Bab 7

2.1K 93 4
                                    

Sampai sahaja dikawasan parkir restoran yang disebutkan itu, mereka bertiga keluar dari perut kereta. Nuha mengikuti belakang Nurani dan Ammar yang memasuki restoran itu terlebih dahulu. Dia meliarkan mata diseluruh restoran itu. Boleh tahan mewah juga tempat yang dikatakan baru buka ni. Pasti harga makanannya mahal.

Kerusi ditarik lalu Nuha melabuhkan punggungnya bersebelahan Nurani. Tempat makan untuk 4 orang itu diduduki oleh mereka bertiga. Tidak lama mereka duduk disitu, pelayan restoran itu datang mendekati untuk mengambil pesanan. 3 buah buku menu bersama pen dan sehelai kertas pesanan diletakkan diatas meja mereka. Mereka bertiga masing-masing menilik buku menu yang diberi.

"Nura nak makan apa?" Soal Ammar. Dia melirik Nurani yang ralit menyelak helaian menu. Nampak dari wajah Nurani seperti sedang buntu hendak memilih makanan apa.

"Nura tak tahu lah Ammar. Semuanya nampak sedap. Rambang mata Nura nak pilih." Nurani tersengih kambing. Memang itulah perempuan. Bila ditanya nak makan apa mesti tak tahu pilih apa. Itu pun nasib baik Ammar yang menentukan tempat makan mereka. Kalau dibuatnya dia suruh Nurani menentukan tempat makan, mahu sampai dua hari mereka duduk dalam kereta tak tahu nak menuju ke restoran mana.

"Tak apa Nura ambil lah masa nak pilih. Jangan lama sangat. Tutup juga restoran nanti nak tunggu Nura pilih makanan."

Nurani tergelak kecil. Selepas itu dia mengangguk kecil sambil menyelak helaian muka surat buku menu itu.

"Tanya Nurani aje ke? Tak nak tanya bakal kakak ipar ni?" Nuha menyelit sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Nak makan apa?" Soal Ammar malas. Wajah dingin ditunjukkan kepada Nuha yang memandang dirinya.

"Macam sedap aje lamb chop ni. Spagetti bolognese ni pun nampak menyelerakan betul. Boleh tak kalau Nuha nak dua ni? Air pula Nuha nak chocolate milkshake ni. Letak whipping cream diatasnya. Ada saiz ke? Kalau ada, Nuha nak saiz besar." Tanpa perasaan malu, Nuha memesan dua jenis makanan bersama air yang mahal. Dia hanya memaparkan wajah tembok. Nurani yang menoleh dia buat tidak peduli.

"Kak Nuha boleh ke habiskan semua tu?" Soal Nurani dengan wajah yang sedikit terperanjat. Risau membazir pula makanan yang dipesan itu. Lagipun, dia segan dengan Ammar. Apa pula pandangan Ammar terhadap Nuha nanti.

"Perut aku memang kecil. Tapi nafsu makan aku besar, kau tahu?" Balas Nuha.

"Okay. Nura pula? Dah tahu nak makan apa?" Soalan itu diajukan kepada Nurani lagi. Ammar tersenyum melihat Nurani mengangguk laju.

"Nura nak Mac n Cheese dengan ice lemon tea."

"Kenyang ke makan Mac n Cheese saja? Nura tak nak pesan makanan lain?"

"Alah Ammar. Nurani bukan tak nak pesan banyak. Cuma makanan disini tak sesuai dengan tekak kampung dia tu. Dia tak biasa dengan makanan yang mewah. Kalau sambal belacan dia suka lah. Tak gitu Nurani?" Siku kanannya menolak perlahan lengan Nurani. Nurani perlahan mengangguk sambil tersenyum tawar.

"Betul Ammar. Nura pesan Mac n Cheese sebab nak rasa aje."

"Kalau Nura tak biasa, kita tukar restoran lain nak?" Cadang Ammar membuatkan wajah Nuha berubah masam. Kenapa nak kena pergi restoran lain pula? Beria nak jaga hati Nurani sangat tu dah kenapa? Dia mencubit kuat peha Nurani supaya Nurani menghalang.

Nurani berdecit kerana dicubit Nuha. Pehanya digosok perlahan. "Tak payahlah Ammar. Nak tukar restoran lain nanti jadi membazir masa pula. Kita makan sini aje."

Ammar memandang Nurani dengan dahi yang berkerut. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya pada Nuha. Kepalanya diangguk perlahan.

Makanan dan minuman yang pesan mereka ditulis diatas kertas pesanan. Pelayan itu meminta diri lalu mengutip buku-buku menu lalu dibawa ke kaunter. Mata Nuha kembali meliar seluruh ruangan restoran yang cantik dan mewah itu. Bukan selalu dia dapat makan makanan sedap dan mahal macam ni. Asyik-asyik nasi aje. Sekali-sekala mahu juga dia makan pasta.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang