23

18.2K 684 14
                                    

Pada petang Khamis itu, Diana hanya mengisi masa lapang di ruang tv. Dia sedang leka membaca novel I Owe You One hasil tulisan Sophie Kinsella, penulis kegemarannya sejak zaman remaja.

Kedengaran tapak kaki melangkah pantas menuruni tangga yang berhampiran dengan ruang tv itu. Bonda dengan wajah cemas berjalan laju menuju ke arah Diana.

"Diana ada contact Ez tak harini?"

"Tak ada pulak. Kenapa bonda?" Diana turut menjadi tak sedap hati melihat wajah bonda yang risau apatah lagi bertanya tentang Ez.

"Haih. Kenapa la budak ni tak angkat call? Call office pun engaged je." Bonda masih panik sambil phonenya di telinga.

"Bonda, boleh Diana tahu kenapa? Bonda nampak risau sangat." Diana tidak sabar ingin tahu kerana bonda kelihatan risau sebegitu.

"Tadi bonda dapat call. Aunty Marie meninggal harini. Diorang dah inform Ez tapi dia tak baca mesej kot. Dia dalam meeting agaknya. Kalau dia tahu mesti dia sendiri inform bonda."

"Aunty Marie?" Diana bertanya hairan.

"Ez tak pernah cerita ke? Aunty Marie tu yang jaga Ez masa Ez study kat London dulu." Balas bonda.

"Oooh." Diana menjawab pendek. Sedikit kecewa dengan dirinya yang tidak tahu kisah silam Ez. Dia pernah bertanya dengan Ez pengalaman menetap lama di London, tetapi Ez tidak pernah pula bercerita tentang Aunty Marie ni.

"Bonda ada try call Nizam?" Diana bertanya lagi untuk membantu.

"Dah tapi sama tak angkat jugak."

"Okay kalau macam tu bonda continue je call office. Diana try call Nizam lagi." Diana pantas mendial nombor Nizam pada telefonnya.

Selepas dua kali cubaan, akhirnya Nizam mengangkat panggilan.

"Hello?"

"Hello assalamualaikum, Nizam. Emm kejap eh, bonda nak cakap." Diana terus memberi telefon pada bonda yang dari tadi cuba menelefon pejabat Ez.

Bonda pantas mengambil telefon dari Diana dan terus menjelaskan pada Nizam berita yang diterimanya. Riak wajah bonda masih risau dan sedih seperti tadi.

Diana di tepi hanya membaca riak wajah bonda. Penuh perasaan bonda berbincang dengan Nizam.

'Mesti Aunty Marie ni rapat dengan family ni. Kalau tak kenapa bonda nampak risau sangat?' Hatinya mengagak.

Bonda memberi semula telefon Diana padanya selepas habis bercakap.

"Nizam kata nanti diorang balik. Tadi diorang ada adhoc meeting. Patutlah PA Ez pun tak ada kat office."

Diana hanya mengangguk. Dia cuba memahami situasi. Selepas bonda naik ke bilik, Diana ke belakang berjumpa dengan Mak Mah.

"Mak Mah, Diana nak tanya sikit boleh?"

"Boleh. Tanyalah."

"Mak Mah kenal Aunty Marie? Bonda kata dia meninggal harini."

"Ya Allah ye ke? Bila?" Mak Mah sendiri juga seperti terkejut.

"Baru je tadi bonda dapat call. Ni tadi bonda baru bagitahu abang Ez.

"Hmm ni mesti Ez sedih sangat dapat tahu berita ni." Wajah Mak Mah berubah kesal.

"Mak Mah, apa relation dia dengan Ez? Sebab Diana tengok macam urgent sangat bonda nak inform Ez."

"Oooh. Dia tu macam mak angkat Ez kat London dulu. Ez dulu masa sekolah dia duduk boarding school. Tapi masa umur dia 17, ada masalah sikit so dia nak duduk luar. Pendekkan cerita dia duduk menyewa bilik kat rumah Aunty Marie ni sebab dia ade sewakan beberapa bilik. Aunty Marie ni ambil berat la dengan Ez sebab budak remaja lagi kan. Aunty Marie ni kira jaga Ez sampai habis sekolah, masuk universiti dan sampai grad lah." Terang Mak Mah.

DIANAWhere stories live. Discover now