🔨8🔨

5.3K 391 131
                                    

"Tak masalahnya sekarang kenapa korang semua perlu jadi mafia? Tahu tak kerja tu bahaya? Cipta senjata? Cipta bom? Kalau bom tu meletup dalam rumah ni macam mana? Bunuh orang? Korang fikir korang semua tu grim reaper ke apa?" Kami semua hanya memandang ke arah Seul Ra yang tak habis habis membebel.

"Tapi masalahnya sekarang—

"Diam. Saya tak habis lagi membebel jadi jangan nak menyampuk sesuka hati." Taehyung mengeluh.

"Ha! Unnie berdua ni? Macam mana boleh jadi mafia? Dalam banyak banyak kerja yang bagus kenapa mafia juga yang unnie pilih? Pekerjaan ni bahaya and boleh membahayakan nyawa tahu tak? Kita ni orang perempuan so tak boleh buat kerja macam ni." Aku menahan tawa melihat wajah cemberut Leez dan Zureen. Mumcung bibir mereka.

"Hey. Kami jadi mafia ni, cukup untuk menyedarkan yang perempuan ni pun kuat and tak lemah." Zureen membalas.

"Kuat dari segi mental dan hati. Bukannya tengok badan berotot ke tak. Kalau badan perempuan tu sasa tapi hati mengalahkan kapas cuci muka, baik tak payah." Tajam saja balasan dari Seul Ra membuatkan Leez dan Zureen terbatuk batuk.

"Adik. Adik umur 17 tahun tau. Jangan kurang ajar sangat. Unnie umur tua lagi dari adik." Kata Leez sambil memegang bahu Seul Ra.

"Ada saya tanya unnie umur berapa? Takkan? So sila senyap." Akhirnya terlepas juga tawa aku dan 6 orang lagi namja yang lain.

"First time ada orang melawan korang berdua. Budak pula tu. Malu!" Mereka berdua menjeling Namjoon yang sedang menampar sisi sofa itu.

"Ha. Korang yang lelaki ni. Tahulah extreme tapi tak perlu nak buat kerja yang boleh memutuskan nyawa ni. Haih. Harap je badan ketak ketak tapi otak slow macam lembu!" Aku dan yang lain memandang tajam ke arah Seul Ra. Leez dan Zureen pula sudah bergelak tawa di sebelah Seul Ra.

"Sekarang korang pula kena!" Kami mengendahkan dua orang insan yang sedang mengilai di tepi itu.

"Mulut kau ni kan, boleh tahan tajam juga eh?" Soal Seokjin dengan renungan tajamnya.

"Waktu kecil, saya suka makan nenas." Aku mengeluh. Tak sangka dia ni banyak mulut juga. Disebabkan tak tahan dengan semua bidasannya, aku memberi isyarat kepada Seokjin, Zureen dan Leez.

'Naik atas dan ambil'

Mereka mengangguk lalu bangun dari duduk. Aku masih lagi mendengar celoteh Seul Ra bersama senyuman yang sinis. Aku pasti, rancangan aku kali ini dapat mendiamkan mulutnya sekejap. Beberapa minit kemudian, kelibat yang aku tunggu telah pun tiba. Zureen mengambil tempat disebelah Seul Ra dan dengan perlahan dia lepaskan haiwan itu di bawah.

"Korang semua kenalah jaga keselamatan. Buatnya—benda apa yang melilit ni?" Seul Ra pandang kakinya. Terus mukanya kelihatan terkejut.

"Arghh! Ular!" Aku tersenyum sinis. Plan aku berjaya.

"Kenapa tak bagi tahu yang korang bela ular berjenis Corn Morps Python ni? Tahu tak yang saya dah minat ular ni lama?" Aku terlopong besar sama seperti yang lain.

Di-dia tak takut ular?!

"Alololo! Comelnya dia. Mesti korang selalu jaga dia dengan baik kan? Sebab tu selalu putih je kulit dia. Penjagaan ular berjenis Morps ni kena rapi dan teliti sikit. Barulah dia selalu nampak comel!" Ular putih itu diambil lalu dililitkan ditangannya.

"Apa nama dia?"

"Xe-Xena." Yoongi menjawab. Masih lagi terkejut dengan perempuan itu.

"Nice name! Xena. Berkawan dengan saya nae?" Kepala ular itu dicium lembut. Xena terus menjalar turun ke peha Seul Ra.

Takkanlah Xena mula rapat dengan Seul Ra?!

"Tak nak berkenalan dengan dia ke?" Seokjin menunjukkan Leo ke arah Seul Ra.

"Wah! Iguna lah!" Zureen mengambil Xena yang berada peha Leez lalu lingkarkan Xena pada leher Leez.

"Kau ingat ni rantai ke?" Leez menyoal hairan ke arah Zureen.

"Aku nak pegang Lucy. Kau jagalah Xena."

"Ah tak ada. Aku jaga Lucy." Zureen merengus.

"Wah, uniknya iguana awak. Saya ingatkan semua iguana bersisik tebal. Tapi yang ni tiada sisik. Cuma kulitnya saja keras." Luah Seul Ra sambil membelai belakang badan Leo itu.

Dia ni memang tak takutkan haiwan yang boleh dikelaskan sebagai liar ke?

"Leo ni jenis lain. Dia iguana yang susah untuk dijaga dan dijumpai. Aku beli si Leo ni pun hampir beribu pounds di Birmingham dulu. Comel kan dia?" Seul Ra mengangguk laju.

"Pandai awak jaga dia. Manja sungguh." Terkembang kempis Seokjin menahan riak bangga. Kami yang lain sudah menayangkan muka meluat.

Seronoklah tu kena puji dengan budak perempuan tu.

"Seul Ra. Jumpalah dengan kucing kami berdua pula." Leez mengangkat Lucy naik ke ribanya.

"Wah! Comelnya kucing unnie ni!" Seul Ra berlari anak dan duduk di antara Zureen dan Leez. Lucy diambil lalu diletakkan di atas ribanya.

"Gebunya dia. Sudahlah mata warna biru!" Digomol kucing itu. Yang lain pula hanya ketawa kecil kecuali aku yang masih memandangnya tidak puas hati.

"Jungkook, she's not just interesting but she cute too."

Continue...

Hari ni baru aku update setelah sekian 2 hari menyepi...idea hilang k🍭

So, sebagai ganti, I update two chaps yang bosan. Kalau jumpa tang mana seronok dia, mohon mention..sbb aku nampak kesenduan je

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now