Bab 64

5.4K 203 20
                                    

Nuha duduk termenung di atas sofa. Dia memandang kaca televisyen tanpa perasaan mahu menonton. Dibiarkan saya televisyen bernyala tanpa ada yang melihat. Nuha cuma banyak terfikir soal perasaannya saja. Apa yang dia buat serba serbi tak kena. Kadang kadang buntu harus buat apa lagi supaya Ammar tidak memarahinya lagi.

Apabila teringat kembali semasa Ammar menengkingnya, hati Nuha betul betul terusik. Mahu saja dia merajuk tapi bila teringat dia sudah tiada siapa siapa lagi. Dia memendam saja perasaannya. Hanya air mata saja mampu menemani Nuha.

Tiba tiba saja rasa kejang menyerang kaki Nuha. Nuha memicitnya kakinya perlahan sambil mengerut dahi. Makin bertambah usia kandungannya itu, terasa makin berat. Kakinya pun sering sakit. Nuha tak boleh berjalan lama sangat sekarang.

Ammar yang kebetulan lalu melihat Nuha yang sedaya upaya mengurut kaki sendiri menjadi berasa kasihan. Pasti sukar untuk Nuha memandangkan perutnya sudah agak besar. Tapi Ammar masih dengan egonya dan dia tidak mahu menolong. Akhirnya Ammar hanya menyambung langkahnya untuk ke bilik. Dia membiarkan saja Nuha dengan kakinya yang kejang.

Nuha tertoleh kelibat Ammar yang hanya lalu dan buat buat tidak nampak saja dirinya di sofa sedang kejang kaki. Nuha mengeluh kecil kemudian dia menyambung saja lakunya.

Nuha mencuba untuk bangkit. Dia mahu menuju ke dapur. Semenjak mengandung ni dia memang cepat lapar. Maklumlah apa yang dia makan, bayinya turut makan juga. Dia mahu mencari mana tahu ada apa apa yang boleh dia kunyah. Ketika dia lalu di tepi mesin, matanya teralih memandang bakul baju yang penuh tidak berbasuh itu. Setahu Nuha, Ammar selalu membasuh baju tapi kenapa bakul bajunya penuh.

Rupanya Ammar hanya membasuh bajunya sendiri saja. Baju Nuha habya diasingkan dan diletakkan didalam bakul tidak berbasuh.
Nuha mengeluh. Apabila teringat baju bersihnya sudah tidak banyak di dalam almari, Nuha hanya akur sahaja untuk membasuh bajunya sendiri walaupun dia tak larat. Jangankan nak angkat bakul baju, dia mahu berjalan pun sudah tidak larat. Tapi dia tetap gagahkan juga. Kalau dia tak basuh baju dia, siapa lagi nak basuhkan. Dia tahu Ammar tak mungkin akan melayan  dia seperti seorang permaisuri.

"Baby teman ibu basuh baju ya." Nuha berbisik perlahan. Dia menekan nekan butang yang terletak pada mesin basuh untuk menghidupkan mesin tersebut. Dia sempat menjeling ke arah belakang rumahnya. Matahari terik juga. Memang sesuai lah untuk dia membasuh baju. Cepat bajunya kering nanti.

Berkali kali juga Nuha menekan butang mesin basuh tapi tetap juga mesin itu tidak menyala.

"Mesin basuh ni rosak ke?" Soal Nuha kepada dirinya sendiri. Nuha berdecit kecil. Kalau mesin basuh rosak, macam mana dia mahu basuh baju? Kalau boleh dia mahu memanggil Ammar tapi dia segan nak minta tolong. Nuha fikir, biar dia basuh baju guna tangan saja.
Nuha pun mengangkat kembali bakul baju menuju ke bilik air.

Sedang dia berjalan ke arah bilik air, tiba tiba kakinya terasa licin di hadapan pintu bilik air tersebut. Hampir saja dia mahu jatuh. Nasib baik tangan Nuha pantas menahan dirinya daripada jatuh. Dada Nuha berdebar laju. Bagai mahu pecah dadanya kerana risau apa apa bakal terjadi kepada dirinya dan juga kandungannya.

Ammar yang kebetulan lalu dan terpandang situasi itu terus menyergah.

"Buat apa ni?" Kening Ammar berkerut seribu. Dia memang sempat menyaksikan situasi Nuha hampir terjatuh tadi. Dia juga khawatir kalau Nuha jatuh. Tapi perasaan marahnya lebih menguasai. Apa sajalah Nuha ni nak buat? Tak boleh ke kalau duduk diam diam? Kerja nak menyusahkan orang saja. Kalau apa apa berlaku nanti, Ammar juga yang kena tanggung susahnya.

"Abang, Nuha nak basuh baju." Balas Nuha. Dia tak berani mahu memandang wajah Ammar yang mengeruh. Pasti teruk dirinya dimarahi nanti kalau Ammar terlihat kejadian dia hampir tergelincir. Ammar kan paling pantang kalau apa apa berlaku pada anaknya.

"Kenapa tak guna mesin basuh?" Soal Ammar lagi. Dia memeluk tubuhnya sambil mengeluh kasar.

"Mesin basuh rosak. Nuha nak basuh tangan saja baju Nuha ni."

"Tadi tu kenapa? Nak terjatuh?" Ammar memandang Nuha atas bawah.

Nuha mengangguk perlahan. Dia sungguh takut mahu menghadap Ammar.

"Mulut tu dah bisu tak reti nak minta tolong? Bodoh sombong. Hidup suka menyusahkan orang. Kalau terjatuh tu kalau awak aje yang sakit tak apa. Ini melibatkan anak saya. Kalau apa apa terjadi pada anak saya awak nak bertanggungjawab? Nak sakit, sakit sorang sorang jangan nak bawa orang lain jadi mangsa sekali" Seloroh Ammar. Dia menjeling tajam ke arah Nuha.

Nuha seakan tergamam. Untuk kesekian kali, Ammar menyakiti hatinya lagi. Sedikit Ammar tak risaukan dirinya. Sebaliknya dia hanya memikirkan anak yang dikandung sahaja.

"Anak abang kan anak Nuha." Balas Nuha sambil menunduk.

"Siapa kata? Saya tak nak anak saya ada ibu yang jahat macam awak. Kalau anak ni dah lahir nanti, saya akan jauhkan dia daripada perkara negatif. Awak sedar kan tempat awak? Awak tak layak jadi ibu kepada anak saya."

Nuha menangis dihadapan Ammar. Ammar hanya membuat muka biasa seakan tidak peduli dengan tangisan Nuha.

"Kalau macam tu abang doakan saja lah Nuha mati masa lahirkan anak ni. Kalau Nuha hidup pun, Nuha tak akan sanggup berjauh daripada anak kita. Masa tu, abang carilah mana mana wanita yang lebih berhak menjadi ibu kepada anak kita. Kasihan anak ni dapat ibu jahat macam Nuha." Nuha lantas menyeka air matanya lalu beredar meninggalkan Ammar.

Dia menuju ke biliknya lalu duduk diatas katil. Kepalanya didongakkan ke siling bilik itu. Dia menangis sepuas puasnya.

"Ya Allah, kau kuatkan lah aku. Aku betul betul terasa dengan kata kata dia." Ujar Nuha perlahan. Hatinya berbelah bahagi. Mahu putus asa sahaja ataupun tidak. Dia benar benar mahu mengambil hati Ammar semula tapi dia juga ada tahap kesabaran.

"Nura, Kak Nuha tak layak ke untuk dapat peluang? Dengan keadaan Kak Nuha macam ni. Kak Nuha letih. Ibu mengandung lain semua seronok dan gembira saja. Sampai Kak Nuha, hari hari Kak Nuha makan hati. Ammar benci Kak Nuha, Abang Nadim pun bencikan Kak Nuha. Habistu mana lagi tempat untuk Kak Nuha mengadu?" Nuha teringatkan arwah Nurani. Kalau Nurani masih hidup, pasti Nurani akan mendengar sahaja luahan hatinya. Menyesal sungguh Nuha tidak menggunakan detik detik sesama Nurani masih hidup sebaik mungkin. Baru sekarang dia merasa sesalnya.

"Kalau boleh, Kak Nuha nak ikut Nura. Nak ikut abah dan mak. Mak, Abah, kalau Nuha tak ada nanti baru orang nak menyesal ke? Sepertimana Nuha menyesal selepas kehilangan kalian?"

Nuha termenung jauh. Dia penat mahu menangis. Kalau hari hari dia menangis, dia boleh jatuh sakit pula. Risau anaknya juga bakal terkena akibatnya nanti. Nuha berbaring lemah. Akhirnya dia tertidur dengan wajah yang baru habis menangis.

Ammar yang dari tadi mendengar daripada luar pintu bilik itu hanya terdiam. Dia berfikir sejenak. Teruk sangat ke perkataan yang keluar mulutnya tadi? Tapi egonya masih menjadi raja. Dia tidak akan berhenti untuk menyakiti perasaan Nuha selagi dia masih belum puas. Dia masih belum percaya dengan Nuha yang konon insaf itu. Kerana dia kenal Nuha. Nuha sanggup buat apa sahaja asalkan dapat memenuhi kehendak dirinya.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang