🔨54🔨

3.9K 277 167
                                    

~Jeon Jungkook~

"Saya minta maaf Tuan Jungkook." Aku cuba mengawal diriku daripada tidak melakukan perkara yang berada di luar kawalan sekarang ni.

"BODOH!" Meja yang berada di hadapan aku tendang. Api kemarahanku yang hampir terletus itu sedaya upaya aku turunkan semula.

"Macam mana dia boleh kena culik?!"

"Penculik tu tekup mulut dia dengan kain yang ada kloroform." Aku tersentak sedikit.

Seul Ra memang lemah dengan benda tu. Bagi badan manusia yang lain, mereka boleh bertahan 15 minit sebelum pengsan namun Seul Ra lain. Belum sempat 5 minit, dia akan rebah.

"Sekarang ni yang jadi masalahnya kita tak tahu Seul Ra di mana sekarang. Siapa yang culik pun kita tak tahu." Seokjin berkata. Aku memicit pelipisku kuat.

"But aku yakin yang buat semua benda bodoh ni daripada golongan kita sendiri. Means that mafia juga." Sekilas aku memandang pada Leez. Mukaku raup.

"Hwan, kau dapat ingat tak muka dia?" Hwan menggeleng. Aku mengeluh.

"Tapi saya ada ternampak sesuatu. Mungkinlah benda ni dapat bantu." Bahu Hwan aku cengkam.

"Benda apa yang kau nampak? Cakap!" Badanku, Hoseok tarik ke belakang.

"JAWABLAH KAU NAMPAK APA?!"

"Jungkook sabar! Jangan takutkan Hwan!" Namjoon menegur. Aku melihat separuh wajah takut Hwan. Bahunya dipeluk oleh Zureen.

"Hwan, kau nampak apa?" Leez tanya. Terus semua memandang Hwan.

"L-leher mereka ada tattoo bulan. Satu lagi matahari." Aku terkejut. Begitu juga dengan yang lain.

Moon One

"SIAL!" Mencanak api kemarahan aku naik. Taehyung turut datang menenangkanku.

"Look, aku rasa dia ni memang stalk Seul Ra. Sebab kes ni berlaku di depan sekolah dia."

"SI YOUNG JO TU, SELAGI AKU TAK KELUAR DARI RANKING DUNIA, SELAGI TU DIA TAK PERNAH NAK DIAM!" Aku menjerit geram. Taehyung dudukkan aku di atas sofa.

"Kejap, Young Jo? Encik Young Jo ke?" Aku memandang laju pada Hwan.

Dia kenal ke?

"Hwan, kau kenal ke siapa Young Jo tu?" Tanya Jimin. Anggukannya membuatkan kami semua terkejut.

"M-macam mana?!"

"Saya baru jumpa dia sekali. Seul Ra yang selalu jumpa dia." Terlopong aku mendengarnya.

Seul Ra kenal dengan Kim Young Jo?!

"Macam mana Seul Ra kenal dengan dia?!" Aku tanya cemas.

"Hari di mana kami ke mall. Saya kenal Encik Young Jo melalui Seul Ra. Tengok dari cara, mereka macam rapat sedikit. Bila ditanya siapa, Seul Ra jawab dia pernah jumpa Encik Young Jo di hadapan sekolah." Aku menyerabutkan rambutku kasar.

Kau memang cari nahas dengan aku Kim Young Jo.

🚫🚫🚫

~Nam Seul Ra~

Aku membuka mataku perlahan dek sakit kepala yang menjalar. Aku bangun dari pembaringan dan melihat ke kiri dan kanan.

Eh? Ni bukannya bilik aku.

Bilik yang berwarna kelabu itu aku tilik. Aku pasti ini bukannya bilik di rumah Ahjusshi Jungkook. Aku melihat pada diriku semula. Masih lagi berpakaian sekolah.

Apa yang terjadi? Aku kat mana sekarang ni?

Klak!

Aku memandang pada muka pintu yang terbuka. Membulat mataku melihat siapa yang keluar itu.

"Eo? Dah bangun dah kau?"

"Apa yang Encik Young Jo buat kat sini? Saya kat mana?" Aku bertanyanya. Dia tersenyum sinis lalu berjalan mendaki katil.

"Kau dalam rumah aku sekarang ni." Aku berkerut kening.

"Macam mana saya—

Tiba tiba saja, kata kataku terhenti. Kepalaku seoalah olah dapat mengingati apa yang terjadi padaku sekarang.

"Kenapa diam saja ni?"

"En-encik yang culik saya?" Dia ketawa kuat. Pipiku diusap.

"Nae, aku culik kau dari namchin kau yang tak guna tu." Aku tepis tangannya kasar.

"Apa masalah encik ha?! Kenapa culik saya?! Namchin tak guna?! Jaga bahasa encik! Encik tak ada—arghhh!" Rambutku direntap ke belakang. Aku mengerang sakit.

"Kau dengar sini baik baik. Aku dah target kau dari dulu lagi tapi si Jungkook tu sesenang hati dia muncul dan rampas kau! Kau tu bukannya milik dia!" Aku tolaknya kuat.

"Kurang aj—

"Encik tu yang kurang ajar! Dari dulu lagi saya dah cakap yang saya ni bukannya hak encik langsung! Saya milik Bangtan Bomb! Saya hak mutlak seorang Jeon Jungkook!" Aku menjerit marah. Terus dicengkam rahang aku kasar.

"Kau jangan nak melawan aku! Mulai dari saat ini, aku adalah tuan kau! Kau akan jadi perempuan simpanan aku! Faham?!" Aku bergelut untuk melepaskan cengkamannya.

"Lepaslah!"

"Mengaku yang aku ni adalah tuan kau!"

"Sampai mati pun tak lah!"

Pang!

Terbaring aku di atas katil itu. Dapat aku rasakan tebing bibir aku memedih.

"Kau memang nak kena dengan aku kan?!" Bahu aku dicengkamnya. Secara drastik dia naik atas badan aku.

"Encik nak buat apa pada saya ha?!"

"Aku nak berikan kau pengajaran. Biar kau serik nak melawan aku lepas ni!" Aku bergelut tanpa henti.

"Diam!" Pipiku ditampar lagi. Tangannya perlahan lahan membuka butang baju sekolahku.

Tok tok tok!

Perbuatannya terhenti. Aku menghembus nafas lega.

"Nuguya?!"

"Ini saya. Saya nak ingatkan pada Tuan yang mesyuarat bersama pelabur di Ilsan akan bermula lagi 30 minit." Kata seseorang di sebalik pintu itu.

"Aku pergi sekarang." Pandangannya dikalihkan memandang aku.

"Kau bernasib baik sebab aku sibuk. Lain kali, aku takkan lepaskan kau." Dahi aku diciumnya. Terus dia turun dari katil itu.

"Aku nak kau jaga dia malam ni. Aku benarkan kau tinggal di dalam bilik ni dan pastikan dia tak lari. Faham?!" Namja itu mengangguk. Encik Young Jo keluar dari bilik itu meninggalkan aku dan namja yang menyandang beg itu berdua.

"Aigo! Seul Ra sshi! Bibir kau luka!"

Continue

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now