39

18.3K 638 10
                                    

"Diana." Ez mengejut Diana di sebelah.

"Diana." Masih tiada jawapan. Ez tersenyum memerhatikan Diana nyenyak tidur di sebelahnya.

'Ingatkan takut tidur dengan aku. Rupanya sedap je tidur.'

"Sayang." Ez sengaja mencuba nasib mengubah panggilannya pada Diana.

Diana perlahan membuka mata. Dia melihat wajah Ez di depannya sambil tersenyum memerhatikannya. Dia mula berasa malu. Baru teringat dia berada di dalam bilik Ez. Dan kini sedang tidur di sebelah Ez.

Perlahan Diana duduk di tepi katil membelakangi Ez di sebelah. Dia membetulkan rambutnya yang seperti biasa sudah tidak terurus selepas bangun tidur.

"Jom kita solat Subuh sekali, nak?" Ez menyoal Diana.

"Nak." Diana perlahan menjawab. Masih malu menoleh ke arah Ez. Dia segera bangun dan meninggalkan bilik itu.

Ez hanya tersenyum memerhatikan gelagat Diana.

Diana perlahan membuka pintu untuk keluar dan berjalan pantas ke arah biliknya. Tanpa dia sedar ada seseorang berada di tangga yang ternampak dia keluar dari bilik Ez.

Langkah Armel yang menaiki tangga terhenti apabila melihat Diana berjalan pantas menuju ke bilik sebelah. Dia ternganga selepas melihat Diana berjalan laju sebegitu. Tangan Armel terus menutup mulutnya sendiri.

'Oh my God! What did just i see?! Kak Diana......bilik abang Ez.....wait. Family ni nak dapat baby baru ke? Eh jap. Chill Armel. Kau jangan cepat sangat fikir.' Armel mengipas-ngipas wajahnya menggunakan tangan. Perasaannya keliru dan teruja pada masa yang sama.

Armel tahu sebelum ini Diana akan mengejut Ez pada waktu pagi. Tetapi tidak lagi sejak Diana pulang ke Villa Cempaka. Dan melihat langkah Diana yang seperti kalut tadi seolah mengiyakan apa yang bermain di fikirannya.

"Whatever. I am going to think what i want to think." Dia tersengih nakal sambil menaiki tangga menuju ke bilik bacaan di tingkat 3 dengan girang.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

"Nak lunch tak?" Wajah Nizam terjengul di pintu pejabat Ez. Ez yang sibuk membelek fail memandang jam sudah tepat pukul 1 petang.

"Eh no need. Aku memang tunggu kau nak bagitahu. Nanti Diana nak hantarkan lunch. Untuk kau sekali. Dia on the way." Ez membalas pertanyaan Nizam. Nizam yang mendengar jawapan Ez ternganga sambil berjalan masuk lalu duduk di sofa pejabat Ez.

"Wow. Isteri hantarkan makanan ya sekarang. Untuk abang tercinta yang penat mencari rezeki." Nizam sengaja mengusik Ez.

"Kau tak payah over eh. Untuk kau sekali ok." Ez malas melayan Nizam. Dia hanya tersenyum sambil menaip sesuatu di komputer.

"Diana masak ke? Ah sedapnya teringat pernah makan ayam rendang dia haritu."

"Taklah. Take away food. Haha. Sorry bro for dissapointing." Ez tersenyum senget.

"Ah tak kisah la. Yang penting dia sudi hantarkan makanan. Haih mana la calon isteri aku yang rajin jaga makan minum aku?" Nizam membebel sambil buat wajah sedih.

"Kau yang tak serius bila in relationship." Ez hanya menggeleng.

"Wow kau sedap cakap. Kau pun kahwin cara macam tu. Tu kira nasib baik la dapat Diana yang baik. Ke aku patut buat macam kau baru dapat isteri baik?" Nizam bersandar sambil memandang siling lalu berfikir.

"No bro. Cari dulu mana yang kau rasa sesuai. Eh Diana is calling. Dia dah dekat lah tu. Jom turun. Kita makan kat cafe groundfloor." Ez segera mencapai telefonnya yang sedang berdering sambil bangun meninggalkan mejanya. Dia dan Nizam menuju ke lobi seperti yang dijanjikan dengan Diana.

DIANAWhere stories live. Discover now