Bab 27

2.4K 105 26
                                    

Ammar memasuki ruang dapur dengan wajah dingin. Meja makan didekati. Kerusi ditarik lalu dia menjatuhkan punggungnya diatas itu. Nuha berpaling sambil tersenyum nipis.

"Kau nak makan apa-apa ke? Aku boleh masakkan." Soal Nuha sambil menyandarkan mop yang digunakan tadi di dinding.

Ammar menoleh kearah Nuha sambil menjungkit bibirnya. Dia menjeling mop yang disandarkan itu dengan wajah tidak berpuas hati.

"Kerja kau memang lembap kan? Dari tadi dapur aje kau mop? Ruang tamu tu aku tengok bersepah. Macam mana kau kerja ni?" Tengking Ammar sambil mendengus geram.

"Lagi satu aku nak pesan. Kau jangan nak berkau aku dengan aku. Kau tu cuma orang gaji. Kau tahu kan panggilan apa yang sesuai untuk kau panggil aku?" Sambung Ammar lagi.

"Kau nak aku panggil kau tuan?" Tanya Nuha beriak biasa.

"Memang itu yang patut pun. Belum pernah lagi orang gaji nak panggil majikan dia macam panggil kawan pula. Tak sedar diri. Kau sedarlah pangkat kau tu dimana." Seloroh Ammar lagi sengaja mahu membuat Nuha sakit hati dengan perkataan yang diucapkan.

"Saya tahu saya siapa, tuan. Tapi, jangan nak rendahkan saya. Saya orang gaji pada mulut tuan saja. Hakikatnya saya isteri tuan." Bidas Nuha tidak berpuas hati.

"Kau cakap apa tadi? Isteri?" Ammar berdekah. Dia memandang Nuha dari atas ke bawah. Lalu dia mengangkat bibirnya tanda meluat.

Nuha mengangguk.

"Cermin kat rumah ada banyak. Pergilah ambil masa untuk tengok diri kau tu. Kau layak ke nak jadi isteri aku? Dengar sini... sampai bila-bila pun, hanya seorang gadis saja yang layak untuk jadi isteri aku... iaitu Nurani." Sinis Amar memandang wajah Nuha.

Nuha merenung tajam kearah Ammar. Geram rasanya apabila nama itu sering disebut. Tak habis-habis dengan nama Nurani. Tak bolehkah sehari saja nama perempuan itu tidak disebut? Serabut betullah.

"Terserah lah tuan nak cakap apa pun. Kalau niat tuan nak buat saya cemburu... nampaknya tuan silap. Saya tak akan cemburu sebab tempat saya lebih tinggi dari Nurani. Saya sikit pun tak terancam kalau tuan mahukan Nurani. Sebab saya tahu Nurani tak cintakan tuan pun." Balas Nuha dengan wajah puas dapat membalas bicara Ammar. Senang dapat membuat lelaki itu tergamam.

Ammar merengus geram. Dia mencapai cawan lalu diisi air paip didalamnya. Lantas itu, air didalam cawan tersebut dijirus keatas lantai yang baru dimop Nuha.

"Kau mop sampai kering lantai ni. Aku tak nak ada basah sikit pun. Ni balasan untuk orang yang biadap macam kau. Dasar orang gaji tak sedar diri." Ammar berlalu dari situ dengan perasaan puas.

Nuha menarik nafas panjang. Dia mencuba untuk bersabar dengan perbuatan Ammar tadi. "Sekarang ni kau bolehlah buat aku macam ni. Kau tunggu nanti aku akan balas benda sama. Malah lebih teruk. Kau buat silap besar cari pasal dengan aku, Ammar."

"Nuha!" Jerit Ammar dari ruang tamu.

Nuha lantas berlari mendapatkan Ammar yang memanggil namanya. Sampai sahaja disitu mata Nuha lantas membuntang. Kelihatan sampah-sarap bertaburan diatas lantai. Kertas yang dicarik-carik memenuhi lantai di ruang tersebut. Kening Nuha berkerut seribu.

"Tuan, kenapa bersepah sangat ni?" Soal Nuha. Dia memandang wajah dingin Ammar. Bengang rasanya menatap muka lelaki itu. Dia tahu ini semua angkara Ammar.

"Yang kau tanya aku dah kenapa? Kau yang tak buat kerja kan? Curi tulang aje kerja kau..." Ammar menyilangkan lengannya sambil memandang sinis kearah Nuha.

"Tadi tak ada berselerak macam ni pun. Tuan ke yang koyak kertas-kertas ni lepastu buang dilantai?"

"Kau nak tuduh aku pula? Siapa yang orang gaji sekarang ni? Kau kan? Jadi ini semua tugas kau... Nak banyak bunyi pula. Aku nak naik atas. Aku turun semula aku tahu semua sudah beres. Kalau tak, aku potong gaji kau. Faham?" Ammar menyusun langkah berlalu dari situ. Dia sempat menghadiahkan senyuman sinis kepada Nuha yang sudah tercengang itu.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang