25

17.9K 646 10
                                    

Ez dan Nizam rancak bersembang dengan rakan-rakan universiti mereka. Mereka dalam sepuluh orang dari pelbagai negara termasuk UK sendiri. Mereka masing-masing menceritakan kisah hidup mereka sekarang. Tambah pula mereka membuka cerita dan kenangan pada zaman universiti. Semakin riuh gelak tawa mereka di meja itu.

Mereka masing-masing berbual sambil meneguk bir dan minuman alkohol lain. Kecuali Ez dan Nizam. Mereka hanya memesan Coke. Mereka hanya menutup mata melihat rakan lain meneguk minuman itu. Rakan-rakan mereka mulanya hairan melihat Ez dan Nizam yang menolak minuman memabukkan itu. Tidak lagi seperti dulu. Namun, mereka berdua berani berterus-terang yang mereka sudah berhenti mengambil alkohol.

Mereka tidak mahu bercerita lebih demi menjaga hati salah seorang dari mereka yang juga Muslim tetapi mengamalkan cara hidup yang jauh daripada apa yang Islam ajar. Lebih kurang macam Ez dahulu. Tetapi mujur rakan-rakan mereka faham. Malah terharu sekurang-kurangnya Ez dan Nizam rela berjumpa dengan mereka di kelab malam sebegitu.

Ez sebolehnya tidak mahu masuk ke tempat-tempat 'gelap' itu lagi. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk cuba yang terbaik menjauhkan diri dari perkara haram di sisi agama. Tetapi Ez dan Nizam terpaksa bersetuju disebabkan rakan-rakannya sudah berjanji mereka mahu berjumpa di situ dan tiada tempat lain seperti restoran yang masih dibuka pada jam sebegitu. Apatah lagi untuk mereka berbual dan berketawa riuh begitu, mereka memerlukan tempat yang mempunyai suasana yang sesuai.

.

Jam menunjukkan hampir 12.30 pagi. Sudah 3 jam mereka berbual di situ. Ez mula resah teringatkan Diana yang ditinggalkan bersendirian di hotel. Dulu selalunya dia akan pulang jam 2 ke 3 pagi. Tetapi kini dia tidak mahu malamnya dihabiskan dengan perkara begini. Ez mahu meminta diri. Tapi risau memikirkan apa pula kata rakan-rakannya nanti. Sedangkan dulu dia kadang hanya bermalam di kelab. Hatinya mula berbelah bahagi.

'Kenapa pulak aku nak kena kisah apa diorang ni cakap kan? Janji aku balik sekarang.' Hatinya tekad.

Ez memberi isyarat pada Nizam yang dia mahu balik ke hotel dahulu. Nizam pun memberitahu dia mahu ikut beredar kerana matanya sudah berat, penat kerana perjalanan jauh harini. Lalu, mereka berdua meminta diri. Mereka memeluk semua rakan-rakan yang hadir malam itu.

Mujur setengah rakan-rakan mereka faham yang mereka penat datang dari jauh dan tidak kurang setengah mereka sempat memerli Ez kerana sudah berkahwin dan takut pada isteri untuk pulang lewat. Ez tidak ambil hati. Dia tahu mereka sekadar bergurau sebagai rakan.

.

"Kau memang dah tak minum ke?" Soal Ez pada Nizam dalam perjalanan pulang ke hotel.

Ez tersenyum senget.

"Tak. Kenapa kau tiba-tiba tanya?" Soal Ez.

Nizam terkedu. Ez tersenyum lagi.

"Ya la. Sejak aku dah tak pergi club, kau pergi sana lagi ke? Lagipun kat sana je la aku boleh nampak kau minum. Itupun sikit je sebab nak drive aku balik." Ez mengangkat kening pada Nizam, masih menunggu jawapan. Dia tahu Nizam jarang minum sampai mabuk sepertinya kerana hanya pada Nizam dia harapkan jika dia telah mabuk. Dia takut jika Nizam sendiri minum hanya kerana berkawan dengannya.

Nizam tersengih lalu menggeleng perlahan.

"Nope."

"Serius la? Aku tahu kau memang bukan heavy drinker tapi serius kau dah tak minum langsung?"

"Yes. Aku dah stop. Aku pun nak slow-slow berubah jugak. Takkan kau je nak jadi baik." Nizam menjeling Ez.

"Hahahah. Nice! Pasal tu aku sayang kau." Ez ketawa. Nizam membuat muka.

"So tolong remind aku kalau kau nampak aku nak ke arah masa gelap tu dulu. Selain doa, kau je aku harapkan." Pesan Ez.

"Okay. Kau pun sama remind aku."

DIANADär berättelser lever. Upptäck nu