42

16.4K 606 7
                                    

Suasana di bilik mesyuarat sepi seketika. Semua menanti sambil melihat Ez membaca sesuatu di skrin laptop.

"We got the tender."

Serentak semua menahan nafas. Mata semua membutang mendengar kata-kata Ez. Ada daripada mereka mulut ternganga.

"Woooo!!!" Mereka bersorak dengan gembira sambil bertepuk tangan.

"Serious ni bos?!" Seorang staf bertanya lagi.

"Yes. Nah baca sendiri email ni." Ez menjawab dengan tersenyum lebar.

Mereka terus berdiri dan mengerumuni laptop itu.

"Alhamdulillah. Dapat jugak kita projek ni." Seorang staf wanita bersuara.

"Tahniah bos!" Seorang staf lelaki pula bersalaman dengan Ez. Mereka semua duduk semula. Ez sahaja berdiri bagi mengetuai mereka.

"Congratulations semua. So, lepas ni kita boleh fokus dekat projek ni lepas projek dengan Valera Holding dah settle. Esok saya akan meeting semula dengan UME dan saya akan update as soon as possible dengan you all. Okay team, let's do this."

Mereka semua bertepuk tangan di dalam bilik mesyuarat itu. Ez masih tersenyum lebar melihat reaksi gembira teamnya. Dia menepuk bahu Nizam dan Sharif sebagai tanda terima kasih kerana turut membantunya dalam pembentangan tiga hari lepas selepas mereka pulang dari Jerman.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

"Banyaknya makanan malam ni!" Ez ternganga melihat makanan yang siap dihidang di atas meja makan. Ez dan Diana bermalam di Villa Cempaka malam ini kerana Ez ingin berkongsi berita baik ini dengan keluarganya.

"Ya la nak celebrate Abang Ez lah ni." Armel mengusiknya sambil membawa sudu dan garfu ke atas meja.

"Serious la? Kenapa over sangat? Macam la first time dapat projek." Ez terliur melihat lauk pauk di atas meja. Ayam bakar, udang berempah, mee hailam dan banyak lagi.

"Perasannya u ni. Bonda masak sebab u baru balik Jerman and balik sini. So saja la bonda nak masak lebih. Kalau u tak dapat projek tu pun bonda akan masak macam ni." Bonda pula menjawab apabila datang ke ruang makan.

"Thank you bonda." Ez tersengih sambil menghampiri bonda. Dia mencium pipi bondanya dengan penuh kasih.

"Dah. Panggil semua orang makan. Ez, panggilkan Diana kat dapur."

"Alright." Ez terus ke dapur untuk memanggil Diana.

Sambil semua menjamu selera, mereka semua berbual rancak di meja makan. Masing-masing menceritakan hari mereka terutamanya Ez yang baru berjaya mendapat kontrak projek di Kajang.

.

Ez dan Diana berada di dalam bilik tidur apabila selesai berbual dengan bonda dan papa tadi.

"Diana." Ez memanggil Diana yang sedang bersandar di katil dan leka membaca buku sebelum tidur.

"Ya?"

"Kita balik Ipoh nak?"

Diana mengangkat kening kerana terkejut dengan cadangan Ez. Sejak hubungan mereka semakin baik, dia perasan Ez sering mengambil berat tentang ibubapa mentuanya.

"Bila?"

Ez berjalan dan duduk di atas katil.

"Hmmm esok pagi? Ahad kita balik la. Tidur satu malam okay la. Bulan ni kita tak balik Ipoh lagi kan?"

"Tapi esok abang tak ada appointment apa-apa?"

"Tak ada. Weekend ni abang free."

"Betul? Kalau macam tu, okay kita balik Ipoh esok." Diana tersenyum memandang Ez. Ez membalas dengan senyuman. Dia masih merenung Diana.

DIANAWhere stories live. Discover now