🌹𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓕𝓪𝓶𝓲𝓵𝔂🌹

5.4K 339 142
                                    

"Macam mana kau boleh kena tembak ni?" Jungkook menyoal pada Zureen unnie yang sedang tersengih di atas katil hospital itu.

Terkejut kami bila Seokjin oppa call kata yang Zureen unnie kena tembak. Sudahlah kena tembak semalam. Tengah hari ni baru kami semua dapat tahu. Memang frust teruk yang lain jadinya.

Oppa yang lain dalam perjalanan ke sini kecuali Taehyung oppa dan Leez unnie. Hari ni Leez unnie kena datang ke appointment bulanannya. Setelah selesai, baru mereka ke sini.

Ya! Leez unnie mengandung untuk kali keduanya. Selepas saja aku menyuruh Taehyung oppa bawa Leez unnie ke hospital 2 bulan yang lepas, terus dia ambil cuti dari Jungkook. Kami semua bukan main gembira bila dapat berita yang Leez unnie memang betul betul mengandung. Makin bertambah riuhlah rumah mereka.

Jadi, sepanjang 9 bulan ni, Taehyung oppa take over semua kerja rumah.

"It just suddenly happen. Aku terbiarkan pistol di atas almari. Tak sangka pula Seok Jung akan bangun. Keluar saja dari toilet, aku nampak dia pegang pistol tu. Seok Jung tertembak aku sewaktu aku try nak rampas pistol tu semula." Jungkook menepuk dahinya.

"Kenapa kau cuai Zureen Kim? Kau fikir benda tu pistol mainan ke?!"

"Aku terletak okay. Terletak. T.E.R.L.E.T.A.K." Aku ketawa kecil. Sempat lagi Zureen unnie bermain main dengan Jungkook. Mataku terarah pada sebelahnya.

"Yang sakitnya Zureen unnie. Kenapa Seokjin oppa yang menyampuk nak tidur atas katil hospital ni?" Aku menunjukkan pada Seokjin oppa yang sedang nyenyak tidur memeluk Zureen unnie. Mukanya disorokkan di celahan leher Zureen unnie.

"Semalaman dia tak tidur sebab tu aku suruh dia tidur kat sebelah aku. Lepastu boleh pula merengek nak peluklah, rindulah, apa lah. Aku pun benarkan saja. Siapa saja sanggup tengok suami dia merengek? Dengan muncung dia lagi, puppy eyes lagi. Aku tak mampu!" Aku ketawa begitu juga dengan Zureen unnie tapi tak lah terlalu kuat memandangkan Seokjin oppa sedang tidur.

Betul katanya. Siapa saja mampu menaham diri dari cair melihat suami sendiri buat muka comel? Itulah kelemahanku yang telah diketahui oleh Jungkook. Dia selalu gunakan kelemahanku untuk menuntut haknya bila dia 'memerlukan'.

"Where's my daughter and son? Come here to papa." Aku memandang pintu bilik air yang terbuka.

"Papa Hwan!" Jungra berlari memeluk Hwan.

"Bila kau datang sini Hwan?" Jungkook menyoal. Diangkat tubuh Seok Jung lalu diletakkan di atas pehanya.

"Semalam. Kebetulan time tu saya hantar assistant saya ke sini sebab kaki dia injured. Kemudian terserempak pula dengan Seokjin hyung." Aku senyum miring padanya.

"Awak sangkut dengan assistant ke sekarang ni?"

"Kau agak agaklah. Assistant aku lelaki. Takkanlah aku gay pula." Hwan duduk di sebelah Jungkook sambil meribakan Jungra.

"Hwan yang teman Seokjin semalam. Itu pun dia tak tidur lagi. Seronok main dengan Seok Jung." Zureen unnie senyum pada Hwan.

"Kau pergilah balik rumah dulu. Rehat. Kami yang lain boleh saja nak jaga Zureen." Jungkook menyuruh.

"Tak naklah. Kat rumah lonely. Tak ada orang nak berbual. Kat sini, ada juga Jungra dan Seok Jung. Lagi pun rindu dengan mereka. Ini pun nanti Hyuna datang, nak main dengan dia lagi."

"Itulah awak. Jual mahal. Umur dah 23 tahun tapi girlfriend still tak ada." Berubah muka Hwan bila dibidas sebegitu dengan aku.

"Nak buat macam mana. Takdir dah tertulis yang aku tak jumpa jodoh aku lagi."

"Salahkan takdir. Kau yang tak laku!"

🚫🚫🚫

Aku menekup mulutku dari menjerit. Gembira dengan apa yang aku baru saja tengok tadi. Pregnancy test itu aku buang ke dalam bakul sampah yang tersedia di toilet.

Positif!

Aku basuh tangan dan keluar dari bilik air itu. Senyuman lebar aku ukirkan.

"Bunuh!" Aku berkerut kening mendengar perkataan yang agak merbahaya itu. Terlihat susuk tubuh suamiku yang hanya berseluar pendek dan Jungra yang sedang meniarap di atasnya.

"Pandai! Kalau orang tu sakiti orang yang kita sayang?"

"Jungra sakiti dia balik! Toreh muka dia, pukul pukul dia."

"Pandai anak daddy ni. Nanti dah besar, jadi macam daddy tau." Terlopong aku mendengar perkataan itu keluar dari mulut Jungra.

"Oppa! Apa ajar anak macam tu?" Aku naik katil. Rambut Jungra aku usap. Hampir tertidur anak gadis aku nampaknya.

"Salah ke? Dulu waktu oppa kecil dulu, eomma dan appa selalu ajar oppa macam tu. Katanya senang oppa nak hadam bila besar nanti."

"Itu sebab oppa kena warisi kerjaya ni."

"Samalah macam kita. Bangtan Bomb perlukan pewaris dari keturunan Jeon. Kalau bukan dari keluarga kita, nak harapkan keluarga siapa lagi? Sudahlah oppa ni anak tunggal. Tiada adik beradik yang lain." Aku mencebik. Jungkook memejamkan matanya.

"Oppa. Esok kita ambil cuti boleh tak?" Aku mula membuka topik sebenar.

"Waeyo? Sayang ada nak pergi mana mana ke?" Aku senyum. Rambut Jungkook pula aku belai.

"Saya nak pergi hospital. Nak buat medical check up untuk kandungan baru saya."

"Ouh." Aku tertawa kecil bila melihat respon Jungkook yang blur itu. Seketika matanya terbuka semula. Dipandang wajahku dengan kerutan di dahi.

"Apa sayang cakap?!" Aku ketawa.

"Esok teman saya buat medical check up untuk kandungan baru saya ni." Terus dia bangun mengejut. Jungra yang telah tidur itu dia letakkan di sebelah.

"Sayang. Sayang mengandung ke?" Aku mengangguk. Mata besarnya terkebil kebil melihatku.

"Dalam perut sayang ada anak kita ke?" Aku mengangguk lagi. Senyuman manis aku ukirkan. Air matanya yang tiba tiba saja turun aku seka.

"Gomowa sayang!" Badanku dipeluknya erat. Aku membalas tanpa bantahan. Bibirku diciumnya.

"Anak daddy?" Kepalanya aku ribakan. Ditolehkan muka menghadap perutku. Bajuku diselak.

"Senyap senyap anak daddy ada dalam ni eh?" Dicium permukaan perut kempisku. Jungra dia ambil lalu letakkan semula di atas badannya. Rambutnya aku belai.

"Saranghae sayang. Neomu saranghae Jeon Seul Ra."

"Nado saranghae oppa, Jeon Jungkook."

❃.✮:▹ 𝕵𝖊𝖔𝖓 𝕱𝖆𝖒𝖎𝖑𝖞 𝖊𝖓𝖉 ◃:✮.❃

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now