🔨32🔨

4.9K 323 75
                                    

"Kau ni kan, pelajar bijak tau kat sekolah. Tapi semalam kau tunjukkan sepenuhnya kebodohan kau. Eh, kau fikir mati tu boleh buat kau bahagia ke ha?!" Aku menghaburkan segala rasa geram aku pada Seul Ra yang sedang senyap memandang luar tingkap dalam wad itu.

Nasib baik kami semua sempat membawanya ke hospital. Urat nadinya hampir terputus atas perbuatan gilanya.

"Pekak ke apa? Aku cakap dengan kau ni. Pandanglah aku!"

"Kenapa awak hantar saya ke hospital. Kenapa tak biarkan saya mati je semalam?" Aku mengeluh berat.

"Please Seul Ra. Waras sedikit. Jangan nak jadi gila sangat. Kau dapat apa saja kalau kau bunuh diri ha?"

"Kebahagiaan." Aku menepuk dahi.

"Nam Seul Ra. Aku pun kematian eomma dan appa juga. Tak ada pun rasa nak mati. Kau je yang—

"Cara kita berbeza. Awak takkan pernah faham perasaan saya macam mana." Aku diam.

Ya memang aku dan dia berbeza. Ketara.

"Kalau macam tu, ceritakanlah pada aku. You know, sharing problem will realease your burden." Aku berkata lembut. Punggung aku labuhkan di sisi katilnya.

"Awak, dari kecil dibesarkan dengan keganasan. Jiwa awak kental sejak dulu. Awak kaya. Makan, minum, pakaian awak semua, diuruskan oleh orang gaji. Hidup awak mewah. Mungkin juga eomma dan appa awak selalu sibuk. Betul tak?" Aku mengangguk perlahan.

Memang benar sejak dari dulu lagi, aku kurang bersua muka dengan mereka. Keluarga mafia, mereka lebih menghabiskan masa dengan kerjaya mereka. Appa menguruskan syarikat di sebelah siang dan mafia di sebelah malam.

Eomma pula? Dia memang berasal dari keluarga mafia jadi dia akan habiskan masa dengan menyeksa dan menumpaskan musuh. Masa untuk aku hanya sedikit saja.

"Sebab itulah awak tak merasa sedih atas pemergian mereka. Berbeza dengan saya, saya terlampau sayang dengan eomma dan appa saya. Mereka adalah jiwa saya." Aku mula mendengar esak nangisnya sedikit.

"Sewaktu eomma mati, pernah terdetik dalam niat saya untuk bunuh diri. Saya nak ikut eomma saya. Tapi, bila difikirkan semula, saya masih ada lagi separuh jiwa saya. Saya hidup kerana appa saja. Dia pemilik separuh lagi jiwa saya.

Sekarang appa dah tak ada. Sama macam jiwa saya. Kedua duanya telah mati. Hidup saya dah tiada tujuan. Jiwa saya kosong. Buat apa saya perlu hidup lagi? Saya nak ikut mereka ke sana. Saya nak bersama dengan eomma dan appa saya di sana. Saya sayangkan mereka." Aku menariknya bangun secara perlahan. Tubuh genitnya itu aku peluk.

"Kalau kau mati, macam mana dengan aku?" Aku menyoal perlahan? Rambutnya aku usap.

"Mungkin jiwa kau dah mati, tapi kau ada kami semua. Kami akan hidupkan semula jiwa kau. Jangan sesekali fikir untuk mati. Jangan sesekali cuba untuk cederakan diri kau. Jangan buatkan aku risau dan bersalah sebab tak jaga kau dengan baik." Air matanya aku kesat.

"Eomma dan appa kau mesti nak tengok satu satunya puteri mereka ni bahagia dulu. Capai cita cita, ada kehidupan sendiri, berjaya, ada keluarga sendiri. Macam mana kau nak buat semua tu kalau kau pergi ikut mereka?" Ubun ubunnya aku kucup perlahan.

"Kau ada aku. Aku akan jaga kau, aku akan sayang kau dan aku akan gembirakan. Biar aku yang gantikan tempat appa kau untuk berikan kasih sayang. Nae?" Dia mengangguk perlahan. Pelukan aku rungkaikan. Senyuman aku koyakkan untuknya.

"Satu lagi, tukar nama panggilan aku balik. Janggal gila kau guna bahasa formal dengan aku." Terus dia ketawa.

Lega rasanya dapat dengar dia ketawa semula.

"Saya ingatkan awak lebih suka kalau saya guna bahasa formal. Saya ingat nak mula berubah jadi matang sedikit. Saya nak jadi kuat!"

"Eh tak payah. Kau jadi je diri kau yang aku selalu kenal. Tak perlu nak berubah. Aku tak suka. Being yourself." Aku membentak.

"Eh awak sendiri cakap yang hidup Bangtan Bomb tak boleh ada orang macam saya. Kena ada bad girl. Saya nak jadi bad girl lah! Nanti awak ajar saya okay." Aku menggeleng laju.

"Tak nak. Aku nak innocent girl dan bukannya bad girl lagi. Ideal type aku naive girl sekarang." Tubuhnya aku pusingkan lalu peluknya erat dari belakang.

"Baiklah awak."

"Ish! Tengok tu. Janganlah guna bahasa formal dengan aku. Panggil je aku 'Ahjussi Jungkook' semula. Rasa janggal." Dia ketawa kecil.

"Ahjussi ni gedik tahu tak. Dah lah saya nak tidur. Tepi sikit." Aku menggeleng lagi.

"Kau tidur jelah. Sandarkan kepala kau di dada aku. Biar aku dodoikan kau." Dia menampar perlahan lenganku sebelum menyandarkan kepalanya di dadaku yang berlapik fabrik baju.

"Hwangholhaetdeon gieok soge. Na hollo chumeul chwodo biga naerijana. I angaega geotil ttaejjeum. Jeojeun ballo dallyeogal ge. Geuttae nal anajwo." Aku bernyanyi lembut sambil mengusap kepalanya. Seketika kemudian, aku mendengar dengkuran halus yang terlepas dari dua ulas bibirnya itu.

Haih Nam Seul Ra.

Makin lama, perasaan cinta aku pada kau makin mekar bagai bunga.

Continue

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now