47

4.6K 116 2
                                    

Ez terasa rambutnya diusap lembut. Dia mula membuka mata. Dia melihat wajah Diana dalam samar lampu malap itu sedang tersenyum nipis.

"Abang, dah pukul 4."

Ez mengerdipkan matanya beberapa kali. Dia cuba memikirkan apa yang sedang berlaku dalam keadaan mata yang sangat berat.

'Oh, kursus kat KL dan aku ada kat Ipoh. Nice.'

Ez menggeliat sepuasnya. Dia pantas menarik Diana masuk dalam pelukannya. Diana tergamam dengan tindakan Ez. Namun, dia tidak dapat melawan kudrat tangan Ez itu. Dia mendongak memandang wajah Ez.

"Abang mengantuk sangat ke? Tak apalah, abang tidur la lagi. Diana kejut balik dalam 10 minit."

"Nope. It's okay nanti abang tak nak bangun pulak. But, let me hold you for a moment."

Diana membiarkan saja kehendak suaminya itu. Dia masih serba salah.

"Abang, nanti Diana balik KL sendiri hari ni. Abang tak payah la balik sini. Boleh?" Diana bertanya lembut.

"No." Sepatah itu jawapan Ez.

"Nanti abang penat. Diana risau tau."

"Tak payah risau. I'm really okay. Kalau abang tak larat abang bagitahu Diana. Tapi Diana jangan nak balik sana sendiri."

'Tapi abang tak pernah bagitahu abang penat.' Diana berbisik dalam hati.

Dia menghela nafas panjang. Tiada siapa dapat mengubah pendapat Ez yang keras kepala. Sama sepertinya.

"Abang."

"Hmm?"

"Bonda dengan papa tahu ke Diana kat Ipoh?"

Ez hanya mendengus sinis. Tahu juga isterinya memikirkan tentang ibubapa mentua.

"Nope."

"Betul?"

"Ingat abang nak cakap kat diorang ke Diana tak ada dan dia dah balik Ipoh sebab merajuk? No way! For sure they gonna make a ruckus and blame me."

"Abang cakap apa?"

"Abang cakap Diana jumpa Fareha. Pasal balik Ipoh ni pun abang tak cakap. Abang cakap balik Cheras. Dah la tak payah risau."

"Hmmm. Pandainya abang cover. Tu lah buat Diana marah lagi." Balas Diana sambil sebelah tangannya mencubit pipi Ez.

"Diana yang buat abang marah dulu." Nada Ez seperti merajuk.

Diana terus bangun dan duduk di sebelah Ez.

"Ya la. Ya la. I'm sorry. Diana mintak maaf sebab susahkan abang. Pagi-pagi dah merajuk."

Diana memegang tangan Ez lalu dia mencium berkali-kali. Ez tersenyum lebar suka melihat Diana memujuknya. Tangan Ez kemudiannya menyentuh perut Diana. Dia mengusap lembut perut itu.

"Good morning baby. Assalamualaikum." Ucap Ez.

Diana hanya membiarkan kerana perkara itu sudah biasa dilakukan Ez hampir setiap pagi.

"Baby jangan nakal-nakal ok when daddy is not around. Please behave in there."

Diana hanya tersenyum melihat kelakuan Ez. Ez mula bangun dan mengucup dahi Diana. Satu kucupan lagi hinggap pada perut Diana.

"Okay, i need to get ready or else i need to get ready kena marah dengan Dato' Rizman." Ez pantas turun dari katil.

Diana hanya tergelak kecil mendengar kata-kata Ez. Dia memerhatikan Ez berjalan ke bilik air dengan wajah mengantuk.

DIANAWhere stories live. Discover now