Bab 54

2.4K 95 7
                                    

Semenjak Nuha mengandung, Ammar sudah tidak seperti dulu. Tiada lagi masa untuk melepak. Rutin harian sama saja. Siang bekerja di pejabat, balik saja kerja dia uruskan rumah. Nuha pula tidak masak dah. Makanan pun Ammar yang sediakan sendiri apabila kerja rumah sudah selesai. Kalau Ammar terlalu letih atau tak sempat masak, Ammar akan pesan memalui internet saja.

Kadang kadang terasa rindu pula mahu makan masakan Nuha. Tapi Ammar faham. Tenaga Nuha tidak seperti dulu. Lagi lagi bila Nuha kerap mengalami alahan ketika mengandung ni. Terasa simpati dia melihat keadaan Nuha. Asyik muntah muntah dan pening kepala saja isterinya itu.

Nadim pun sudah tinggal di rumah lama semenjak kakinya sudah sedikit kuat. Dia dah boleh berjalan cuma harus menggunakan tongkat sebagai sokongan. Pada mulanya Nuha tak setuju sebab dia risau apa apa berlaku pada Nadim. Tapi lama lama selepas Nadim meyakinkan Nuha yang dia boleh menjaga diri, Nuha pun bersetuju. Dengan syarat Nadim harus menelefon Nuha kalau ada apa apa berlaku.

Ammar sibuk mengemas rumah. Tadi dia sudah mengemas di ruang tamu. Sekarang dia kemas di bahagian dapur pula. Segala habuk dia sapu dengan penuh teliti. Barang yang berselerak dia susun dengan rapi. Dia tak mahu mbuat kerja sambil lewa kerana bakal mengundang bebelan Nuha. Nuha paling pantang orang buat kerja tak sempurna ni.

Tiba tiba kedengaran suara Nuha memanggil Ammar. Terus Ammar tinggalkan kerjanya dan pergi mendapatkan Nuha. Risau apa apa terjadi pada Nuha. Ya lah, Nuha kan sedang mengandung.

"Kenapa sayang? Ada apa apa ke nak abang tolong?" Soal Ammar dengan riak wajah risau. Dia mengesat tangannya pada baju. Takut takut tangannya kotor.

"Abang dah siap ke kemas rumah?" Soal Nuha dengan wajah dingin. Majalah yang dia sudah habis baca diletakkan ditepi katil. Dia memandang Ammar dari atas ke bawah. Mengah semacam saja dia lihat suaminya itu. Baru habis acara lumba lari ke apa?

"Belum lagi. Tinggal sikit lagi." jawab Ammar sambil tersenyum.

"Abang dah masak ke belum? Nuha dan baby dah lapar ni." Sengaja Nuha kuatkan sikit perkataan 'baby' untuk menarik perhatian Ammar. Maklumlah, Ammar kan pantang kalau pasal anak ni.

"Belum lagi sayang." Jawab Ammar, lembut. Tadi kan dia mengemas. Kemas dapur pun dia belum habis lagi. Mestilah dia tak sempat masak lagi.

"Abang ni kenapa? Lambat sangat buat kerja? Semua tak siap lagi. Ke abang tak buat kerja langsung? Abang melepak saja ke?" Nuha menengking. Panas pula hati mendengar jawapan Ammar. Takkan lah tak siap masak lagi? Dia sudah lapar dah ni.

"Tak Nuha. Abang buat kerja dari tadi. Abang tak rehat pun lagi. Kejap ya Nuha. Abang pergi masak dulu untuk Nuha." Ammar seakan faham Nuha terlalu lapar.

"Tak payah lah. Abang tak payah susah susah. Biar Nuha kebulur." Balas Nuha. Ada nada rajuk disitu. Memang emosinya tidak stabil ketika mengandung ni. Salah sikit pun dia mahu marah.

Serta merta Ammar menjadi cemas. Terus dia mendekati Nuha untuk memujuk isterinya itu.

"Nuha maafkan abang. Abang tahu Nuha terasa dengan abang. Abang pergi masak sekarang ya." Pujuk Ammar dengan nada lembut. Susah hatinya melihat wajah Nuha yang seperti mahu menangis itu. Mungkin terlalu lapar sebab tu jadi tak boleh sabar.

"Nuha rasa macam Nuha menyusahkan abang pula. Nuha minta maaf. Nuha tak minta pun jadi macam ni. Kalau Nuha larat, mesti Nuha yang buat semua kerja dan memasak juga." Air mata Nuha jatuh menitis.

"Tak, Nuha tak susahkan abang dan tak pernah menyusahkan abang." Kening Ammar berkerut. Macam mana lah Nuha boleh terfikir dirinya menyusahkan. Ammar tidak merasa disusahkan pun. Merepek sajalah Nuha ni.

"Abang bohong. Air muka abang tu pun dah cukup membuktikan yang abang rimas dengan Nuha." Tangis Nuha semakin menjadi jadi.

"Ya Allah. Sejak bila? Abang tak buat pun muka rimas. Jangan lah merajuk macam ni Nuha. Susah abang tahu?" Ammar menepuk dahinya. Dia ada terbuat muka rimas kah? Setahu Ammar tiada pun. Wajah risau adalah. Pelik pelik sajalah ragam orang mengandung ni. Benda tak buat pun dituduhnya. Memang banyak perangai.

"Jadi betul la? Nuha memang menyusahkan abang kan? Dah lah abang. Nuha sedar diri Nuha. Lepasni biar Nuha keluar aje dari rumah ni. Tak ada lah abang susah lagi." Nuha mula mengugut. Rasa marah teramat apabila Ammar menjawab begitu. Kalau dah rasa menyusahkan tu apa lagi. Tak payah lah nak jaga lagi. Sengaja nak bagi Nuha terasa dengan kata katanya itu. Masa sebelum mengadung bukan main lagi janji sana janji sini.

"Aduhai sayang. Tak, maksud abang. Susah tu bukannya menyusahkan. Tapi abang susah hati. Abang risau tau dengan Nuha. Nuha kan tengah mengandung. Bahaya kalau nak keluar ni. Abang tak nak ada apa apa kena dengan isteri abang." Ammar cuba menenangkan Nuha. Cepat sangat Nuha tersalah sangka. Tak fahamkan maksudnya betul betul lagi dah buat kefahaman sendiri.

"Kalau Nuha tak mengandung abang tak kisah pun pasal Nuha." Tak cukup pasal tadi, masalah baru pula Nuha cuba persoalkan. Makin runsing kepala otak Ammar jadinya. Tapi nasib baik Ammar masih bersabar. Ammar hanya tergelak kecil. Terhibur dengan perangai isteri sendiri. Aneh aneh saja.

"Tak sayang. Abang masih akan kisah pasal Nuha. Abang cinta sangat kat Nuha. Takkan abang nak biarkan Nuha tinggalkan abang. Mati lah abang nanti. Hidup pun tak guna kalau tak ada Nuha." Ammar mencium pipi isterinya iti tanda kasih. Dengan harapan Nuha akan rasa terpujuk dengan tindakannya itu.

Nuha sekadar menjeling tanda masih merajuk.

"Macam mana eh abang nak pujuk Nuha. Abang tahu, makanan mesti mampu memujuk hati Nuha tu kan? Kejap. Abang akan masakkan makanan istimewa untuk isteri abang yang tercinta ni."

Ammar lantas menuju ke dapur meninggalkan. Dia mahu masak cepat demi memujuk Nuha. Walaupun dia tak ada lah hebat mana dalam bidang masakan. Tapi, dia akan cuba. Segala resepi dia rujuk di Youtube atau Google saja. Sekarang kan mudah. Segalanya di hujung jari saja.

Sebaik saja Ammar pergi, Nuha tersenyum puas hati. Seronok pula dia dapat kenakan Ammar. Awal awal mestilah lelaki itu masih boleh bersabar. Tengok lah nanti. Hari demi hari makin teruk Nuha kerjakan Ammar. Masa tu Ammar tak akan mampu buat apa apa. Nuha yakin Ammar akan jatuh juga apabila dia memberi alasan tentang kandungannya itu. Itu kan kelemahan Ammar.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang