51

24.7K 657 22
                                    

Ez memandang Diana yang sudah terkulai di atas katil seperti mahu pengsan. Tubuh Ez terasa lemah.

"Ya Allah Diana!!" Bonda menjerit.

Tanpa berfikir, Ez terus menghampiri dan menggendong Diana. Saat ini dia hanya mahukan Diana mendapatkan rawatan. Hanya satu perkara bermain dalam fikirannya yang dia takutkan, dia tidak mahu Diana tinggalkan dirinya.

"Ez nak bawak Diana pergi mana?!" Bonda menyoal resah.

"Hospital la! Ez tak boleh tengok Diana macam ni." Ez jawab dalam keadaan panik. Dia terus melangkah laju keluar diekori oleh mereka. Mereka mengejar Ez kerana risau Ez bertindak melulu.

"Ez, papa faham Ez risau. We all worry about her too. Tapi Ez kena fikir panjang, Ez ingat senang nak redah jam nanti kalau naik kereta sendiri. Kalau macam ni papa call ambulan dari Columbia Hospital." Papa cuba berbincang dengan Ez. Dia cuba mencadangkan supaya Diana dibawa ke hospital yang lebih dekat.

Ez yang laju menuruni tangga sudah tidak mampu mendengar nasihat kedua orang tuanya.

"Alright. Terima kasih." Terdengar suara Armel habis bercakap telefon.

"Wait abang Ez. They are reaching our gate. Kita naik ambulans okay?" Armel memberitahu sambil menuruni tangga. Dia menelefon semula pihak kecemasan untuk mengetahui lokasi ambulans. Dia juga risau dengan keadaan Diana dan perlu lakukan sesuatu.

Ez menoleh melihat Armel lalu terus menuruni tangga. Lega sedikit tetapi masih tak dapat menghilangkan rasa cemasnya.

"Dah nak sampai tu Ez. Kita naik ambulans je ya." Bonda masih memujuk.

Ez hanya diam tanpa bantahan. Kakinya hanya meluru ke arah pintu.

Sejurus itu terdengar bunyi siren ambulans. Mak Mah segera membukakan pintu selepas terkejut melihat kekecohan di tangga.

"Ya Allah apa dah jadi dengan Diana ni?" Mak Mah sempat bertanya dengan khuatir melihat Diana digendong.

"Mak Mah, Kak Diana jatuh dalam toilet. Tolong ambikkan purse Kak Diana, kami nak bawak pergi hospital." Armel memberitahu Mak Mah.

"Ya Allah. Allahuakbar!! Okay cepat pergi bawak dia." Mak Mah terkejut mendengar berita itu.

Ez yang menggendong Diana terus berlari ke arah ambulans. Kelihatan dua staf paramedik keluar dari ambulans. Mereka turut tergamam melihat Ez sudah membawa Diana ke situ.

Seorang dari mereka bertanya keadaan Diana pada Ez. Seorang lagi segera mengeluarkan katil dari belakang ambulans. Dengan berhati-hati, Diana diletakkan di atas katil.

"Suami ikut sekali ya." Pesan sfaf itu.

"Baik encik." Ez jawab ringkas. Dia segera naik masuk ke dalam ambulans.

"We'll be there after this. Nanti kat sana Armel call abang." Armel memberitahu Ez.

Ez hanya mengangguk. Pintu ambulans ditutup. Ambulans segera dipandu menyusur keluar dari Villa Cempaka.

Pelbagai perasaan berlegar dalam hati mereka yang melihat ambulans berlalu itu. Rasa sebak, risau dan marah pada diri sendiri. Mereka terutamanya bonda kesal perkara ini boleh berlaku dalam keluarga mereka apatah lagi dalam rumah mereka sendiri.

"Okay, Armel nak ke hospital. Papa dengan bonda nak ikut tak?"

"Bonda ikutlah." Bonda menjawab.

"Okay bonda siap cepat. I'm going to grab Kak Diana's belonging."

Mereka segera masuk. Armel segera bersiap dan meminta Mak Mah menyediakan barang keperluan Diana yang penting untuk dibawa.

"Ni barang Diana. Dalam tu ada tudung dia." Mak Mah menghulurkan satu bag kecil yang berisi barang Diana.

DIANAWhere stories live. Discover now