30

17.3K 700 11
                                    

"Abang Ez."

Diana tergamam Ez berada di depannya. Ez berkerut memandangnya seperti menahan rasa marah. Kemudian, Ez menoleh ke arah nenda dan bonda sambil mengetap bibirnya. Badannya menggigil menahan kemarahan. Ez telah mendengar perbualan mereka sejak tadi sejurus sampai di rumah Mak Long.

Diana menunduk semula hendak menyambung langkah. Namun Ez memegang tangannya,menghalang Diana daripada beredar.

"I'm sorry. I really need to go." Kata Diana perlahan. Sebelah tangan Diana melepaskan genggaman Ez pada lengannya. Diana tidak mahu berada di situ. Saat ini dia berasa marah pada nenda dan pada masa yang sama dia malu dengan Ez. Malu direndahkan oleh keluarga Ez sendiri seperti dulu.

Ez membiarkan Diana pergi. Kemudian dia menuju ke arah nenda dan bonda dan duduk di hadapan mereka. Naik turun dada Ez menahan kemarahan. Ez menarik nafas yang dalam untuk mengawal perasaannya.

Nenda dan bonda masih tergamam kerana terkejut lihat kehadiran Ez di situ. Terbit rasa risau jika Ez mendengar perbualan tadi.

"Bila sampai Ez?" Bonda cuba menukar topik. Tidak mahu keadaan nampak kekok.

"What were u trying to say?" Perlahan nada Ez bertanya pada nenda tetapi sangat tegas. Dia tidak melayan soalan bonda.

"Ez." Bonda cuba memanggil lembut supaya Ez menahan diri daripada bertindak bukan-bukan. Nampaknya anaknya telah mendengar perbualan tadi.

"I am asking u, what were u trying to say to Diana?" Ez mula meninggikan suaranya tetapi dia masih cuba mengawal suara supaya tidak didengari saudara mara yang lain.

"Ez!" Bonda mula memarahi Ez.

"Bonda. Salah ke Ez nak tanya balik apa nenda cakap pada isteri Ez?" Ez mula marah.

"Kenapa? Marah? Salah ke apa yang nenda cakap?" Nenda menyindir Ez. Sengaja menaikkan lagi api kemarahan Ez. Ez semakin panas melihat reaksi selamba nenda.

Dia merenung tajam wanita tua itu. Dia tidak mahu kemarahannya membuatkan dia tidak menghormati nenda. Dia pernah bertengkar dengan bonda dan papa tetapi dengan nenda dia sedaya upaya menahan kemarahannya setiap kali mereka bercanggah pendapat. Ez mula bersandar di sofa dan cuba berlagak tenang.

"Nenda nak apa sebenarnya? Kenapa perlu cakap macam tu dengan Diana? Huh what? Cari orang lain boleh beri zuriat? Hahah." Ez berpura-pura ketawa.

Nenda melarikan pandangan ke tempat lain. Kini dia yakin Ez telah mendengar semua kata-katanya pada Diana tadi.

"Nenda tak malu ke bila sepatutnya nenda sebagai perempuan bagi sokongan dekat perempuan lain dalam keadaan macam ni. Bukan cakap benda yang lagi melukakan hati dia. Kenapa risau sangat Diana tak pregnant? Kalau Ez kahwin dengan orang yang nenda suka, nenda yakin dia boleh pregnant? Hahah i think you show your hatred too much. Kenapa? Sebab dia dari family biasa? Sebab dia bukan royal blood? What the f..."

"Ez, please stop it. You are making it worse!" Bonda bertegas dengan Ez. Ez sudah tidak dapat menahan geram dalam hati. Alang-alang sudah bercakap terus-terang, baik dia habiskan.

"For your information, nenda...." Ez mula tersenyum sinis. Dia merapatkan wajahnya kepada nenda.

Riak wajah Bonda berubah. Dia terus berpindah duduk ke sebelah Ez. Dia mahu menghalang Ez dari melepaskan cerita sebenar.

"Kalau nenda nak tahu sangat...."

"Ez please stop!!" Bonda memegang kasar lengan Ez.

"....the problem is me." Ez menyambung kata.

Nenda terkedu. Bonda semakin resah.

"Enough Ez!!" Bonda menaikkan suara.

"Kalau nenda rasa kami tak dapat zuriat ni satu masalah, Ez ni yang punca masalah. Bukan Diana. Kalau nenda nak tahu, Ez tak pernah sentuh Diana sebagai suami. There is nothing to share about our bed moment. Nothing. Ez yang gagal tunaikan hak dia sebagai isteri. So since i've told you about this, please stop making so much bad assumptions about her. It's me, nenda.Your grandson who is the problem in this matter. Get it?" Ez mengangkat keningnya dan masih tersenyum ke arah nenda. Dadanya sesak menahan kemarahan namun dia cuba bercakap dengan tenang.

DIANAWhere stories live. Discover now