terus melangkah masuk. Seisi kelas mula menjadi sunyi. Masing-masing kaku. Terutamanya pelajar-pelajar perempuan. Fasha terus mengambil rempat duduknya. Fazrina yang berada disebelah segera dicuit.

"Oitt... Tengok sampai meleleh air liur," usik Fasha. Fazrina terus tersentak.

"Ehh mana ada! By the way, dia handsome lah, Fasha!" bisik Fazrina. Fasha hanya mendiamkan diri.

"Hai, semua. Nama saya Rayyan Fattah bin Tan Sri Rizman. Just call me Rayyan. Dulu, saya belajar di New York. Tetapi sekarang saya berpindah ke sini untuk mengambil peperiksaan SPM," kata Rayyan. Seluruh kelas mula bertukar bising.

"Handsome gila!"

"OMG! Dia anak Tan Sri lah!"

"Wow! Dah lah kacak, kaya dan pandai pula tu! Aku cop dia!"

"Ehh tak boleh! Dia aku punyalah!"

"Aku punyalah!"

"Tak! Aku!"

"Sudah! Semua diam!" marah Cikgu Malik. Terus sahaja kelas menjadi sunyi. Tetapi itu hanya sementara apabila mereka dikejutkan dengan kenyataan yang dibuat oleh Rayyan.

"Maaf semua. Tetapi, saya kepunyaan Fasha. Dan Fasha milik saya. Muktamad!"

Fasha tersentak. Dia sedikit ternganga. Dia ingin menyangkal tetapi segera dihalang oleh Ivy, Dayang dan Fazrina.

"Terima dia, Fasha. Awak berdua sesuai bersama!"

Terus niat Fasha terhenti. Matanya melirik perlahan memandang Rayyan. Mata mereka bertembung. Jejaka itu terus mengenyitkan matanya. Seisi kelas kembali riuh dengan suara usikan yang nakal.

Sarah yang memerhati sudah mengetap bibir. Dia langsung tidak berpuas hati. Mengapa semua perkara perlu menjadi milik Fasha? Tidak! Dia tidak akan biarkan Fasha terus bahagia. Dia perlu berbuat sesuatu. Dunia ini sememangnya tidak adil!
















•¤•

















FASHA terjaga daripada tidur. Dia cuba untuk menghilangkan mamainya. Jam di dinding diperhati. Sudah pukul 8:45 pagi. Barulah dia sedar yang dia tidur dalam keadaan duduk dan menyandarkan tubuhnya ke pintu.

Wajahnya yang melekit disentuh. Hujung jarinya terasa sedikit basah. Air mata? Dia menangiskah? Adakah dia terlalu merindui kisah yang lama?

Fasha memejamkan mata. Dada disentuh. Hatinya masih sakit dan perit. Dia berasa sangat menyesal. Mengapa dia terlalu cepat percaya? Kalaulah dia tidak menerima Rayyan, pasti dia tidak akan jadi seperti ini. Dia pasti tidak akan terseksa.

Air matanya segera dilap dengan kasar. Fasha bangun dari duduk lalu mencapai tualanya. Langkahnya perlahan dan terasa lemah. Dia segera masuk ke dalam bilik air. Air pancut dibuka.

Tanpa membuka baju, perlahan-lahan tubuhnya melorot jatuh ke bawah. Dia duduk dibawah pancuran air tersebut. Kakinya dipeluk. Bajunya terus basah lencun. Tidak semena-mena dia termenung.

Dia berusaha untuk tidak mahu menangis lagi. Cukuplah dia menderita selama ini. Walau apapun yang terjadi, dia tidak akan menerima Rayyan lagi kerana hatinya telah dimiliki oleh seseorang yang dia yakin mampu untuk menghargai.

Ya, dia perlu meneruskan kehidupan. Dia tekad tidak akan menoleh lagi. Tumpuannya sekarang ialah apa yang ada di hadapan.

Seseorang pasti akan menunggunya. Dia sangat-sangit yakin bahawa lelaki itu sememangnya layak. Pemilik hati untuk dia di dunia dan selamanya.

"Aku harap, rasa sakit ini akan diganti dengan kebahagiaan suatu hari nanti," bisik Fasha dengan nada yang perlahan.






















VOTE AND COMMENT❤🕊

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now