6

15K 662 21
                                    

Petang itu, Ez terus balik ke rumah selepas pulang dari kerja. Diana terkejut kerana rasanya ini baru kali kedua dia lihat Ez balik awal ke rumah.

Ez ke meja makan dan menjamah kuih yang disediakan oleh Mak Mah. Diana yang di dapur mula rasa cemas. Dia teringat peristiwa pagi tadi di meja makan. Namun, dia terus tersedar.

'Dah kenapa aku pulak yang nak kena takut? Bukan aku buat salah, dia yang buat salah. Cool Diana. This is so not you to be a coward.'

Mak Mah menolak Diana apabila melihat Diana mengintai Ez dari dapur. Dia tergelak.

"Buat apa ngintai je, pergilah teman Ez makan. Dapat jugak pahala."

Diana menoleh kerana terkejut. Dia hanya tersengih.

"Heheh. Tapi Diana takutlah Abang Ez bad mood sebab pagi tadi."

"Tak adalah. Kenapa pulak nak marah. Pergilah teman Ez tu, sikit lagi Tengku Mustafa pulak balik."

Diana perlahan-lahan pergi ke meja makan cuba menegur Ez.

"Awal awak balik."

Ez toleh dan menjeling Diana. Diana terkedu tetapi cuba berlagak tenang.

'Ish dia ni. Aku ni kumpul effort nak tegur. Cucuk mata tu kang.' Diana mengutuk dalam hati sambil menuangkan teh ke dalam cawan Ez. Lalu dia duduk bertentangan dengan Ez.

"U never saw drunk people?" Ez mula bersuara.

Diana terkedu ini ayat pertama keluar dari mulut Ez. Tetapi dia dah bersedia nak berperang dengan Ez.

Diana menggeleng. Ez merenung Diana tanpa kata. Jadi betullah Diana ini sangat innocent. Hidupnya benar-benar terjaga.

"So are u dissappointed to see me who is your husband is a drunkard?"

"Mestilah." Jawab Diana cuba berlagak tenang.

Ez bersandar pada kerusi.

"Baguslah u dah tahu i ni minum. Tak payah i nak cover lagi bila i balik rumah. And at least u tahu lifestyle i not that good isn't it?" Ez seperti cuba memerli Diana yang rasa dirinya seperti golongan orang baik-baik.

Diana berkerut tanda marah. Kecewa melihat Ez seperti tiada rasa bersalah. Tiada kata maaf yang keluar dari mulutnya. Belum sempat dia nak menjawab Ez bercakap,

"So u want to stay in that room?"

"Yup." Laju Diana membalas.

Ez diam lagi sambil merenung Diana. Dia menghirup teh. Diana mula cuak melihat wajah dingin Ez. Memang macam nak makan dirinya.

"Lagipun awak kan macam tak suka saya dalam bilik awak. Macam tak selesa je dengan saya. Macam rimas je bila saya kejut. So... tak apalah kan saya duduk bilik tu?" Diana menyambung lagi kerana lihat Ez mendiamkan diri.

"Alright." Jawab dia sepatah dengan suara garau dia.

"Tu je? Okay."

"Nope. Not that easy Diana. U can stay in that room with a few conditions." Ez mulakan perang psikologi antara mereka.

'Aduhh ada syarat pulak dah.' Diana membuat muka.

"Apa dia?"

"First, u kena jugak kejut i pagi-pagi."

"Kenapa pulak? Awak kan set alarm. Sebelum ni saya kejut awak marah kan?"

Ez memandang Diana. Tersentap tetapi sengaja dia mahu memberi Diana tugas.

"Nak ke tak?"

"Okay." Diana pantas bersetuju.

"Second, never lock your door."

DIANAWhere stories live. Discover now