Bab 65

6.4K 227 34
                                    

Nuha memandang imej dirinya di cermin. Wajahnya kelihatan sembap sekali. Semalaman dia menangis tak berhenti. Tapi dihatinya masih lagi menyayangi Ammar. Mungkin kerana dia banyak silap. Terasa tidak layak pula kalau Nuha nak marah lama lama. Sepatutnya dia yang minta maaf pada Ammar. Lelaki itu jadi begitu sebab dirinya juga.

Hari ini dia ada appointment checkup kandungan. Dalam hatinya tidak sabar mahu melihat bayinya. Selesai bersiap siap mahu ke klinik, Nuha menyusun langkah mahu keluar dari bilik. Hampir saja dia mahu terlanggar Ammar yang tiba tiba muncul memasuki bilik itu.

Nuha teragak agak mahu menegur suaminya itu tapi dia hanya membuat muka tembok.

"Abang..." Panggil Nuha dengan nada lembut. Dia memandang Ammar yang sedang menyelongkar laci meja seperti mencari sesuatu.

Ammar mendengar tapi dia hanya diam tidak menjawab. Dia ralit mencari jam tangannya untuk dipakai.

"Nuha minta maaf pasal semalam. Nuha tahu Nuha salah. Nuha tak salahkan abang pun kalau abang marah Nuha. Tapi Nuha nak abang maafkan Nuha." Nuha menyambung ayatnya walau hanya dirinya hanya dibuat seperti tidak wujud oleh Ammar.

Nuha menunggu reaksi Ammar. Namun hampa. Ammar sedikit pun tidak mahu menjawab. Nuha mengeluh berat.

"Nuha nak pergi klinik untuk checkup baby. Abang hantar Nuha boleh?" Pinta Nuha dengan suara yang mendayu dayu meminta belas kasihan Ammar. Namun lelaki itu mendecit kuat.

"Awak pergi sajalah sorang. Saya ada kerja dipejabat." Balas Ammar. Jam yang dicari sudah dia jumpai. Tanpa berlengah dia keluar dari bilik itu meninggalkan Nuha yang tercengang.

Sempat Ammar berhenti dan kembali ke bilik itu. Seperti ada yang mahu dipesan kepada Nuha.

"Awak naik lah teksi atau grab. Saya tak izinkan awak call mama untuk minta Pak Midun hantarkan. Belajar berdikari sikit jangan asyik nak gunakan orang untuk kesenangan sendiri." Sindir Ammar sambil memandang Nuha atas bawah. Seperti hina sangat Nuha dipandangannya.

Nuha hanya mengangguk perlahan.

"Lagi satu, saya tak izinkan awak berjumpa atau telefon keluarga saya. Kalau awak buat juga, awak tahu lah apa yang saya boleh buat nanti." Ammar mengugut lalu dia keluar dari bilik itu.

Nuha tergamam. Matanya yang terasa pedih mahu menangis ditahan tahan. Nuha menongkat dirinya di almari sambil tangan sebelahnya mengusap dadanya. Nuha tersenyum hambar.

**

NUHA keluar dari teksi yang membawanya keklinik, dia berjalan perlahan menuju ke arah klinik yang tidak jauh dari tempat teksi itu berhenti. Semasa dia berjalan, dia terserempak dengan Zarith yang turut mahu keklinik. Zarith cuba menegur Nuha terlebih dahulu.

"Nuha, you nak pergi klinik juga ke?" Soal Zarith membuatkan Nuha tersenyum nipis.

"Ya." jawab Nuha ringkas.

"Nak checkup baby ke? I tengok you makin sarat dah. Mesti baby you sihat kan?" Ramah saja Zarith menyapa Nuha.

"Alhamdulillah baby sihat." Nuha mengusap perutnya sambil mengangguk.

"Ammar tunggu dalam kereta ke? Dia tak ikut you sekali checkup baby? Ammar ni pun. Tak kan lah bini nak checkup tak nak ikut tengok sekali." Zarith menggeleng terkenangkan Ammar. Apalah. Kalau dia lah, dia lah manusia paling teruja nak ikut isterinya pergi checkup kandungan.

"Ammar ada kerja di pejabat. Mesti dia sedang sibuk."

Zarith mengerut keningnya.

"Ammar hari ni kata mahu ambil cuti. I pun cuti juga sebab tak berapa sihat." Ujar Zarith kebingungan. Dia memandang wajah Nuha yang seperti berubah hampa. Dari situ, Zarith dapat mengkap sesuatu. Pasti Ammar memberi alasan kerja untuk mengelak daripada meneman Nuha berjumpa doktor.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang