26

17.2K 661 5
                                    

Dub dub dub dub...

Masing-masing seolah terdengar jantung sendiri berdegup kencang.

Diana terkedu apabila dia mendongak dan melihat wajah Ez betul-betul di atas pandangannya. Ez juga turut tergamam melihat mereka berdiri sangat hampir antara satu sama lain. Dia rasakan jantungnya berdegup semakin laju.

Ez cepat-cepat membelakangkan sedikit badannya. Entah kenapa dia risau jika Diana dapat mendengar degupan jantungnya. Malu.

"Are u okay?" Soal Ez sambil melihat Diana atas bawah.

"Okay." Ringkas Diana menjawab sambil mengangguk perlahan. Dia pun pantas mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang meluncur tadi.

'Eh?' Diana terasa sesuatu di lengannya.

"Ehemm." Diana sengaja berdehem memberi isyarat pada Ez.

Ez yang pada mulanya tidak perasan terus terkejut melihat tangannya memegang erat tangan Diana.

"Oh sorry. I'm sorry." Dia terus melepaskan lengan Diana. Awkward!

Diana hanya tersenyum kekok. Jika hubungan mereka seperti suami isteri lain pasti kejadian begini tak membuatkan mereka berasa kekok begini.

Sambil mereka sambung berjalan ke kereta, Ez yang memikirkan keadaan mereka tadi mula terasa ego lelakinya sebagai suami tercabar. Dia berasa tidak adil kenapa dia perlu ditegur sebegitu.

"Kejap tapi kenapa awak nak saya lepaskan tangan awak? Bukannya saya tak boleh sentuh awak." Ez terlepas kata tak dapat menahan apa yang sedang bermain di fikirannya. Namun, dia sendiri terkejut mengapa mulutnya boleh terlepas sebegitu.

'Ah, lantaklah kalau aku nampak macam desperate!'

Diana tergamam mendengar kata-kata Ez. Dia hairan dengan sikap Ez dan menoleh semula ke depan.

"I can touch you whenever or wherever i want!" Ez masih tak putus asa mahu Diana memberi respon.

Diana yang mendengar ayat itu menjadi lebih terkejut. Dia rasakan ini bukan diri Ez yang 'cool' seperti selalu. Malah kata-kata Ez membuatkan dia mula rasa tak selesa dan berdebar. Diana merenung Ez sementara menunggu Ez membuka lock kereta.

'Dah kenapa dia ni? Mengada semacam.' Katanya dalam hati.

"I'm sorry. I mean, umm... ya la awak tegur tadi macam salah je saya pegang awak."

Diana hanya menjuling matanya ke atas dan menggeleng kepala.

"Cepatlah saya nak masuk kereta." Dia mendengus dan terus masuk ke dalam kereta. Dia malas mahu melayan kerenah Ez. Nanti lagi kekok kalau dilayan apatah lagi mereka hendak berjalan berdua selepas ini.

.

Ez dan Diana menghabiskan hari mereka dengan bersiar-siar di kota London. Pada mulanya mereka ke University of London, tempat Ez menuntut pengajiannya selama 5 tahun.

Diana boleh lihat wajah Ez sangat teruja menceritakan kenangannya di situ sepanjang mereka berjalan di dalam kawasan universiti. Berbeza dengan wajah dingin yang biasa dilihatnya. Siapa sahaja yang tidak merindui zaman belajar.

Kemudian mereka melawat tempat-tempat yang sering dikunjung seperti Buckingham Palace, Big Ben, Tower Bridge dan Tower of London. Bagi Diana mungkin tiada apa yang istimewa di tempat-tempat ini kerana hanya menjamu mata. Tetapi dia sukakah sejarah dan reka bentuk bangunan-bangunan itu.

Mujur mereka berdua sudah tidak berasa kekok disebabkan hal tadi. Jadi mereka tidak kisah mengambil gambar bersama. Diana pada mulanya terasa berdebar apabila Ez ingin mengambil gambarnya tapi lama kelamaan dia menjadi selesa. Tak kisahlah janji ada gambar kat sini!

DIANAWhere stories live. Discover now