Bab 76

8.8K 246 8
                                    

Nuha menoleh perlahan ke arah kirinya. Kelihatan Nurasha masih nyenyak tidur. Nuha tersenyum senang. Comel sungguh Nurasha. Lama dia merenung wajah Nurasha. Lama kelamaan dia sedar dia seperti sedang merenung Ammar. Wajah Nurasha banyak miripnya dengan Ammar.

Nuha teringatkan Ammar. Dia teringat kata kata Ammar semalam yang membuatkan tidurnya tak lena.

Flashback**

"Nuha..." Panggil Ammar lembut. Dia cuba meraih tangan Nuha tapi Nuha menepis.

"Nuha pandanglah abang..." Pujuk Ammar lagi.

Nuha masih tidak mahu memandang Ammar. Kepalanya ditoleh kesisi sambil tangannya bersilang seperti meluat. Dia malas mahu bercakap dengan Ammar. Memandang Ammar pun boleh membuatkan emosinya jadi tidak stabil. Dia mengaku memang dia marahkan Ammar. Walaupun dahulu dia yang meraih kemaafan dari Ammar. Tapi bukannya hinaan yang dia minta.

"Abang minta maaf, Nuha. Abang salah pada Nuha."

"Ya Ammar. Saya maafkan awak. Sudah pergi lah balik." Balas Nuha dengan nada dingin. Dia malas mahu memanjangkan hal.

"Bukan macam ni Nuha. Abang nak Nuha maafkan abang dan kita mulakan hidup baru. Abang nak bahagiakan Nuha." Ammar menggeleng laju. Bukan kemaafan begitu yang Ammar mahu. Dia mahu keadaan menjadi baio seperti dulu. Tanpa ada yang terluka hati.

"Mulakan hidup baru? Senang awak cakap Ammar. Awak buat saya ni macam tunggul kan. Sampailah ke hari ni awak masih lagi ketepikan perasaan saya. Perasaan saya ni apa bagi awak? Kertas? Batu? Yang senang senang kalau awak nak, awak ambil. Kalau awak tak nak, awak buang."

"Dulu masa saya minta maaf pada awak. Awak sikit pun tak pertimbangkan permintaan saya. Awak makin hina saya. Buat saya macam tak ada hati perasaan. Awak pinggirkan saya sampaikan saya kempunan nak makan apa yang saya mengidam. Makan minum saya ada awak peduli? Sakit penat saya ada awak kisah? Awak tak pernah fikir itu kan? Sebab kemarahan dan ego awak merajai pemikiran awak." sambung Nuha lagi melepaskan segala luahan yang selama ini terbuka disanubarinya.

"Masa tu abang bodoh Nuha. Memang abang bodoh sebab pentingkan marah abang berbanding Nuha. Abang tahu abang tak patut buat macam tu pada Nuha." Ammar menangis semahunya. Rasa sebak makin menggunung. Dia kesal memperlakukan Nuha sebegitu.

"Kalau maaf tu tak penting bagi awak masa tu. Kenapa sekarang awak nak kemaafan dari saya? Bukan ke semua tu tak penting."

"Maafkan abang, Nuha..."

"Sudahlah Ammar..." celah Nadim yang dari tadi mendengar perbalahan itu. Dia baru sahaja pulang dari menoreh getah. Terkejut juga dari luar boleh terdengar suara Nuha seperti menjerit. Terus dia bergegas mendapatkan Nuha.

"Abang Nadim?" ujar Nuha dan Ammar serentak.

"Demi kebaikan dua belah pihak. Ammar baliklah dulu ya. Biar semuanya tenang baru bincang kembali." Cadang Nadim supaya masalah tidak semakin melarat.

"Tak ada apa yang nak dibincangkan lagi dah. Nuha dah buat keputusan Nuha sendiri. Nuha nak pergi jauh dari sini. Nuha nak bawa Asha sekali dengan Nuha. Biarlah kami mulakan hidup baru berdua." Nuha sudah membuat keputusan. Keputusan itu memang sudah lama berada difikirannya. Sebelum ini pun dia pernah berbincang dengan Zarith dan Zarith setuju untuk membantunya.

"Tak, abang tak setuju. Nuha tak boleh tinggalkan abang, Nuha. Nuha sanggup buat abang macam ni?" Ammar lantas mendekati Nuha. Kaki Nuha dipeluk merayu rayu supaya Nuha tidak mengotakan kata katanua tadi.

"Lepaslah! Saya dah buat keputusan ni tak ada siapa yang boleh halang. Kalau awak tak boleh hormat keputusan saya, saya janji dengan awak yang awak tak akan jumpa saya lagi sampai bila bila!"

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang