Bab 6

2.2K 97 1
                                    

Nuha duduk diatas kerusi rotan sementara menunggu kedatangan Ammar. Dia melihat Nurani yang masih tergesa-gesa bersiap. Dia menjeling sinis kearah Nurani. Beria nak bersiap cantik-cantik. Hasilnya sama saja nanti.

Dia bangun dari duduknya lalu menghampiri Nurani yang menghadap cermin itu. Matanya memandang Nurani dari atas ke bawah. Bibirnya menjungkit tanda meluat.

"Tak payah nak over sangat bersiap tu. Sama aje rupa kau tu. Bukan makin lawa pun." Tanpa memikirkan perasaan Nurani, Nuha melepaskan kata-katanya. Dia memang suka membuat Nurani terasa hati. Biar Nurani sedar keadaan diri sendiri.

Nurani hanya diam tidak menjawab. Memang betul pun apa yang Nuha cakapkan. Dia memang kurang cantik kalau mahu dibandingkan dengan Nuha. Tapi, apa yang istimewa tentang Nurani, ialah hati. Hatinya sama seperti namanya. Dia mempunyai hati yang nurani yang Nuha tiada.

Nadim keluar dari bilik Pak Yussof sambil menyorong kerusi roda yang didudukinya abahnya. Dia menyinggah dihadapan bilik Nurani untuk menjenguk. Kelihatan Nuha juga turut berada disitu.

"Ammar tak sampai lagi ke?" Soal Nadim sambil pandangannya memandang pintu hadapan yang terbuka luas itu.

"Kejap lagi sampai lah tu. Ammar kata dia dah nak sampai dah." Jawab Nurani sambil tangannya menyelitkan jarum pada tudung selendang yang dipakai supaya kelihatan lebih kemas.

Kedengaran bunyi hon dari luar rumah menandakan Ammar sudah tiba. Nadim menolak kerusi roda abahnya lalu dibawa kehadapan pintu. Dia tersenyum melihat Ammar yang baru keluar dari keretanya itu.

"Assalamualaikum." Ammar mendekati Nadim. Tangan Pak Yussof disalam dengan mesra. Perbuatannya diulang kepada Nadim pula.

"Waalaikumsalam." Jawab Nadim. Dari cara Ammar, memang menampakkan dirinya seorang yang santun dan beradab. Sebab itu dia berkenan kalau Nurani dan Ammar disatukan. Dua-dua bagai pinang dibelah dua. Sesuai sangat.

"Jom Kak Nuha. Ammar dah sampai tu." Tangan Nuha dicapai tapi Nuha menepis tangan itu kasar.

"Aku boleh jalan sendiri. Aku bukan orang buta kau nak pimpin-pimpin." Marah Nuha dengan nada yang perlahan. Rimas pula dirinya dengan Nurani. Sibuk nak pegang tangan segala.

Nurani hanya mendiamkan dirinya. Dia berjalan membuntuti kakaknya yang berada dihadapan. Sampai sahaja dihadapan pintu, Nurani menapak keluar untuk mendekati Ammar. Kasut yang tersusun kemas diatas rak kayu dicapai.

Nuha yang sudah siap menyarungkan kasut dikaki hanya memerhati Ammar. Dia menyilangkan tangannya. Meluat melihat Ammar memberi sepenuh perhatian pada Nurani. Apa yang bagus pasal Nurani pun dia tidak tahu.

"Hati-hati bawa kereta tu. Balik awal." Pesan Nadim sambil melambai ketiga-tiga mereka yang sudah memasuki perut kereta milik Ammar itu.

Dengan perlahan, Ammar mengundurkan keretanya lalu memandu keretanya keluar dari halaman rumah Pak Yussof. Tidak sampai 5 minit kereta Ammar hilang dari pandangan mata Nadim dan Pak Yussof.

Ammar memandang Nurani yang duduk disebelahnya sambil tersenyum. "Nura, okay ke keluar dengan Ammar ni?"

"Okay aje. Ammar kata ada restoran yang baru buka kan? Kat mana restoran tu? Nura tak tahu pun."

"Tempatnya tak jauh sangat pun. Tapi tak pula dekat. Nura tengok ajelah nanti." Mata Ammar fokus dengan pemanduannya.

"Mesti mewah kan restoran tu? Tapi rasanya tak mewah pun tak apa. Nurani ni tak biasa makan di restoran mahal. Kalau gerai tepi jalan dia biasalah." Sampuk Nuha yang dari tadi mendiamkan diri.

Ammar yang mendengar lantas mengerut keningnya. Dia memandang sekilas Nurani yang berubah air muka itu. Tapi cepat-cepat Nurani tersenyum sebaik sahaja dia menyedari Ammar memandangnya.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang