Bab 14

1.8K 83 9
                                    

Datin Harizah keluar dari perut kereta apabila sampai sahaja di hadapan bangunan syarikatnya yang gah itu. Dia menapak masuk kedalam bangunan itu. Punat lift ditekan supaya pintu lift itu terbuka. Telefon pintarnya ditilik sekilas sebelum dia memasuki lift yang sudah terbuka luas itu. Butang lift yang terpapar nombor 3 ditekan. Harini dia mahu berjumpa dengan Ammar untuk mengajaknya makan tengah hari. Bukan Ammar saja, dia mahu berjumpa dengan Nuha sekali.

Sampai saja ditingkat 3, Datin Harizah memandang sekeliling. Dia menjenguk pekerja-pekerjanya untuk melihat ada yang mencuri tulang atau tidak. Ada juga pekerja yang menegurnya, senyuman manis dibalas kepada pekerjanya itu.

Datin Harizah menyusun langkah untuk kebilik Ammar. Tiba dihadapan pintu bilik Ammar, jarinya mengetuk pintu bilik itu.

"Masuk." Ujar Ammar. Dia bangun dari duduknya. Tali leher yang sedikit longgar dikemaskan semula. Dia baru nak keluar untuk makan tengah hari.

Pini dikuak dari luar maka terpacullah susuk tubuh Datin Harizah. "Sibuk ke?" Soal Datin Harizah kepada Ammar dengan senyuman yang manis.

"Mama tak cakap pun nak datang." Ammar segera mendekati Datin Harizah. Tangan tua milik mamanya dicium mesra.

"Nak datang pejabat anak sendiri pun kena cakap ke? Mama nak ajak Ammar lunch. Sekarang Ammar nak keluar lunch ke?"

"Ya mama. Ammar baru nak keluar. Jomlah sekali."

Datin Harizah mengangguk setuju. Dia menggapai lengan Ammar lalu berjalan keluar bilik itu bersama anaknya itu. Sedang mereka menuju ke lift, kebetulan Nuha dan Zarith turut sama berada disitu.

"Datin Harizah..." panggil Nuha, ramah. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Datin Harizah.

Datin Harizah menyambut tangan Nuha. "Nuha... nasib baik Nuha ada sekali disini. Aunty memang nak jumpa Nuha sekali."

"Kenapa Datin nak jumpa saya?" Soal Nuha, pelik. Ada apa pula Datin mahu berjumpa dengannya? Dia ada membuat salahkah?

"Aunty nak ajak Nuha lunch sekali."

Nuha tersenyum ramah. Serius Datin Harizah mahu mengajaknya makan tengah hari? Tapi dia sudah ada janji pula dengan Zarith. Aduh! Kalau Zarith tidak mengajaknya makan tengah hari tadi kan bagus. Tak adalah dia terima pelawaan Zarith. Pasti dia boleh makan tengah hari bersama Datin Harizah. Tapi kenapa tiba-tiba saja Datin Harizah mahu mempelawa dirinya?

Nuha mengalihkan pandangannya kepada Ammar yang sudah menunjukkan wajah macam mencuka itu. Nampak sangat Ammar tidak senang apabila Datin Harizah mempelawa dirinya untuk makan tengah hari bersama. Tapi, apa dia kisah? Kalau Ammar tak suka pun tak apa. Asalkan dia mampu menambat hati Datin Harizah. Memandangkan Datin Harizah suka dengannya, lagi senanglah kerjanya mahu menggoda si Ammar. Nuha tersenyum sendiri.

"Nuha bukan tak mahu, Datin. Tapi Nuha dah janji nak lunch dengan Zarith. Lagipun, saya tak nak kacau Datin dan Encik Ammar. Pasti Encik tak senang kalau saya ada."

Wajah Datin Harizah berubah kecewa. Bibirnya memuncung. "Ammar okay sajalah. Aunty teringin sangat nak ajak kamu lunch sekali. Zarith pun sama. Marilah sekali. Aunty nak belanja lunch." Pujuk Datin Harizah. Dia masih tidak berputus asa. Dia mahu Nuha menerima pelawaannya jua.

Nuha berfikir sejenak. Dia memandang Zarith yang mengangguk setuju itu.

Ammar meraup mukanya. Sungguh dia tidak suka Nuha turut sama menyertai makan tengah hari bersamanya. Ditambah pula dengan kemesraan Datin Harizah. Sungguh dia tidak suka. Dia bukan apa. Risau nanti ada benda yang tidak diingini terjadi saja.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang