38

17.4K 652 3
                                    

Diana tersenyum melihat dirinya di cermin. Dia mencapai set alat soleknya dan mula mengenakan make up. Selepas itu dia memakai sehelai dress berwarna pink cerah dan dipadankan dengan sehelai selendang sama warna yang membuatkan Diana kelihatan feminin dan manis.

Selesai bersiap, Diana segera turun ke bawah. Malam ini malam yang penting buat bonda. Persatuannya mengadakan majlis amal makan malam bersama anak-anak yatim. Mereka sekeluarga di Villa Cempaka akan ke majlis itu.

Diana pernah beberapa kali menemani bonda ke rumah anak yatim An-Nur sebelum ini. Jadi bonda turut mengajaknya untuk terlibat dalam mengendalikan majlis ini. Diana pun seronok untuk membantu apatah lagi boleh mengisi masanya yang lapang.

Majlis makan malam itu berlangsung di Dewan Bukit Damansara. Ramai VIP dijemput untuk hadir ke majlis itu bagi meraikan anak-anak yatim dari dua buah rumah. Selepas sesi ucapan ringkas, majlis diteruskan dengan makan malam. Kemudian, disusuli dengan pemberian hadiah kepada anak-anak yatim yang hadir.

Diana dan Armel turut berada di bahagian pemberian hadiah bagi membantu bonda. Diana sukakan kanak-kanak itu. Jadi, dia pandai bergurau dengan mereka dan buatkan mereka ketawa gembira. Dia sendiri seronok melayan mereka.

Ez yang berada di meja makan sempat tertoleh melihat Diana. Dia memerhati Diana yang sedang bermain dengan tiga orang anak kecil. Ez tahu Diana benar-benar ikhlas melayan anak-anak yatim itu. Tanpa disedari Ez turut mengukir senyuman melihat Diana yang sedang ketawa. Hatinya senang melihat Diana.

"Tak payah la tunjuk sangat."

Tiba-tiba Arman di sebelah menyiku Ez. Ez terperanjat dan tergamam kerana malu ada yang melihatnya. Tetapi dia cuba berlagak tenang.

"What are u saying?"

Arman tergelak kecil.

"U are not that good in hiding, bro. Ingat orang tak nampak ke?"

Ez hanya mengetap bibir. Cuba menahan malu.

"U dan Diana dah okay kan?" Tiba-tiba Arman menyoal.

"Okay? What do you mean? Kitorang memang okay je."

"Tak habis habis nak cover. Habis tu kenapa duduk bilik asing-asing lagi?" Arman yang biliknya sama tingkat dengan mereka mula memerli Ez.

Ez hanya tersenyum senget. Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.

"I know u want her to be beside u right? Try la discuss slow-slow. U husband kan. Okay sorry, I may sound tetiba nak menyibuk. But, sampai bila nak macam ni?"

"Sampai dia betul-betul terima Abang Ez. And at that moment it means that she forgives me."

"So what if she takes another 1 year, 5 years or maybe 10 years? Are u still okay with that?" Arman merenung mata Ez.

Ez senyap seketika. Mula terfikir sesuatu. Betul apa yang Arman cuba sampaikan. Ez menarik nafas yang dalam.

"Then I can't do anything. Abang kena terima berapa tahun pun dia perlu untuk maafkan abang. Sampai dia betul-betul terima abang sepenuhnya. I cannot give up on her."

Arman ternganga. Terkejut dengan kegigihan abangnya. Arman menggeleng kepalanya.

"Seriously I don't get what is wrong with married couples. But u are actually sounds cool. U kan romantik."

"It is because u are not one of us." Ez tergelak kecil menyindir semula Arman. Kemudian dia menoleh semula melihat Diana dari jauh.

'U are not gonna take years, right ?' Ez berbisik dalam hati.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Selesai majis itu mereka semua pulang ke Villa Cempaka. Selepas Ez dan Diana keluar dari kereta, Ez menghampiri Diana dan menghulurkan tangannya.

DIANAKde žijí příběhy. Začni objevovat