52 - F I N A L E

30.5K 1K 103
                                    

Jam menunjukkan tepat 3 petang. Semua orang di dalam bilik mesyuarat itu sedang fokus mendengar kata-kata Datuk Rizman. Mereka sedang serius membincangkan perihal progres terakhir projek pembinaan di Cheras.

Tiba-tiba Ez merasakan telefon di dalam poket seluarnya bergetar. Dia abaikan pada mulanya. Sekali lagi telefonnya bergetar.

Perlahan dia mencapai telefon di dalam poket. Dia melihat nama yang tertera di skrin.

Diana.

"Aku nak angkat call kejap. It seems urgent." Ez membisik pada Nizam di sebelah.

Nizam hanya mengangguk dan menoleh seketika melihat Ez keluar dari bilik mesyuarat itu.

"Hello sayang. Assalamualaikum."

"Abang. Waalakumsalam. Abang emm..."

"Yes sayang. Kenapa ni? How's your condition?"

"Sorry kacau abang. Abang boleh cakap ke ni?"

"Boleh. Abang tengah meeting but it's okay abang keluar kejap. Kenapa ni Diana? Is everything alright?"

"Doktor check Diana tadi." Diana bercakap dengan nafas pendek.

"Dia kata apa?" Suara Ez mula cemas tetapi dia cuba tahan perasaannya.

"Dia kata bukaan Diana dah mula bertambah. Dia kata malam ni macam dah boleh masuk labour room."

Ez tergamam. Rasa badannya seram sejuk.

"Betul ke ni? Emmm Diana tengah sakit lagi ke?" Ez bertanya keadaan Diana. Dia tahu keadaan Diana awal sebelum Subuh tadi sudah mula rasa sakit mild contraction. Air ketubannya sudah keluar. Akhirnya 9 bulan penantian mereka, sudah tiba masa untuk zuriat mereka lahir ke dunia ini.

Namun, mereka bersyukur Diana dapat dimasukkan terus ke dalam wad bersalin pagi tadi.

Ez sempat meminta maaf pada Diana kerana tidak dapat mengambil cuti untuk bersama Diana di hospital. Dia terpaksa menghadiri mesyuarat itu petang ini. Diana sangat memahami Ez. Dia tahu Ez akan bersamanya saat anak mereka akan lahir nanti walau sesibuk mana pun Ez.

"Sekarang dah kurang sikit. Ni Diana tengah jalan-jalan kat hospital ni dengan Mak Mah."

"Laaa kenapa jalan-jalan? Kalau dah sakit contraction tu duduk je kat bilik."

"Hahah abang, ni belum dasyat lagi tau and memang nurse pun galakkan jalan-jalan sikit before sakit contraction yang lagi teruk tu. Sebab nanti confirm tak nak bergerak dah." Diana menjelaskan panjang lebar.

"Emm okay kalau dah Diana cakap macam tu.Take care sayang. I'm so sorry I couldn't be there."

"It's okay abang. Dah sepuluh kali abang mintak maaf harini. Tak apa. Mak Mah kan ada ni. Mama papa pun on the way datang. Abang fokus kerja dulu harini okay?"

"Fokus? Not gonna happen. Abang tak sabar nak pergi hospital jumpa Diana."

"Ish abang ni. Nanti habis kerja baru datang. Okay pergilah masuk meeting balik. Diana nak inform tu je."

"Alright sayang. Take care. Abang doa Allah jaga Diana. I love you. Anything I'll call you."

"Thank you. Love you too. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Diana mematikan panggilan. Dia tersenyum sambil melihat Mak Mah di sebelah yang menemaninya berjalan di sekitar wad.

"Ez cakap apa?" Mak Mah menyoal.

"Dia tengah meeting tu. Abang Ez tak habis mintak maaf tak dapat ada kat sini." Diana balas sambil ketawa kecil.

DIANAOnde as histórias ganham vida. Descobre agora