Bab 10

2.4K 92 0
                                    

Perut yang tadinya lapar sudah diisi. Zarith dan Nuha kembali ke pejabat. Mereka berdua berbual sambil menuju ke lift untuk naik ke tingkat atas.

"Terima kasih belanja saya breakfast tadi." Ucap Nuha sambil tersenyum manis kepada Zarith.

"Tak ada apa sangat pun lah. Terima kasih teman I makan. Jadi berselera betul I tadi." Zarith tersenyum nakal. Punat lift ditekan sekali. Mereka berdua menapak memasuki lift apabila pintu lift terbuka.

"Pejabat Ammar tingkat 3. I punya pejabat pun sama." Ujar Zarith membuatkan Nuha mengangguk faham. Nuha memandang luar lift sambil menunggu lift itu untuk tertutup. Tiba-tiba figura Ammar terpacul dihadapan pintu lift itu.

"Lambat boss hari ni." Tegur Zarith cuba mengusik. Lift mula bergerak untuk ke tingkat atas.

"Kau macam tak tahu pulak aku ni macam mana. Kalau aku lambat maksudnya aku ada hal lah tadi." Balas Ammar kepada Zarith. Matanya menyinggah kepada Nuha yang senyum memandang dirinya.

Zarith pula sudah tersengih sambil memandang  Nuha dan Ammar silih berganti. "Scandal baru aku." Bisik Zarith.

Ammar hanya diam tidak membalas. Suka hati lah nak jadikan Nuha ni scandal atau apa. Dia tidak mahu tahu. Baguslah kalau Zarith nak dengan Nuha. Tak ada dia dan Nurani diganggu nanti. Ammar tersenyum sinis.

Sampai sahaja ditingkat tiga, mereka bertiga keluar dari lift itu. Ammar membetulkan tali lehernya lalu berpaling kearah Nuha sekilas. Wajah dingin dipaparkan kepada gadis itu. Dia menoleh kehadapan semula. "Ikut saya ke pejabat." Arah Ammar lalu berjalan pantas kepejabatnya. Dia tidak mahu membuang masa.

Nuha hanya mengangguk sambil tersenyum nakal. Tanpa banyak bicara dia berjalan mengikuti Ammar dari belakang. Zarith ditinggalkan dibelakang. Jalannya laju supaya tidak ketinggalan.

Zarith hanya menghantar pandangannya dengan senyuman.

Ammar memasuki biliknya sambil diikuti oleh Nuha. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi pejabat lalu dia memandang Nuha yang berdiri tegak dihadapannya itu. Kening tebalnya diangkat. "Sebelum aku tanya apa-apa pasal akademik kau. Aku nak tanya satu benda yang lagi penting."

"Apa dia?" Soal Nuha dengan wajah aneh.

"Duduk." Arah Ammar sambil menunding jarinya kearah kerusi yang berada dihadapannya itu.

Nuha lantas melabuhkan punggung apabila diarah Ammar untuk duduk.

"Kau kerja sini sebab kau memang nak kerja atau ada agenda sebaliknya?" Nuha menelan liur. Apa punya soalan yang diajukan Ammar ni?

"Saya tak faham apa yang Encik Ammar cuba sampaikan."

Ammar tergelak hambar. Pura-pura tidak faham pulak. Ingat dia bodoh sangat agaknya nak dibohong-bohong. "Kalau tak faham baguslah. Aku nak tanya, kau cuma ada kelulusan SPM saja kan? Kau ada bagitahu haritu."

Nuha mengangguk.

"Kenapa kau tak minta kerja kat kedai makan? Atau kedai runcit. Kenapa kau nak kerja di syarikat aku?"

Nuha membatu. Ammar ni memang sengaja nak membuli dirinya atau apa. Sakit pula hati mendengar soalan Ammar itu. Kalau diikutkan tak ada maknanya dia mahu kerja ditempat Ammar. Kalau tak sebab dendam yang terbuku dalam sanubari memang taklah dia nak menghadap muka Ammar yang ketat macam nangka!

Ammar tersenyum sinis. Tahu pun nak diam. Tak tahu mahu jawab apa lah tu. Orang yang berniat jahat memang akan jatuh. Tak kesah lah dengan cara apa sekali pun.

"Kalau diikutkan dengan kelayakan kau. Kau cuma layak jadi cleaner aje sebenarnya. Tak pun kerani tapi jawatan kerani dah penuh. Lain lah kalau Nurani yang nak bekerja. Dia boleh dapat jawatan tinggi berdasarkan kelayakan dia." Ammar sempat menyebut tentang Nurani supaya hati Nuha semakin panas.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang