Bab 29

2.6K 104 13
                                    

"Oi Mar, lama lagi ke kau dalam tandas ni?" Tegur Zarith sambil kepalanya memandang ke kiri dan ke kanan. Sudah dekat sejam juga dia menunggu Ammar keluar dari tandas. Naik lenguh kakinya berdiri sambil menunggu.

"Sabar lah. Aku sakit perut gila-gila ni. Kalau aku keluar nanti kat tengah jalan aku sakit perut lagi macam mana? Naya aku." Ammar memegang perutnya yang terasa sakit teramat. Tadi tak ada pula sakit perut macam ni. Dia salah makan kah? Tapi dia baru saja tiba di pusat membeli belah itu. Belum sempat pun lagi dia mahu singgah dimana-mana kedai makan. Aneh pula rasanya.

"Memang kita pergi mall ni nak bertapa dalam tandas pun. Aku ajak kau lepak supaya boleh hilangkan stress. Ini aku yang naik stress tunggu kau keluar tandas." Zarith mengeluh.

Kedengaran bunyi flush tandas memecah suasana di tandas itu. Susuk tubuh Ammar yang baru keluar dipandang lama. Sempat Zarith menutup hidungnya untuk mengelak bau yang tidak menyenangkan.

"Kau jangan nak tutup hidung sangat. Kau fikir aku buang air besar depan muka kau ke." Marah Ammar sambil tangannya memegang perut yang masih terasa sakit.

"Kau kenapa Mar? Sampai-sampai mall terus bergegas ke tandas. Kau salah makan ke apa?" Soal Zarith.

"Aku tak tahu lah. Dari dalam kereta tadi aku dah rasa sakit perut sebenarnya. Tapi melepasnya kat mall ni pula." Ammar cuba mengingat kembali punca dia sakit perut teramat. Setahu dia, dia belum belum menjamah apa-apa lagi kecuali air sirap buatan Nuha. Lama mengimbau dia terus membuntangkan matanya. Dadanya mula berombak menahan marah. Tangan kanannya sudah menggempal penumbuk.

"Ni mesti kerja Nuha! Tadi dia bagi aku minum air sirap. Mesti dalam air tu dia letak sesuatu sampai aku sakit perut macam ni!"

Zarith mula tersengih. Dia tergelak didalam hati. Wajah cemberut Ammar dipandang sambil kepalanya digeleng perlahan. Terhibur rasanya apabila mendengar apa yang dikatakan Ammar. Nakal juga Nuha ni. Boleh pula dia letak julap dalam air sirap Ammar.

"Kau gelak apa Zar? Aku menyirap betul sekarang ni. Buat mood aku hilang aje. Dah aku nak balik. Lain kali lah lepak." Dengan tergesa-gesa Ammar berlalu meninggalkan Zarith.

Didalam kereta, Ammar menyumpah seranah didalam hati. Sumpah dia bengang dengan Nuha. Dia sembelit angkara Nuha! Stereng kereta ditepuk kasar. Nafasnya turun naik kerana marah teramat. Paling pantang betul bila dia dikenakan sebegini. Sudahlah perutnya masih sakit. Hati pun turut sakit! Kenapa lah dia boleh serumah dengan Nuha yang perangai tak semenggah itu.

"Kau tunggu aku balik nanti Nuha. Kau tahu lah apa aku boleh buat nanti!" Gumam Ammar tidak berpuas hati. Kereta dipandu laju mahu pulang cepat kerumah. Tak sabar rasanya dia mahu ajar Nuha yang biadap itu! Tidak akan sesekali dia bagi peluang pada Nuha lagi.

SAMPAI SAHAJA diperkarangan rumah banglo itu, Ammar memberhentikan keretanya. Pintu kereta dibuka lalu dia keluar dengan penuh tergesa-gesa dari perut kereta itu. Didalam akal fikirannya hanya satu. Dia mahu berjumpa dengan Nuha Madina yang menjadi punca perutnya sembelit. Kasut ditanggalkan dari kaki. Tanpa meletakkan kasut tadi diraknya, Ammar terus masuk kedalam rumah.

Kelihatan Nuha sedang duduk diatas sofa sambil menonton televisyen. Ammar berhenti melangkah. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya.

"Nuha!" Pekik Ammar membuatkan Nuha terperanjat. Nuha lantas menoleh Ammar yang sudah tercegat berdekatan pintu rumah itu. Wajah keruh Ammar dipandang lama sambil dia menelan air liur. Ah sudah! Habislah dia kena basuh dengan Ammar. Mesti Ammar dah tahu dia letak julap dalam air sirap tadi. 

"Ya saya..." jawab Nuha teragak-agak. Dia sempat menghadiahkan sengihannya. Padahal hati sudah tidak sedap. Takut juga dia melihat Ammar marah begitu.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang