18

17.3K 789 15
                                    

Selepas selesai berdoa, Ez tersentak apabila rasa bahunya dipegang lembut oleh seseorang. Dia pantas menoleh.

Seorang lelaki berjubah putih dalam lingkungan akhir 30an tersenyum kepadanya.

"Assalamualaikum dik. Maaf buat adik terkejut." Lelaki itu menegur.

Ez lekas mengelap sisa air matanya dan menghadap lelaki itu.

"Waalaikumsalam. Eh tak apa." Balasnya kekok.

"Adik sihat?" Lelaki itu bertanya sambil menghulurkan salam.

"Hmm sihat." Ez menjawab pendek dan menyambut salam itu. Masih ragu-ragu niat lelaki ini.

"Saya Ashraf. Salah seorang AJK masjid ni. Bukan apa, dari tadi saya perhati adik solat. Lepas tu nampak adik berdoa dan menangis teresak-esak. Minta maaf ya saya bertanya, adik okay ke?"

Ez terdiam. Tak sangka ada orang perasan dia menangis. Dia mula rasa malu.

"Hmm. Saya okay je ustaz." Ez mengangguk perlahan. Dia cuba membina tembok antara mereka.

Lelaki itu tersenyum semula.

"Alhamdulillah. Saya saja bertanya takut adik perlukan apa-apa pertolongan. Tak apalah kalau macam tu. Untuk masa lain, kalau adik ada apa-apa masalah, dekat sini ramai orang boleh cuba bantu. Kita kat masjid ni memang selalu terbuka jika ada yang memerlukan pertolongan. Tak kisah dari segi apa." Ashraf menerangkan kepada Ez. Dia tahu Ez segan untuk bercerita.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu ya. Adik nama apa ya?"

"Aizuddin." Ez menjawab perlahan.

"Okay Aizuddin. InshaaAllah kita jumpa lagi. Assalamualaikum." Ashraf tersenyum dan mula bangun untuk beredar.

Hati Ez pula berdolak dalih seperti mahu Ashraf tidak meninggalkannya. Entah kenapa dia merasakan Ashraf seperti seseorang yang dihantar untuk dia meluahkan rasa.

"Ustaz." Ez perlahan memanggil Ashraf semula.

Ashraf menoleh dan melihat mata Ez yang seperti menyimpan duka.

"Ustaz. Saya....saya ada masalah." Ez berkata perlahan.

Hatinya mula rasa seperti mahu menangis tapi dia menahan. Dia rasakan ini kali pertama dia mahu meluahkan sesuatu yang disimpan di dalam hati yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa. Dia takut dihukum oleh orang lain.

Ashraf terus duduk di hadapan Ez. Bibirnya tersenyum nipis.

"Aizuddin nak berkongsi masalah?" Soal Ashraf lembut.

Ez mengangguk perlahan.

Ashraf tersenyum. Dia tahu ketika ini Ez memerlukan seseorang. Tuhan itu Maha Mendengar tetapi kadang kala manusia ini memerlukan manusia lain untuk meluahkan dan berkongsi rasa.

"Tak apa. Adik boleh cerita pada saya apa yang adik mahu cerita. Dan jangan risau saya tak buka cerita pada orang lain. Kalau ada yang kita boleh bantu, kita akan bantu."

Selepas yakin dengan Ashraf, Ez mula membuka mulut.

"Saya sekarang ni tengah ada masalah berat. Berkaitan rumahtangga saya. Isteri saya tinggalkan saya."

Ashraf terkedu. Tetapi dia faham kerana perkara begitu banyak berlaku pada masa kini. Dia mula rasa kasihan pada Ez.

"Adik tahu dia kat mana?" Lembut Ashraf bertanya.

Ez menggeleng. Dia mula menunduk kepalanya. Matanya mula berkaca. Sedaya upaya dia menahan sebak di dada untuk menyambung cerita. Hatinya terlalu perit untuk menyebut hal ini.

DIANAWhere stories live. Discover now