BAB 44 | PETI KECEMASAN

Start from the beginning
                                    

"Aduh! Sakitlah!"

"Haa tahu pun sakit! Tunggu sini! Aku ambilkan kotak kecemasan," kata Wardina lalu beredar dari situ. Fasha hanya mengangguk. Lagipun lukanya ini bukan boleh dibiarkan lama, takut dimasuki kuman pula.
























•¤•

















JAM pada pergelangan tangannya diperhati. Sudah 10 minit berlalu, namun kelibat Wardina masih belum memunculkan diri.

"Ish! Mana minah ni! Dia ambil peti kecemasan ke atau dia buat peti kecemasan! Lamanya! Dah 10 minit aku tinggu!" rungut Fasha dengan nada yang geram.

"Hehe! Sorry lambat Fasha!" kata Wardina yang baru sahaja memunculkan diri. Punggungnya dilabuhkan di sisi gadis itu. Fasha memandang tajam.

"Lamanya kau pergi! Kau buat apa? Penat aku tunggu!"

"Laa aku pergi ambil peti kecemasanlah. Itu yang lambat sedikit," kata Wardina bersama senyuman yang tidak lekang daripada bibir. Fasha menjongketkan kening. Tangan gadis itu yang kosong membuatkan Fasha memerhati lama.

"Kau kata kau pergi ambil peti kecemasan. Mana peti kecemasannya?" tanya Fasha.

"Alaa sekejap lagi sampailah tu," kata Wardina. Riak wajah Fasha yang semakin menunjukkan gadis itu hairan membuatkan Wardina ingin ketawa tetapi ditahan sedaya upaya.

"Kau panggil ambulans ke macam mana?" Mahu sahaja Wardina bantai gelak di hadapan Fasha ketika ini apabila mendengar jawapan gadis itu tetapi dikuatkan juga hati.

'Ambulans? Macam manalah ambulans nak sampai ke hutan ni. Fasha, Fasha... ' bisik hati kecil Wardina sambil menggelengkan kepala.

"Kenapa kau menggeleng?"

"Tak adalah. Yang datang tu peti kecemasanlah. Bukan ambulans akak cantik oi," kata Wardina.

"Haa? Kau jangan nak perbodohkan aku boleh tak? Macam mana pula peti kecemasan boleh bergerak?" tanya Fasha dengan wajah yang masih tidak faham.

"Kenapa? Pelik ke kalau peti kecemasan bergerak?" ujar satu suara. Fasha terus berpaling. Fahrin yang mengukirkan senyuman itu membuatkan Fasha menjadi gugup. Wardina yang sedang tersengih terus dipandang tidak percaya.

"Haa! Ini dia peti kecemasan sir Fahrin sudah sampai! Khas buat kawan saya, Fasha yang tercinta!" usik Wardina. Fasha dipeluk erat. Muka Fasha usah dikatakan. Terkejut habis.

"Wardina! Apa yang kau cuba buat ni haa! Kau saja nak malukan aku kan!" bisik Fasha dengan menjegilkan mata ke arah Wardina. Bibir gadis itu pula tidak lekang daripada mengukirkan sengihan. Seronok dapat mengusik Fasha!

"Hehe! Kau patut berterima kasih dekat aku sebab bawa sir Fahrin sebagai tempat kau merawat luka dan melepaskan rindu tau!"

"Pandailah kau! Kau memang nak kena kan? Eee jaga kau, Wardina!" Wardina terus terkekek-kekek ketawa.  Fasha mendegus. Geram!

"Fasha... " Suara Fahrin yang menyapanya itu membuatkan jantung Fasha berdegup kencang. Matanya dipejam. Wardina yang memerhati sudahpun tersengih.

'Ya Allah... Apa aku nak buat ni?' bisik hatinya yang sudah mula berasa resah.

'Jangan risau, Fasha! Kau boleh! Percayalah diri kau boleh!' Fasha menguatkan hatinya lalu kepalanya menoleh memandang jejaka kacak yang sudah tersenyum memandangnya itu. Panahan mata coklat cair lelaki itu membuatkan Fasha terasa lemah.

'Ya Allah... Tolonglah jangan pandang aku macam tu...'

"Fasha, aku pergi ambil air dan makanan untuk kau ya. Nanti aku datang balik tau!" ujar Wardina kemudian bangun dan pergi dari situ.

'Aduh! Wardina ni pun memang sengajalah nak kenakan aku!'

"Fasha?" Sekali suara Fahrin menyapa telinga.

"Y-ya?" jawab Fasha sedikit gagap.

"Kau okey?"

"Ooo okey je," tipu Fasha.

Kakinya dibuat posisi bersila. Walaupun sakit, dia tetap cuba untuk bertahan bagi meyakinkan jejaka itu. Bukankah Fahrin memang langsung tidak mengambil berat tentang dirinya? Jadi, mengapa jejaka itu perlu mengambil tahu kan? Lagipun dia bukan sesiapa dalam hati jejaka itu. Lainlah Sarah.

Kedengaran lelaki itu mengeluh. Dikeluarkan segala peralatan rawatan yang diperlukan daripada peti kecemasan. Fasha hanya mengerling. Dengan rambut yang terjuntai ke dahi, membuatkan lelaki itu kelihatan sangat memukau dan kacak.

"Mari sini kaki kau," kata lelaki itu. Fasha tersentak.

"Haa?"

"Mari sini kaki. Aku tahu kau cedera tadi. Tapi, kenapa kau tak beritahu aku, Fasha? Nasib tak berlaku apa-apa. Sudahlah kau turun dari kawasan curam tu, kaki kau dah berlumuran darah. Tapi, kau tetap teruskan. Kenapa?" Fasha terus menghulurkan kedua kakinya.

Wajah Fahrin yang sedang merawatnya itu dikerling. Sediktpun jari lelaki itu tidak menyentuh kulit kakinya. Menampakkan dia seorang yang sangat menjaga perintah agama.

"Saya bukan tak nak beritahu awak tapi awak kan ada Sarah. Dia pun sakit dan perlukan bantuan juga. Saya tak apa. Saya ada kawan-kawan. Dia pula seorang diri. Macam mana kalau apa-apa jadi dekat dia?" jawab Fasha walaupun itu hanyalah sekadar alasan yang direkanya sahaja. Hatinya sendiri tidak bersetuju dengan kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

'Tolonglah, Sarah hanya berlakon!' bisik suara hatinya yang sudah memberontak. Kelihatan lelaki itu mengangguk, mengiyakan.

"Ya. Betul juga cakap kau." Kali ini, Fasha tidak dapat menyembunyikan kecewanya. Mudahnya lelaki itu percaya.

"Fahrin, awak memang tak pernah bukakan hati awak untuk saya kan?"

Pertanyaan Fasha membuatkan pergerakan tangan Fahrin terhenti seketika. Tetapi, tidak pula lelaki itu mengambil keputusan untuk memandang Fasha. Kaki Fasha kembali dibalut semula.

"Kenapa? Sebab saya bukan yang terbaik untuk awak? Saya jahil?  Saya banyak dosa? Saya bukan ciri-ciri perempuan yang awak mahu kan? Saya tak sesolehah perempuan lain? Macam tu ke Fahrin?" tanya Fasha dengan nada yang sudah berubah sayu.

"Okey, dah siap. Pastikan kau berhati-hati selepas ni," kata Fahrin. Soalan-soalan Fasha dibiarkan tidak berjawab. Dia terus mengemas semua peralatan lalu dimasukkan ke dalam peti kecemasan semula.

"Fahrin, please. Answer me," rayu Fasha lagi. Kali ini, barulah Fahrin memandang Fasha. Mata biru yang sarat dengan kekecewaan itu ditatap lama. Namun, tidak lama kemudian, matanya dialihkan ke tempat lain.

"Maaf. Tapi, aku memang tak boleh beritahu," ujar Fahrin. Jejaka itu terus berlalu pergi.

Fasha terkedu. Dirinya terus ditinggalkan begitu sahaja. Hatinya kecewa, sedih, sakit dan pedih. Sangat -sangat sakit. Perlahan-lahan, air matanya menitis jatuh ke bumi. Bersaksikan semua penduduk langit dan bumi, sekali lagi dirinya jatuh ke dalam gaung percintaan yang tidak diketahui dasar dalamnya.

"Allah..."






























Hmm. Saya tumpang sedih untuk Fasha. 😔


BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now