BAB 47 | KEBENARAN TERUNGKAP

1.3K 171 32
                                    

Fear of getting hurt,
Again.

•¤•



FASHA mengetuk pintu lalu mulutnya memberikan ucapan salam. Dengar sahaja sahutan dari dalam, Fasha terus membuka pintu bilik Prof. Madya Dr. Ismail itu. Jantungnya usah dikatakan, berdegup kencang dan dia berasa sangat berdebar-debar. Dia terus melangkah masuk.

"Ya, prof. Kenapa prof panggil saya?" tanya Fasha sambil matanya memandang lelaki yang sudahpun berusia itu. Air wajahnya sangat bersih dan kelihatan tenang, menghilangkan sedikit gusar dalam hati Fasha.

"Silakan. Duduklah dahulu," pelawa Prof. Madya Dr. Ismail sambil tersenyum. Fasha menurut. Ditarik kerusi yang berhadapan lelaki berserban itu lalu diapun melabuhkan duduk.

"Fasha, saya rasa, kamu tahu sebab apa saya panggil kamu ke sini kan?"

Fasha menundukkan kepala lalu dia terus mengangguk perlahan. Berat hatinya mahu mengakui kebenaran. Namun, dia terpaksa juga akui kerana itu sendiri merupakan salahnya. Dia sendiri yang memilih jalan itu maka dia sendiri yang perlu menanggung akibatnya.

"Ya. Saya tahu, prof."

"Boleh saya tanya kamu beberapa soalan?" tanya lelaki itu. Fasha hanya menganggukkan kepala.

"Adakah betul perempuan yang ada dalam video itu adalah kamu?" Fasha mengukirkan senyuman pahit. Sakit yang dia rasakan sekarang usah dikatakan bagaimana. Sangat-sangat sakit. Dia berasa lemah.

"Ya, prof. Itu memang saya. Saya minta maaf sangat-sangat. Kalau prof nak buang saya sekalipun, buanglah. Saya sanggup terima apa jua denda yang prof mahukan," kata Fasha sambil menundukkan kepala. Kedengaran hela nafas lelaki itu memasuki ruang pendengaran.

"Fasha, maaf kerana saya langsung tidak tahu kisah hidup kamu bagaimana. Tapi, memandangkan kes ini terlalu berat dan besar, saya terpaksa juga menjatuhkan hukuman berat kepada kamu atas dasar keadilan. Saya tidak mahu kamu semakin dicaci jika saya tidak mengambil sebarang tindakan. Jadi, saya akan gantung kamu selama sebulan. Selepas sebulan, kamu boleh datang ke sini semula. Insya Allah keadaan akan menjadi reda seperti biasa."

Fasha mengukirkan senyuman pahit. Berat sungguh dugaannya kali ini. Sangat berat untuk ditanggung oleh sekeping hati yang rapuh, yang baru sahaja mahu memulakan penghijrahan dari jalan kegelapan ke jalan yang penuh dengan cahaya. Sesungguhnya, hijrah itu tidak mudah. Namun, disebabkan mahu memperoleh Syurga yang hakiki, terpaksa ditempuh segala onak dan duri biarpun nyawa dijadikan taruhan.

"Ya, baiklah. Saya faham. Saya minta diri dahulu ya?"

"Fasha, walaupun dosa kamu setinggi awan dan seluas lautan, jangan dilupakan bahawa pengampunan Allah itu lebih luas. Pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba-hamba-Nya yang ingin berhijrah," kata Prof Ismail lagi. Fasha terdiam, sekadar mendengar.

"Terdapat satu hadis yang mengisahkan seorang pemuda yang telah pun membunuh 99 jiwa, lalu dia bertanya tentang keberadaan orang-orang yang paling alim di muka bumi ini. Lalu ia ditunjuki pada seorang rahib. Lantas pemuda itu bertanya kepada rahib itu. Jika seseorang telah membunuh 99 jiwa, adakah taubatnya diterima? Maka jawapan rahib itu tidak. Lalu lelaki itu terus membunuh rahib itu dan genaplah 100 jiwa yang telah dia renggut nyawanya," kata Prof Ismail.

"Kemudian, dia bertanya lagi keberadaan orang yang paling alim di muka bumi ini. Lalu dia ditunjuki kepada seorang 'alim. Maka dia pun bertanya lagi, jika seseorang itu telah pun membunuh 100 jiwa, adakah taubatnya masih diterima? Jawapan 'alim itu ialah ya. Jika kamu ingin berubah, tinggalkanlah tempat buruk ini dan pergilah ke tempat yang baik, di mana terdapat sekelompok manusia yang menyembah Allah."

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα