Bab 32

2.8K 109 10
                                    

Nuha dan Ammar berjalan beriringan untuk menghantar Datin Harizah ke pintu utama. Hari ini Datin Harizah akan pulang ke rumahnya. Terasa berat juga hati Nuha untuk membenarkan mama mertuanya itu pergi. Pasti rindu nanti. Tak ada lagi la dia teman untuk bergossip. Tapi tak apa, kalau nak bergossip tu, dalam telefon pun boleh. Lagipun bukannya jauh sangat pun rumah dia dan rumah mertuanya itu.

"Nanti mama dah sampai rumah jangan lupa call Ammar." Pesan Ammar sambil mengusung beg bersaiz kecil yang berisi pakaian Datin Harizah itu kearah kereta. Sebaik sahaja pemandu peribadi Datin Harizah membuka bonet kereta, Ammar meletakkan beg itu kedalam bonet.

"Hati-hati bawa kereta Pak Midun." Nasihat Ammar sambil tersenyum nipis. Pak Midun hanya menganggukkan kepalanya tanda menurut.

"Ma, Nuha mesti rindu mama nanti. Mama bila nak tidur rumah kami lagi?" Nuha memeluk erat tubuh Datin Harizah. Terasa sedih sungguh melepaskan Datin Harizah yang sudah dianggap seperti ibu sendiri itu. Manja Nuha kalah Ammar yang memang anak kandung.

"Kalau rindu nanti telefonlah mama. Tak pun minta Ammar hantar Nuha ke rumah mama. Boleh kita berborak sampai tengah malam. Mesti mama rindu nak makan masakan Nuha nanti." Belakang badan Nuha diusap lembut.

"Mengada-ngada sungguh. Aku yang anak kandung pun tak gedik macam kau..." selamba Ammar menyelit.

"Apalah Ammar cakap macam tu. Cuba jangan usik Nuha ni. Dia dah lah tak berapa sihat sangat. Jaga Nuha ni elok-elok. Kalau sakit dia makin teruk bawa dia ke klinik. Dah mama nak gerak dah ni. Jangan lupa pasal apa yang mama cakap semalam. Esok kamu berdua dah kena bertolak... faham?" Datin Harizah menghulurkan tangannya kepada Ammar supaya anak lelakinya itu menyalam tangannya. Setelah itu, tangannya dialihkan kepada Nuha pula.

Ammar hanya mengangguk mengerti. Tidak mahu melawan kata-kata Datin Harizah. Matanya menghantar pandangan pada mamanya yang melangkah memasuki perut kereta. Ammar melambai perlahan kearah Datin Harizah. Nuha turut melambai dengan wajah sayu.

Hilang sahaja kelibat kereta yang dipandu Pak Midun, Ammar menyusun langkah untuk masuk kerumahnya. Tapi dia berhenti sejenak dihadapan Nuha yang masih berada dipintu rumah itu. "Kau okay tak? Nak pergi klinik?" Soal Ammar sambil meletakkan tangannya pada dahi Nuha. Rasa serba salah masih menyelubungi dirinya. Tak sangka pula Nuha hampir diserang demam kerana sikap dengkinya itu.

"Okay aje. Nanti petang sembuhlah." Balas Nuha sambil tersenyum.

"Tapi badan kau panas sikit. Kalau kau rasa sakit sangat bagitahu aku. Kita pergi klinik." Ammar melangkah masuk kedalam rumah tapi langkahnya terhenti kerana ada sesuatu yang mahu dia pesan lagi kepada Nuha.

"Cepat sikit sihat. Esok nak bertolak pergi Pulau Redang. Siapa tak sihat tak boleh ikut..." Ammar meneruskan langkahnya lalu menuju naik ke bilik. Dia rasa dia perlu mencuba untuk mengikut kata mamanya. Tiada guna untuk melawan lagi pun. Esok saja tarikh mereka berdua untuk ke Pulau Redang. Dengan keadaan Nuha lagi, dia rasa tak perlu nak bertikam lidah memandangkan Nuha bukannya sihat sangat.

Nuha tersenyum kecil. Andainya Ammar tahu betapa gembiranya hati apabila mereka akan bertolak ke Pulau Redang. Serasa dia sudah tidak kisah dengan dirinya yang kurang sihat itu. Apa yang dia tahu, dia memang tidak sabar untuk ke sana. Selama hidupnya, tak pernah dia menjejakkan kaki ke tempat yang jauh begitu. Ini baru kali yang pertama. Mahu saja dia melompat tinggi sekarang ni.

SENJA bertukar malam, Nadim bersiap untuk keluar pada waktu itu untuk membeli ubat nyamuk di kedai. Lagipun rumah kampung memang banyak nyamuk. Kalau tak dibeli ubat nyamuk malam ni mesti nyamuk kenyang menghisap darah mereka. Pintu utama dibuka perlahan. Nadim menuruni tangga untuk menuju ke bawah rumah lalu mendapatkan motorsikal buruknya itu.

"Hati-hati bawa motor abang Nadim. Lampu jalan nak ke kedai tu malap tak macam selalu. Kalau susah sangat pergi esok siang ajelah." Ujar Nurani yang baru tiba dihadapan pintu. Matanya menghantar pandangan pada Nadim yang bersungguh menghidupkan motorsikalnya. Risau betul dia dengan jalan yang gelap ditambah lagi dengan lampu motorsikal Nadim yang seperti hidup segan mati tak mahu itu. Bimbang ada kemalangan yang bakal terjadi saja nanti.

"Tak ada apa lah. Kedai tu bukannya jauh sangat. Nura ada nak pesan apa-apa lagi tak?" Soal Nadim. Akhirnya motorsikal buruk itu hidup juga. Motorsikal itu disorong sedikit kedepan untuk memudahkan perjalanannya.

"Tak ada apa pun. Elok-elok abang Nadim." Nurani masih tidak henti menasihati. Entah kenapa hatinya terasa seperti tidak enak. Seperti akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tapi segera dia menafikan hatinya itu.

"Kalau macam tu abang Nadim pergi dulu. Nura duduk rumah jangan keluar mana-mana." Pesan Nadim sebelum memulakan perjalanannya. Nurani hanya mengangguk mengerti. Dia tersenyum nipis sambil menghantar pandangan kepada Nadim yang sudah maju ke lorong dihadapan rumahnya.

Nadim memulas minyak dengan deras memandangkan malam semakin tua. Dia harus cepat sampai ke kedai. Bimbang Nurani yang duduk seorang diri dirumah terjadi apa-apa. Tiba-tiba kedengaran pula bunyi guruh berdentum dilangit. "Aik? Hujan nak turun ke?" Soal Nadim didalam hati. Nadim mengeluh kecil. Kenapa waktu begini hujan mahu turun? Dia tidak mahu basah terkena hujan jadi tangannya kuat memulas minyak untuk mencapai kelajuan yang maksimum.

Setitik demi setitik hujan jatuh kebumi. Nadim masih giat membawa motorsikalnya dengan pantas supaya cepat sampai ke kedai. Air hujan yang jatuh menitik didahi lekas dilap. Malangnya hujan turun semakin lebat membuatkan penglihatan Nadim semakin terhad. Pandangannya kabur sehingga menyukarkannya untuk meneruskan perjalanannya. Nadim menghentikan motorsikalnya ditepi jalan seketika. Hatinya berbelah bahagi mahu meneruskan atau berpatah balik. Hujan yang turun ni bukan biasa-biasa. Dicampur pula angin kencang yang mampu menggoncangkan pokok.

"Kalau aku patah balik, sama aje nanti. Aku tetap basah terkena hujan. Lagipun kedai tu bukannya jauh lagi. Boleh lagi ni kalau bawa motor sekejap. Hujan-hujan begini pasti banyak nyamuk. Aku kena beli juga ubat nyamuk tu." gumam Nadim sendiri. Dia menghidupkan kembali enjin motorsikalnya itu. Syukur dengan sekali buat saja motorsikal itu sudah hidup. Nadim tersenyum nipis.

Baru beberapa langkah memula kembali perjalanan, cahaya terang daripada arah belakang menyilaukan pandangan Nadim. Nadim menoleh pantas. Matanya sedikit terbeliak melihat sebuah kereta yang laju menuju kearahnya seperti hilang kawalan. Dada Nadim berdebar laju. Dalam waktu yang singkat kereta itu merempuh Nadim dari belakang.

HAI SEMUA! Rindu RINTIHAN RASA ke tu? Lama betul kan sis tak update? Maklumlah kita busy sekarang ni. Nak update pun tunggu tak busy dan rajin. Kalau malas memang bukak WATTPAD pun tidak! HHAHAHAHA

amacam bab ni? ada sweet part sikit antara Nuha dan Ammar. Agak-agak diorang akan fall in love ke tak eh? Ke akan bermusuh sampai bila bila lepastu Ammar kahwin dengan Nurani lepas Nuha diceraikan? Hmmmm curiouss! Author pun curious tau!

Terima kasih kepada yang masih setia menunggu tu. Sis hargai sangat sangat. Muahhh lop you!

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang