20

17.6K 733 22
                                    

Malam itu, Diana termenung di dalam bilik sambil perhatikan gelagat sepupu yang lain bermain di luar. Dia masih memikirkan kata-kata bonda dan papa yang datang siang tadi. Matanya masih bengkak kerana menangis selepas solat Isyak. Dia meminta petunjuk dariNya untuk menyelesaikan masalah rumahtangganya ini.

'Apa aku patut buat ni?' Diana mula ragu-ragu semula apabila bonda dan papa sanggup ke kampung berjumpa dengannya. Sedangkan hatinya sudah tekad mahu meneruskan penceraian dengan Ez. Dia sudah tidak nampak masa depan rumahtangga mereka.

'Patut ke aku bagi Ez peluang kedua?'

'Diorang ni semua tak faham ke apa aku rasa?'

'Aku dah ambik masa kumpul kekuatan untuk decide nak mintak Ez lepaskan aku. Tapi kenapa lama-lama ramai pulak pujuk aku supaya balik pada Ez?'

Diana mula mengimbas situasi bulan lepas apabila dia terserempak dengan Nizam di One Utama. Jantungnya bagai hendak tercabut kerana terkejut dia akan bertembung dengan kawan baik Ez di situ.

Pantas Diana menoleh dan mahu melarikan diri. Dia tidak mahu berjumpa sesiapa pun yang berkaitan dengan Ez. Namun, sudah tentulah dia gagal apabila Nizam perasan dirinya di situ. Nizam terus mengejarnya dan berjaya menghalangnya dari depan.

"Tolong la balik kat Ez. Ez betul-betul dah berubah. Dan dia perlukan u, Diana."

Nizam bersungguh-sungguh memujuk Diana supaya balik pada Ez. Dia minta Diana berikan Ez peluang kedua kerana dia tak sanggup melihat Ez sering bersedih dan lemah semangat. Nizam menyatakan Ez sudah berubah tetapi dia tahu jiwa Ez masih lemah.

Tak kurang kakak-kakaknya pada awalnya turut marah pada Ez. Namun kini mereka pula mula menasihatinya supaya memberi peluang kedua pada Ez. Mereka yang sudah berkahwin sering memberitahunya yang dalam rumahtangga memang banyak perkara baru kita belajar apabila mengenali pasangan. Banyak kesabaran dan tolak ansur diperlukan untuk menjaga hubungan suami isteri.

Ikutkan hati Diana yang keras dia malas hendak mendengar pujuk mereka semua.

'Peduli apa dia dah berubah! Sekarang ni aku dah terluka dilayan sebegitu dengan suami aku sendiri.'

'Diorang ni tak kesian ke aku mangsa perbuatan Ez ni? Senang je nak suruh aku bagi peluang kedua. Orang lain takkan faham apa yang aku rasa. Diorang tak rasa apa aku tanggung selama ni jadi isteri Ez terutamanya malam tu. Kalau ikutkan hati, nak je diorang rasa apa aku rasa.' Getus hatinya.

Diana menghembus nafas yang berat. Tipu jika kata-kata pujuk rayu mereka tidak memberi kesan pada hatinya.

'Tapi betul ke dia dah berubah? Macamana kalau dia berlakon je depan semua orang?'

Dia pening memikirkan keputusan yang perlu dibuat masa ini. Bila memikirkan Ez yang tidak pernah putus memberinya duit belanja selama 6 bulan dia menghilang, dia mula rasa Ez masih menganggapnya sebagai tanggungan.

Diana mula mengimbau perasaan sebenar hatinya sepanjang 6 bulan dia bersama dengan Ez. Dia sering kecewa melihat perangai Ez yang tidak pernah menganggapnya seperti isteri. Apatah lagi Ez seorang yang tidak mementingkan agama. Setiap hari dia berdoa supaya Ez berubah dan dia tahu dia perlu sabar menjadi seorang isteri kepada lelaki tidak dikenalinya.

Lama kelamaan dia mula selesa dengan Ez. Dia tidak kisah Ez masuk ke dalam biliknya. Dia tahu Ez akan carinya setiap pagi sebelum ke office. Dia rasa Ez mempunyai harapan untuk berubah terutamanya apabila Ez memujuknya selepas dia tidak diberi keizinan untuk kerja. Dia tahu Ez masih menganggap dia isteri di dalam rumah itu.

Namun, semua harapan itu hancur musnah kerana peristiwa hitam malam itu. Segala kekuatan dia untuk bersabar meneruskan hubungan ini hilang sekelip mata. Diana masibh tidak sanggup mengingatkan maruah dirinya diperlekehkan oleh suaminya sendiri.

DIANAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz