Bab 1

3.9K 175 4
                                    

Televisyen ditonton sambil berbaring di atas kerusi rotan. Asyik pula melayan drama sambil mengunyah kerepek pisang. Mata Nuha ralit menonton sehingga tidak sedar kehadiran Nadim yang baru pulang dari kebun getah. Selesai kerja menoreh getah, Nadim pulang untuk mengisi perut yang lapar.

"Kau duduk bersantai kat depan TV ni kenapa? Tak reti-reti nak tolong Nura tu memasak ke?" Tegur Nadim mendekati Nuha. Dia merenung tajam Nuha yang berpaling kearahnya itu.

"Selama ni dia masak seorang diri juga. Kenapa Nuha nak kena tolong?" Jawab Nuha sambil mengunyah kerepek pisang yang masih berbaki.

"Dia yang memasak, dia yang mengemas, dia yang jaga abah. Kau buat apa? Membuta?"

"Apa masalah abang Nadim ni? Nuha tak kacau abang Nadim pun kan?" Balang kerepek pisang diletak atas meja. Nuha yang tadi berbaring mula duduk menghadap abangnya.

"Bila aku tegur, melenting!"

"Kenapa orang dalam rumah ni asyik nak cari salah Nuha eh? Daripada Nuha kecil sampailah kebesar. Asyik Nuha aje dipersalahkan."

Nurani yang mendengar suara Nuha terpekik mula mendapatkan Nuha. Dia melihat Nadim sudah bercekak pinggan sambil memandang Nuha. Tanpa berlengah, Nurani mendekati Nadim.

"Abang Nadim, Kak Nura, kenapa ni?" Soal Nurani mahu mengetahui punca dua beradik itu bertikam lidah.

"Kau jangan nak menyibuklah Nurani. Pergi buat kerja kau sana!" Tengking Nuha. Wajah keruhnya merenung tajam Nurani yang muncul tiba-tiba itu. Kalau tak menyibuk tak sah.

Nurani menunduk. Dia mengangguk perlahan. Langkah diatur meninggalkan Nadim dan Nuha.

"Sudah! Kalau kau masih nak tetap dengan perangai kau yang macam ni. Ikut suka kau! Jangan kau menyesal kemudian hari sudah! Kalau mak ada, pasti mak kecewa dengan kau!"  Kata-kata Nadim membuatkan hati Nuha tersentuh. Matanya mulai berkaca. Pandangannya fokus pada wajah Nadim yang marah itu.

"Kalau mak ada, mak tak akan buat Nuha macam mana kau orang buat pada Nuha!" Tanpa membuang masa, Nuha berlari anak kearah biliknya meninggalkan Nadim.

Nadim tercengang. Nafas ditarik panjang. Sesal mula menyelubungi dirinya. Kenapa mulut dia boleh terlepas cakap tentang mak yang sudah tiada? Pasti Nuha sedih apabila terkenangkan Mak Asmah.

Memang dia selalu berkasar  dengan Nuha sekarang. Tapi bukan bermaksud dia tidak menyayangi Nuha. Perangai Nuha yang tidak semengah itu yang membuatkan dirinya hilang kesabaran. Cara baik sudah tidak jalan. Dia terpaksa mengguna cara kasar. Biarpun dahulu, dia dengan Nuha amatlah rapat. Bagai isi dengan kuku!

Dia bukanlah membenci Nuha. Dia cuma bencikan kelakuan biadap Nuha. Tidak pernah lekang nama Nuha dari doanya usai solat fardhu. Nadim sentiasa berdoa agar Nuha mendapat hidayah untuk berubah.

MEJA makan dipenuhi dengan lauk-pauk kegemarah Nuha. Semua ini Nurani yang masak untuk menyejukkan hati kakaknya itu. Dia tahu Nuha masih marah. Dia tahu juga Nuha belum menjamah apa-apa lagi sejak pagi.  Manalah tahu, Nuha akan jadi berselera apabila dia memasak lauk yang disukai Nuha.

Perut Pak Yussof dan Nadim sudah berkeroncong melihat asam pedas ikan parang yang terhidang diatas meja. Ditambah pula dengan cendawan goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang Nurani handal memasak.

"Abang Nadim makanlah dulu. Nurani nak tunggu Kak Nuha turun. Sementara tu biar Nura suap abah makan. " pinggan dicapai lalu nasi putih dicedok kedalam pinggan itu. Kuah asam pedas diletakkan diatas nasi.

"Kenapa nak tunggu dia turun pula? Nura makan ajelah. Kalau dia tak turun, Nura nak berlapar ke?" Balas Nadim dengan wajah cemberut. 

"Kejap lagi mesti Kak Nuha turun. Nura tahu Kak Nuha suka makan asam pedas. Nura masakkan khas untuk Kak Nuha." Senyuman tidak lekang dari wajah Nurani. Dirinya sentiasa bersangka baik dengan kakaknya itu biarpun dia tahu Nuha sedikit pun tidak berlembut dengannya.

Ralit Nurani mengasingkan tulang dari ikan untuk disuapkan kemulut Pak Yussof. Selera sungguh abahnya menjamah nasi yang disuap.

"Terpulang dengan Nura lah. Kalau dah lambat sangat, Nura makan aje. Tak payah tunggu dia."

"Ha itu dia. Kak Nuha dah turun. Kan betul Nura cakap. Kak Nuha duduklah. Nura ambilkan pinggan." Nurani tersenyum memandang Nuha yang menuruni anak tangga.

"Tak payah. Aku ada kaki boleh ambil sendiri. Kau suap aje abah kau tu." Jawab Nuha mendekati rak pinggan.

"Tahu pulak turun makan. Ingatkan nak terperuk dalam bilik sampai esok pagi." Nuha hanya menjeling kearah Nadim yang menegurnya itu. Malas mahu melayan. Daripada dia sakit hati, baik dia tidak mempedulikan perlian Nadim.

"Kak Nuha, Nura tahu Kak Nuha suka makan asam pedas kan? Harini Nura masakkan untuk Kak Nuha. Nura harap Kak Nuha sukalah. Nura nak minta maaf pasal tadi." Ujar Nurani cuba untuk mengambil perhatian Nurani. Dia tahu Nuha pasti sakit hati dengan Nadim kerana memerlinya begitu.

Nuha diam tidak menghiraukan Nurani. Apa yang dia tahu sekarang, dia mahu mengisi perut yang sudah lapar. Bukan mahu melayan cakap perempuan tak guna dihadapannya itu.

"Bisu ke apa?" tegur Nadim apabila Nuha cuma membisu. Dia memerhati Nuha yang menyendok nasi putih kedalam pinggan bersama kuah asam pedas.

"Tak apalah. Kak Nuha makanlah. Nura pun dah siap suap abah. Boleh makan sama sama dengan Kak Nuha."

"Mulut kau memang asyik berbunyi aje ke Nurani? Aku nak makan tahu tak? Kalau kau nak memekak kat sini, aku nak makan dalam bilik!" Pinggannya yang berisi nasi berlauk asam pedas itu dibawa kedalam bilik. Boleh hilang seleranya kalau menghadap wajah Nurani. Ditambah pula dengan suara Nurani yang menyakitkan hati.

"Memang menguji sabar betul." Nadim cuba bangkit untuk menuju kearah Nuha. Sakit betul hatinya dengan orang yang kurang ajar. Orang cakap baik-baik, balas dengan baiklah. Kenapa kena biadap?

"Dah lah abang Nadim. Kak Nuha nak makan tu. Kita jangan ganggu dia. Dah alang-alang abang Nadim dengan abah kat sini... Nuha ada benda nak bagitahu."

"Apa dia?" kening Nadim terangkat tinggi.

"Abang Nadim ingat tak Ammar?" soal Nurani kepada Nadim. Nadim memejamkan matanya cuba untuk mengingat siapakah Ammar yang disebut Nurani itu.

Nurani menanti Nadim mengingati Ammar Huzair, bekas seniornya di kampus. Selama dia melanjutkan pelajaran, Ammar lah yang banyak membantu.

"Okay abang Nadim dah ingat dah. Ammar tu senior Nura kan dulu? Dia baik orangnya. Abang Nadim suka kalau Nura berkawan dengan dia. Tapi jangan buat benda tak senonoh pula."

"Tadi Ammar telefon Nura. Dia kata nak datang rumah tengah hari esok." ujar Nurani sambil menyusun pinggannya yang sudah kosong diatas pinggan Nadim dan Pak Yussof.

"Untuk apa?" Tanya Nadim mahu kepastian. Dia merenung wajah Nurani yang berseri dengan senyuman itu. Seperti ada benda yang mahu diceritakan saje.

"Dia kata dia nak merisik Nura."

"Biar betul? Tapi Nura... Nura baru aje habis belajar. Nura tak fikir tentang kerja dulu ke? Nanti apa pula keluarga Ammar kata?"

"Nura ada terfikir juga tentang tu. Nura dah cakap dah dengan Ammar. Tapi, Ammar kata dia boleh tanggung Nura. Bukan setakat Nura, abah pun dia boleh tanggung juga. Itu kata dialah."

Nadim cuba untuk menghadam kata-kata Nurani. Kepalanya mengangguk perlahan tanpa membalas. Tengok sajalah esok. Keputusan semua terletak ditangan Nurani sendiri.

Dalam perbualan mereka berdua, ada telinga yang dari tadi terpasang untuk mendengar. Nuha menggenggam tangannya kerana tidak berpuas hati. Lelaki mana pula yang mahu merisik Nurani?

"Kau tengok lah nanti Nurani! Aku tak akan bagi kau bahagia!" Ikrar Nuha sambil tersenyum meleret.

***
RINTIHAN RASA
BIAR JIWA YANG MERINTIH RASA KASIH INI BERSULAM SESAL KERANA DENDAM LAMA

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang