Bab 8

2K 87 0
                                    

Nuha memasuki biliknya terburu-buru. Kaki dihentak kuat melepaskan marahnya. Tudung yang tersarung dikepala ditarik kasar. Dia mencampak tudung yang dipakai tadi diatas katil. Tubuhnya direbahkan lalu Nuha melepaskan nafas kasar.

"Kurang ajar punya Ammar." Nuha mengetap bibirnya. Segala sumpah seranah dilepaskan didalam hati. Panas betul hatinya apabila teringatkan Ammar yang berani menengking dia dihadapan Nurani.

Dengan Nurani bukan main lembut lagi bahasanya. Tapi bila dengan Nuha, panggilan Kau Aku yang digunakan. Sungguh. Ammar memang biadap!

"Aku tak akan biarkan kau bahagia dengan Nurani. Aku akan buat kau jatuh ditangan aku, Ammar."  Ikrar Nuha didalam hati. Dia nekad akan merosakkan hubungan antara Ammar dan Nurani. Dia tidak akan sesekali membenarkan bahagia datang kepada mereka berdua.

Lama melayan perasaan marah, Nuha memandang pintu biliknya yang diketuk seseorang. Nuha menggenggam selimutnya dengan penuh geram. Sudahlah hatinya belum tenang lagi. Siapa yang berani mengacau dia? Sibuk nak ketuk pintu bilik.

"Nak apa?" Jerit Nuha dari dalam bilik.

"Nura ganggu Kak Nuha ke?"

Nuha merengus marah. Dia bangun menuju ke pintu biliknya lalu pintu itu dibuka. Nurani yang terpacul dihadapan pintu dipandang tajam.

"Nak apa?" Soal Nuha dengan nada malas. Mukanya diraup kasar.

"Tak ada apa. Nura saja nak tengok Kak Nuha. Nak pastikan Kak Nuha okay saja. Lagipun, Nura nak minta maaf pasal tadi." Nurani tersenyum mengambil berat. Dia serba salah apabila terkenangkan pergaduhan antara Ammar dan Nuha. Sebab itu dia datang minta maaf bagi pihak Ammar.

Nuha mengeluh. Dia melarikan pandangannya kearah lain. Tiba-tiba dia teringat tentang tawaran kerja di syarikat Ammar. Tidak semena-mena senyuman manis dihadiahkan kepada Nurani yang berada dihadapannya itu. Tangan Nurani ditarik lalu dibawa ke ruang tamu.

"Kenapa ni Kak Nuha?"

"Kak Nuha ada sesuatu nak cakap dengan Nura." Ujar Nuha lembut sambil menggapai tangan Nurani.

Nurani tersenyum lebar. Dia suka apabila kakaknya berlembut dengannya seperti itu. "Apa dia Kak Nuha?" Dengan perasaan teruja, Nurani menyoal.

"Kak Nuha nak minta tolong dari Nura. Tapi, sebelum tu Kak Nuha nak tanya. Nura sudi tolong Kak Nuha?"

"Nura boleh buat apa saja demi Kak Nuha. Nura kan sayang Kak Nuha."

Nuha tersenyum. Padahal dalam hati dia sudah ketawa sinis. Senanglah dia nak pergunakan Nurani nanti. Nampaknya Nurani sudah masuk perangkap yang Nuha cipta. Dia yakin misi untuk menjatuhkan Nurani dan merampas Ammar akan berjaya.

"Kak Nuha bosan lah duduk rumah. Kak Nuha rasa nak kerja."

"Okay, lepas tu?"

"Syarikat bakal mertua Nura tu tak ada kerja kosong ke?"

"Itu Nura tak pastilah Kak Nuha. Tapi, Kak Nuha nak kerja situ ke?" Soal Nurani mahu kepastian.

Nuha mengeluh. Dah kalau dia tanya tu maksudnya ya lah. Kalau dia tak mahu kerja situ buat apa dia tanya. Lembap juga otak si Nurani ni. Ingatkan kalau dia lanjut pelajaran sampai ke Universiti, jadi orang cerdik. Rupanya sama aje sambung belajar atau tak sambung belajar sekali pun. Sakit hati apabila bercakap dengan Nurani.

Nuha mengangguk mengiyakan soalan Nurani. Tangan Nurani digenggam erat. Muka Nurani ditenung lama bagi meraih simpati.

"Kak Nuha sungguh-sungguh nak kerja disitu. Tak kisah kerja apa sekali pun, asalkan halal. Nura aje yang boleh tolong Kak Nuha. Nuha tolong pujukkan Ammar ya? Kak Nuha janji, Kak Nuha tak akan berkasar lagi dengan Nura kalau Nura bantu Kak Nuha."

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang